Hati-Hati.. ‘Vape’ Mengandungi Dadah WUJUD Di Malaysia

Share

Sekitar bulan Mei tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menahan beberapa individu yang menjalankan sindiet menjual dan mengedar dadah dalam bentuk perasa rokok elektronik ataupun ‘vape’ di Lembah Klang lalu bertukar tular setelah dilaporkan media Malaysia.

Begitupun, kegiatan tersebut hanya menggunakan botol perasa vape bersaiz 10 mililiter bagi mengaburi sindiket mengedah dadah yang dijual pada harga RM150 sebotol. Ia akhirnya tumpas dalam serbuah di sebuah rumah di Petaling Jaya yang dipercayai dijadikan pusat memproses dadah.

Tidak sangka pula selang beberapa bulan selepas itu, PDRM mengesahkan kewujudan aktiviti penjualan vape YANG mengandungi dadah secara terbuka. Rupa-rupanya, vape seperti ini wujud di Malaysia!

Menurut Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, PDRM pada bulan lalu telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape – juga di Lembah Klang – dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila ia dilaporkan dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna. Seperti kes terdahulu, sekali lagi jenis Methylenedioxy – Methamphetamine (MDMA) yang dimasukkan ke dalam cecair perasa vape.

Tambahnya kepada media semalam, PDRM memandang serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran DAN penyalahgunaan dadah. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak termasuklah remaja yang menggunakan vape yang mengandungi dadah ini memandangkan ia merupakan bahan larangan.

Jangan sampai sudah terlambat, baru korang menyesal dengan tindakan menghisap vape itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Mujur Paru-Paru Tidak Ditebuk, Aiman Tino Ambil Iktibar Daripada Penggunaan Vape – REMAJA

Sumber : BERNAMA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ