Hati penyanyi Indonesia bersuara lunak, Rizky Febian yang baru sahaja melangsungkan konsert di Kuala Lumpur pada minggu lalu telahpun dimiliki oleh penyanyi popular Indonesia, Mahalini Raharja.
Rizky, 24 mengakui sedang ada perancangan untuk membawa perhubungannya dengan Mahalini, 22 ke alam perkahwinan dan memohon agar peminatnya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua
Cuma katanya buat waktu ini, mereka sedang meletakkan fokus untuk memperkukuhkan kedudukan dalam kerjaya seni masing-masing.
“Saya cuma mohon doakan saja semoga akan sampai ke tahap itu (perkahwinan).
“Apapun, biarlah soal itu menjadi rahsia kami walaupun memang ada perancangannya. Mohon doakan,” ulasnya sewaktu ditemui di Malaysia.
Ads
Difahamkan, Rizky dan Mahalini sudah saling berkenalan sejak 2018. Bagaimanapun di Indonesia, penyanyi Kesempurnaan Cinta itu memaklumkan dia tidak selalu berbicara tentang soal bercinta dengan rakan pemberita dan tidak pula menyorokkan hakikat bahawa mereka sedang menjalin hubungan cinta.
Terdahulu, Mahalini merupakan salah seorang insan yang menemani Rizky sewaktu Konsert Rizky Febian Live in KL dilangsungkan dengan jayanya apabila kesemua tiket terjual dalam tempoh kurang sejam sewaktu dilancarkan.
Selain Mahalina, turut serta memberi sokongan ialah adik-beradiknya Rizky dan bapa mereka, Sule yang juga merupakan seorang selebriti terkenal Indonesia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi bersuara emas, Aliff Aziz mencuri perhatian para pengikutnya apabila memuat naik satu hantaran di platform Instagram sebagai tanda penghargaan buat isteri tercintanya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Mencoretkan dedikasi teristimewa sempena perkenalan hampir sedekad, sepanjang hidup bersama dengan isterinya itu, penyanyi lagu hit Kalau Cinta tersebut menyifatkan isterinya sentiasa berada di sisi meski terpaksa melalui pelbagai ujian sepanjang mereka berumah tangga.
Selain itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang isteri yang terbaik buat dirinya dan juga anak-anak kecilnya.
“Sudah lama saya tidak memuat naik posting penghargaan buat isteri. Foto pertama dan kedua adalah pada tahun 2014 di mana saya dan isteri bertemu.
“Masa itu saya berada dalam fasa paling terendah dalam hidup dan hampir berputus asa. Terima kasih sayang atas pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan beri saya dua cahaya mata di dunia ini.
“Berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih 10 tahun. Penuh suka dan duka, awak sentiasa bersama saya. Semoga Allah merahmatimu dengan khayr yang kekal di sini dan di akhirat kelak,” coretnya di Instagram.
Dalam pada itu, pelakon naskhah popular Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berterima kasih buat isterinya kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidupnya dan membuatkan dirinya berada di tahap ini.
“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita,” katanya lagi.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap manusia diciptakan berpasangan, termasuklah jodoh kita yang telah ditentukan oleh Allah SWT sebelum lahir ke dunia lagi.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud korang hanya perlu menunggu sehingga jodoh tu datang sendiri tanpa berusaha. Kalau duduk saja pun, jodoh tak datang bergolek tau.
Oleh sebab tu korang kena teruskan usaha untuk mendapatkan jodoh yang baik. Ada beberapa tempat yang korang boleh try untuk cari calon. Dah alang-alang tu boleh la cuci-cuci mata sikit, mana la tahu ada jodoh kan. Hiks!
1. Media sosial
Dah ramai juga yang bertemu jodoh di media sosial. Bermula dengan hanya saja-saja ‘add friend’ , siapa sangka perkenalan di media sosial boleh berakhir di jinjang pelamin.
Tapi, korang jangan pula suka-suka nak bagi maklumat peribadi pada mereka selagi belum betul-betul kenal. Selidik dulu latar belakang mereka dan kalau dah benar-benar yakin, barulah teruskan dengan usaha seterusnya.
2. Kenduri-kendara
Tak kisahlah kenduri kahwin ke, kenduri aqiqah atau mungkin birthday party kawan-kawan korang pun boleh jadi tempat untuk bertemu dengan ramai orang. Time ni la korang nak ‘usha-usha’ tetamu yang datang.
Kalau malu nak approach, mintalah bantuan tuan rumah untuk mempertemukan korang dengan calon pilihan tu. Tak salah gunakan orang tengah untuk memudahkan urusan.
3. Aktiviti sosial
Janganlah asyik duduk rumah je. Bila weekend try aktifkan diri dalam aktiviti sosial bersama masyarakat. Contohnya korang boleh join organisasi-organisasi sukarelawan atau pun sertailah fun run ke.
Selain daripada melakukan perkara berfaedah, di situ juga korang berpeluang untuk mengenali dengan lebih ramai orang.
4. Majlis ilmu
Kalau nak jumpa dengan orang yang baik-baik, rajin-rajinlah pergi ke majlis ilmu. Mungkin juga korang kenalan korang disana mempunyai adik atau abang/kakak, ini pun siapa tahu kalau calon-calon jodoh kan? Hehe..
5. Website cari jodoh
Jangan memperlekehkan agensi-agensi mencari jodoh sebab tak dinafikan, cara ini juga adalah antara yang paling berkesan untuk korang bertemu jodoh.
Ada ramai calon yang mendaftar, korang boleh pilih mana yang berkenan dan cuba untuk berkenal an. Kalau sesuai Alhamdulillah, tetapi kalau tak, usaha la untuk mencari lagi. Yang penting dah try kan?
Walau bagaimanapun, ini hanyalah sebagai ikhtiar untuk korang bertemu jodoh. Jangan putus asa selagi belum jumpa yang sesuai. Nak dapat yang terbaik kenalah sabar sikit.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan jarak jauh atau kadangkala digelar sebagai perhubungan jarak jauh (PJJ) merupakan satu lumrah bagi sesetengah pasangan remaja bercinta. Ini biasanya berlaku apabila masing-masing belajar di lokasi berbeza sama ada di dalam atauluar negara. Atau ia juga boleh berlaku jika salah seorang terpaksa mengikut tugasan kerja.
Dan pada zaman sekarang cinta yang berputik di laman media sosial dan Internet juga semakin popular lantas pasangan jarak jauh juga menjadi semakin ramai. Ada banyak perkara yang terpaksa mereka lalui untuk menjayakan hubungan jarak jauh. Bukan semua orang boleh memberikan sepenuh kepercayaan dan perhatian secukupnya bila bercinta begini. Orang yang bercinta dan berjumpa setiap hari pun ada banyak dugaan inikan pula yang tidak bersua mata untuk tempoh waktu yang lama.
Akan tetapi hubungan jarak jauh mempunyai ‘kemanisan’ yang tersendiri yang mungkin hanya boleh difahami oleh sesiapa yang pernah melaluinya. Nak tahu apa perkaa yang hanya difahami pasangan bercinta jarak jauh? Jom ikuti senarai di bawah!
1. Ucapkan goodbye tidak pernah senang
Mengungkapkan kata-kata selamat tinggal dan mengetahui kamu tidak akan dapat menemuinya dalam tempoh masa yang lama memang agak menyukarkan. Kamu tahu ia akan berlaku namun setiap kali itulah hati akan menjadi sangat berat dan sedih. Kadangkala boleh ‘tumpah’ air mata di pipi.
2. Tapi ucapan helo menjadi paling manis
Pernah lihat babak filem di mana hero menantikan kemunculan gadis dicantainya di stesen keretapi dengan penuh teruja. Itulah yang dirasai pasangan bercinta jarak jauh. Penantian itu menyeksakan tapi bila dapat bertemu ia merupakan satu hadiah cukup bermakna.
3. Selalu bercakap perihal masa depan
Mungkin setiap hari kamu berhubung antara satu sama lain. Dan kebiasaannya berlegar pada topik aktiviti harian. Namun, perasan atau tidak pasangan ini akan lebih banyak bercakap tentang perancangan mereka di masa akan datang. Nasihat kami, chill dan percaya satu sama lain. Everything will work out well.
4. Kawan-kawan rasa kagum tapi…
Setiap kali bila ditanya tentang hubungan cintamu, ramai kawan-kawan akan berasa kagum. Mereka pasti bertanya bagaimana kamu berdua boleh bertahan dan apa rahsia. Sebenarnya kamu sendiri tidak tahu untuk jawab macam mana sebab jauh di sudut hati kamu cukup risau.
5. Menjadi seorang yang lebih percayakan orang lain
Teras utama untuk menjayakan hubungan cinta jaraj jauh ialah percaya antara satu sama lain. Tanpa sikap ini percayalah hubungan kamu tidak akan bertahan lama. Dan bila kamu melatih diri mempercayai si dia, secara tidak langsung kamu menjadi seorang yang lebih optimis dan mempercayai orang lain.
6. Musim perayaan merupakan nightmare
Bila tiba musim perayaan atau menyambut ulang tahun hubungan kamu berdua, ia pasti agak menyukarkan. Melihatkan orang lain bahagia dan berkongsi gambar momen-momen indah di Instagram pasti buatkan kamu cukup cemburu. Namun, inilah ‘harga’ yang harus dibayar untuk menjayakan hubungan jarak jauh. Masing-masing perlu berkorban dan lebih memahami.
7. Telefon pintar, tablet dan laptop jadi kawan baik
Whatsapp atau iMessage pasti jadi aplikasi paling banyak kamu gunakan untuk berhubung dengannya. Dan bila ada masa sesuai yang lebih privasi, kamu akan Skype atau Facetime antara satu sama lain. Telefon pintar pasti tidak pernagh renggang kerana itu merupakan ‘jambatan’ antara hubungan komunikasi antara kamu berdua.
8. Jadi lebih expert dengan tempahan tiket online
Untuk bertemunya kamu mungkin perlu menaiki bas ataupun penerbangan. Sebagai seorang remaja kamu pastinya ingin berbelanja dengan lebih berhemah. Dan disebabkan itulah kamu menjadi seorang yang sentiasa alert dengan harga tiket murah dan promosi-promosi harga runtuh.
9. Menjadi seseorang yang lebih teratur
Selepas menjalani hubungan ini kamu dapati hidup kini lebih teratur. Kamu akan merancang sebaiknya apa yang kamu akan lakukan dan sentiasa menantikan hari bahagia untuk bertemu dengannya. Malah, kamu akan lebih alert dengan kalendar!
10. Kadangkala rakan-rakan lupa yang kamu sudah berpunya
Disebabkan hubungan jarak jauh, kawan-kawan kamu mungkin akan terlupa yang kamus ebenarnya sudah ada insan istimewa. Malah tidak keterlaluan diklatakan mereka cuba untuk perkenalkan kamu kepada rakan-rakan mereka untuk match making. Ia bukannya sebab mereka tidak tahu tapi mungkin tidak pasti apakah status terkini kamu. Maklumlah, mereka bertemu si dia pun berapa kali sahaja dalam setahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan masih lagi hangat bercakap mengenai hubungan antara pelakon sensasi, Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron. Apa yang lebih...