Pelakon dan pengacara terkenal, Hawa Rizwana baru-baru ini meluahkan rasa syukur dan teruja apabila mendedahkan dirinya kini sedang menyambung pengajian di Universiti Oxford, London.
Menurut Hawa Rizwana atau pemilik nama sebenar Hawa Rizwana binti Prof. Dato’ Dr. Ahmad Redzuan (29) menerusi beberapa perkongsian di Instagram, beliau mengambil kursus jangka pendek selama 10 hari dan bersyukur diberi kesempatan berada di pusat pengajian terkemuka dunia itu.
Dalam pada itu, gadis kacukan Arab, Siam dan Aceh itu turut menzahirkan rasa gembira dan syukur apabila hasrat ibunya untuk melihat salah seorang anak menjejakkan kaki ke Oxford akhirnya tertunai.
“Alhamdulillah akhirnya Hawa dah sampai ke Oxford University dan kita ditempatkan di Lady Margaret Hall Untuk Leadership Entrepreneurship Acceleration Programme (LEAP)”
“Alhamdulillah, apa yang membuatkan saya terharu, ayah menghubungi dan cakap dia dan mak saya ke sini tahun lalu dan berdoa salah seorang anak atau pun cucu cucu dapat belajar di sini,” katanya.
“Alhamdulilah here I am today. Berkat doa mak ayah,” ujarnya lagi.
Walaupun hanya mengambil kursus pendek namun perkongsian Hawa di media sosial telah menerima pelbagai reaksi positif netizen.
Sekadar info, Hawa adalah pengacara Meletop yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menamatkan pengajiannya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.