Hati ini mendoakan agar perkara seperti ini tidak akan berlaku, tapi statistik tidak pernah menipu.
Keputusan Jawatankuara Olimpik Antarabangsa (IOC) dan kerajaan negara Jepun untuk meneruskan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 23 Julai ini pada asalnya mendapat pelbagai pandangan – ada yang memandangnya positif dan tidak kurang juga yang mengkritik risiko yang diambil mereka.
Ya, Tokyo 2020 telah lama tertangguh sejak tahun lalu lagi. Setahun berlalu dengan harapan pandemik di seluruh dunia akan beransur pulih demi mewujudkan persekitaran bertanding yang lebih selamat serta tentunya sihat.
Namun seperti yang kita tahu, dunia masih belum memenangi ‘perang’ menentang wabak ini.
Dengan kehadiran delegasi termasuk atlet dan pegawai sukan dari negara-negara yang akan bertanding di Jepun sejak awal bulan ini, AKHIRNYA berita yang paling kita harapkan tidak akan muncul telah dilaporkan.
Seorang atlet dan lima orang kakitangan Tokyo 2020 telah disahkan postif COVID-19.
Perkara itu diumumkan oleh pihak penganjur semalam. Ia melibatkan seorang atlet bukan warganegara Jepun dan dia kini diletakkan di bawah perintah kuarantin selama 14 hari.
Ads
Lima kakitangan yang dimaksudkan pula membabitkan empat orang kontraktor tempatan dan seorang pegawai Tokyo 2020.
Perkembangan ini telah menjadi topik kerisauan di kalangan warganet (dan mungkin sekali di kalangan delegasi yang akan bertanding). Masing-masing meluahkan rasa takut mereka sekiranya lebih ramai akan dijangkiti wabak Covid-19 atau varian lain di Jepun.
Bagaimanapun, Presiden IOC, Thomas Bach berkata dia TIDAK bimbang dengan penularan sebegini sepanjang temasya kelak.
Ads
Ulasnya, “Risiko untuk penghuni Perkampungan Sukan Olimpik dan risiko untuk penduduk Jepun adalah sifar.” Hhm.. yakin betul ya.
Apapun, itulah juga yang kami harapkan; agar kes positif COVID-19 tidak akan memuncak sepanjang temasya ini berlangsung. Diharap pasukan Malaysia yang akan ke Jepun secara beransur-ansur akan dijauhkan daripada risiko jangkitan.
Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan seorang hamba Allah ini…
Siapa tidak kenal dengan seorang figura berjiwa hamba ini, namanya semakin dikenali di seluruh negara kerana sifatnya yang tidak lokek dalam membantu orang sekeliling yang memerlukan.
Terbaharu, nama pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad kembali menjadi sebutan ramai apabila dia bakal menaja 10 buah bas kepada orang ramai untuk pulang ke desa masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Perkara tersebut dikongsikan Hafiz menerusi Instastory miliknya baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut dilihat pemuda tersebut sedang membuat tinjauan bas-bas yang akan digunakan kelak.
Pada masa sama, Hafiz menzahirkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dapat membantu mereka yang memerlukan selain memohon doa agar rezeki buatnya sentiasa melimpah ruah bagi dapat menghulurkan pelbagai bantuan lagi pada masa akan datang.
“Ingat tak saya ada beritahu kita nak sponsor 10 buah bas untuk raya tahun ini? Jadi dalam 10 buah bas itu, Alhamdulilah dengan izin Allah raya tahun ini tiket kan kadang-kadang habis, mahal.
“Mana tahu 10 bas ini dapat membantu sahabat-sahabat yang memerlukan. Jadi, Saya nak pergi mesyuarat, nak lihat apa perkembangan terkini.
“Tahun ini Saya nak mudahkan dari segi pengurusan tiket itu, nanti memudahkan awak lah nak mendaftar. Saya nak pergi mesyuarat ni, doakan rezeki saya melimpah ruah tau,” katanya.
Di samping itu, dia turut memaklumkan sistem pengurusan bas bakal dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan kepada para penumpang sepanjang perjalanan untuk pulang ke destinasi masing-masing.
“Kita sponsor awak ini, saya nak selesa untuk awak tidur. Balik, salam mak ayah sahaja. Pemandu bas yang kami sediakan ini adalah semua muda, dibawah umur 40 tahun dan mempunyai pengalaman selama 10 tahun.
“Jadi, keselamatan orang yang kita sponsor nak balik raya nanti itu, Insya-Allah terjagalah. Kita banyak terlepas pandang walhal pemandu bas sangat memainkan peranan. Kita akan bagi yang terbaik untuk awak, doakan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, bapa kepada dua orang cahaya mata itu akan pergi ke stesen bas lama bersebelahan dengan stadium Shah Alam yang merupakan lokasi untuk berkumpul bagi memantau keadaan di sana.
Pastinya dengan inisiatif usahawan ini dapat membantu beratus orang yang ingin pulang ke kampung halaman tercinta bagi menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Andai berlaku kepada insan lain, pasti hilang semangat dan pedoman untuk hidup. Namun, tidak bagi seorang wanita ini yang kekal optimis dengan setiap ujian…
Penyanyi lagu popular Pujaan Malaya, Adzrin Adzhar, mencuri perhatian pengguna TikTok apabila sering berkongsi dengan tenang pengalaman dan suasana ketika menjadi tahanan penjara.
Menerusi akaun miliknya, walaupun memegang status bekas banduan, Adzrin dilihat menjadi satu inspirasi orang ramai apabila rata-rata pengikutnya memuji kekuatan yang ada pada wanita itu kerana masih mampu tersenyum meskipun dilanda pelbagai ujian hidup.
“Respect saya dengan awak, kalau saya di tempat awak, memang saya menangis… awak memang wanita yang hebat,” komen seorang pengguna.
“Terima kasih kerana beri video inspirasi seperti ini kak, saya jadi kuat dalam penjara ini sekarang… beberapa bulan sahaja lagi nak habis (keluar). Sabar,” tulis juga pengguna lain.
“Saya suka semangat awak… dan bukan semua orang yang dimasukkan penjara itu jahat. Kadang kala banyak kes yang teraniaya pun ada… jadi, bersangka baik sahaja dengan ujian Allah,” komen seorang pengguna lagi.
Menjengah di hantaran lain, Adzrin juga tampil santai dan tenang membalas dengan memaklumkan dia dijatuhkan hukuman atas kesalahan melibatkan pengubahan wang haram membiayai unsur keganasan dan jenayah, apabila ada pengikut yang bertanya mengenai punca dirinya dimasukkan ke penjara.
Katanya secara ringkas, kesalahan tersebut melibatkan isu politik negara yang dianggap ‘kotor’ ketika itu, namun dia reda menerima ketentuan yang Maha Esa.
Juara program realiti Suara Viral 2.0 yang juga penghidap kanser ovari itu turut berkongsi cara pengiraan di penjara sama seperti waktu pejabat apabila pada hari Sabtu dan Ahad dikira cuti, apabila menerima soalan daripada seorang pengikutnya,
“Saya dijatuhkan hukuman penjara setahun, tetapi saya hanya perlu jalani tempoh selama lapan bulan sahaja.
“Penjara macam waktu pejabat, Sabtu dan Ahad cuti, jadinya dia akan tolak setiap Sabtu dan Ahad sepanjang setahun itu, dan tempoh hukuman jadi lebih pendek,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini viral berita kekurangan bekalan oksigen di hospital di India disebabkan pandemik Covid-19.
Terbaru, India mencatat satu lagi rekod global pada hari ini apabila mencatatkan lebih 414,000 jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Agensi Anadolu.
Ia menandakan hari kedua berturut-turut negara mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan pada Khamis.
Situasi di India ini sangat membimbangkan sekarang, negara penduduk paling padat dan ramai di dunia kini berdepan dengan serangan COVID-19 gelombang kedua dan menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh.
Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta. Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.
Mahkamah Tinggi Delhi pada Khamis memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti COVID-19. Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan. Namun, banyak hospital menyatakan bantuan tersebut belum sampai kepada mereka.
Varian mutasi berganda, B.1.617.1 mula ditemui di India pada 27 April lalu dan laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular di sekurang-kurangnya 17 negara di seluruh dunia, tiga hari kemudian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan mutasi berganda dari India itu mempunyai kadar pertumbuhan virus COVID-19 yang lebih tinggi, berbanding varian sedia ada di republik berkenaan, sekali gus dikhuatiri menjadi punca utama peningkatan jangkitan secara mendadak.
Hmm…berat mata yang memandang berat lagi rakyat India yang kena menanggung nasib mereka sekarang. Mari la kita sama-sama berdoa agar pandemik ini cepat hilang dari bumi.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...