Akhirnya pertanyaan dan teka teki orang ramai sama ada gula-gula ‘planet gummy’ dan ‘eye balls’ yang kini semakin tular dalam kalangan masyarakat kita halal di makan atau tidak terjawap apabila satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM mengandungi bahan tidak halal.

Ia sekaligus mengesahkan kerisauan orang ramai sama ada gula-gula yang diimport dari China mengelirukan orang ramai kerana turut dijual secara atas talian dengan perakuan halal.

Hati-Hati Beli Gula-Gula Import Secara Online. JAKIM Mula Siasatan Status Halal

Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah akaun Tik Tok dan menyebabkan Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dihujani pertanyaan untuk mendapatkan kepastian lanjut.

Untuk makluman, isu ini telah diberi perhatian dan siasatan akan dijalankan memandangkan produk tersebut merupakan produk import. Sebagai pengguna, semua pihak dinasihatkan agar lebih berwaspada apabila membuat pembelian secara dalam talian dan pastikan status halal produk terlebih dahulu.

Ads

Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Untuk mengetahui produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal:-

https://apps.apple.com/us/app/id1481934740 (iOS)

Ads

https://play.google.com/store/apps/details…
(Android)

Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-

http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular

Sebelum ini,  REMAJA pernah menghubungi menghubungi Ustaz Azhar Tuarno yang juga pegawai JAKIM  berkenaan isu gula-gula White Rabbit yang sah mengandungi gelatin babi, dan apa yang perlu dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan tidak halal ini.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, segeralah beristigfar dan memohon keampunan dari Allah taala di atas kekhilafan yang dilakukan.

“Cuma perlu istigfar dan minta ampun pada Allah. Jangan mengulanginya lagi selepas kita menyedari kekhilafan ini. Adalah lebih baik dalam bab makanan, umat Islam berhati-hati memilih pengeluar makanan tersebut kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur shubahah dalam makanan yang kita makan,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Bahagian Hab Halal JAKIM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI