Hati-Hati ‘Online Shopper’, China Keluar Amaran Wabak COVID-19 Melalui Parcel

Share

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita untuk membeli secara online tambahan lagi bila tiba promosi acara tahunan ‘Singles’ Day’ seperti jualan 11.11. Tentu saja ramai mengambil peluang untuk berbelanja sambil berjimat dengan potongan harga yang ridak masuk akal.

Namun, perlu diingatkan dalam  kehidupan norma baru bersama pandemik Covid-19, sudah tentu para ‘online shopper’ gelisah dan risau nak beli barangan melalui online tambahan lagi barangan yang diimport dari China.

Terbaru, melalui laporan Bloomberg, pihak berkuasa China telah mengeluarkan amaran mengenai bungkusan yang berpotensi tercemar dengan wabak COVID-19. Amaran ini bukan sahaja hadir sebelum acara tahunan terbesar membeli belah dalam talian, tetapi selepas tiga pekerja di sebuah syarikat yang membuat pakaian kanak-kanak diuji positif untuk wabak tersebut.

Pekerja memeriksa bungkusan di courier company Zhengzhou, Central China’s Henan province, Jan 21, 2021. [Photo/Xinhua]
Jangkitan tersebut dikesan di Haohui Ecommerce Co. yang berpangkalan di Hebei, wilayah sekitar Beijing. Perkhidmatan penghantaran bungkusan di dua bandar di sana – Xinji dan Jinzhou – serta bandar Shenze telah dihentikan serta merta. Pihak berkuasa China kini sedang menguji bungkusan dan memantau mereka yang terlibat dalam mengendalikan bungkusan tersebut.

Namun, kira-kira 300 bungkusan yang diuji dengan semuanya mendapat keputusan negatif. Suruhanjaya kesihatan tempatan berkata sesiapa yang menyentuh bungkusan itu perlu menjalani ujian dan pemantauan COVID-19. Ujian sama turut dilakukan di sebuah daerah kecil di Guangxi, selatan China, di mana 16 bungkusan daripada syarikat itu dihantar seperti ‘rantaian mel berkaitan covid’.

Orang ramai beratur untuk ujian asid nukleik dalam salji di tapak ujian di Kawasan Baharu Jinpu, berikutan kes penyakit koronavirus (COVID-19) di Dalian, wilayah Liaoning, China 8 November 2021. cnsphoto melalui REUTERS

Phak berkuasa di Xilinhot Inner Mongolia juga telah meminta orang ramai yang membeli atau menerima bungkusan dari kedai pakaian lain pada bulan lalu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat simptom COVID-19 yang dikesan.

Jadi, korang disarankan sanitize parcel yang sampai dahulu terutamanya barangan yang dibeli dari China. Yelah, malang tidak berbau. Lebih baik mencegah dari dijangkiti Covid-19.

Sumber : Bloomberg,  Chinadaily

Published by
Nana