Foto Via Twitter

Scammer memang ada di mana-mana, jadi berhati-hati lah kita.

Vietnam antara negara pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti dan travel. Selain destinasi bersejarah dan kawasan melancong menarik sebab utama pelancong memilih ke Vietnam adalah untuk membeli-belah.

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Hanya ‘Syurga’ Membeli Belah, Vietnam Juga Ada Kereta Kabel Terpanjang Dunia!

Hati-Hati ‘Scammer’ Penjual Kacang Di Vietnam, ‘Target’ Pelancong Malaysia!
Tempat tumpuan membeli belah di Vietnam

Tapi awas ye, malang tidak berbau. Dalam keghairahan korang membeli belah di sana pastikan tidak tertipu dengan pelbagai helah dari scammer.

Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, pelancong dari Malaysia yang menginap atau shopping di sekitar Jalan Melayu, Ho Chi Minh disarankan agar berwaspada dengan penipuan si penjual kacang.

 

Ads

Ini kerana mereka sememangnya mensasarkan para pelancong dari Malaysia yang gemar mengunjungi lokasi-lokasi membeli-belah di situ.

Helah Si Penjual Kacang

Modus operandi si penjual kacang adalah dengan memberi kacang secara percuma.

Apabila pelancong mengambil kacang tersebut, mereka akan terus meminta dan memaksa pembayaran wang dari VND150,000 (RM27) hingga ke VND80,000 (RM15).

Ads

Malah, ramai pelancong Malaysia yang kurang arif tentang pertukaran wang mereka akan tertipu dan ada yang terpaksa membayar gara-gara mereka dipaksa membayar sehingga diekori kemana-mana.

Hati-Hati ‘Scammer’ Penjual Kacang Di Vietnam, ‘Target’ Pelancong Malaysia!
Foto Via Twitter

Lebih parah apabila si penjual kacang akan membuat kecoh dengan memberitahu orang tempatan Vietnam yang lainnya bahawa pelancong tersebut berhutang dan tidak mahu membayar untuk kacang yang telah dimakan.

Sekiranya anda antara yang terperangkap dalam situasi berkenaan, langkah bagi mencegah dari ditipu adalah dengan menolak jualan kacang mereka dengan baik serta mengabaikan sahaja apabila diberikan kacang secara percuma.

Manakala jika anda telah ditipu,  sila beritahu tour guide (sekiranya ada) untuk meminta semula wang bayaran. Ini kerana si penipu penjual kacang sangat takut jika laporan polis dibuat oleh pelancong.

Ads

Jadi, korang yang merancang ke Vietnam dalam masa terdekat ini harap berhati-hati dan alert dengan scammer ini. Nanti seronok-seronok nak bercuti terus jadi pengalaman tak best!

BACA LAGI : Nasib Ada Insuran Travel, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Di Langgar Lori Ketika Bercuti Di Vietnam

Sumber: Twitter Travel Jimat

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI