Hawa Rizwana Mohon Maaf, Akan Lebih Berhati-Hati Selepas Seluar Ketat Dipertikaikan

Share

Sebagai manusia biasa, tentunya kita tidak dapat lari daripada kesalahan. Apatah lagi apabila kita bergelar selebriti yang menjadi perhatian berjuta orang pengikut di media sosial.

Begitulah yang perlu diakui oleh pengacara jelita lagi bijaksana, Hawa Rizwana Redzuan apabila dirinya terpalit dengan kata-kata negatif daripada warganet gara-gara soal pemakaiannya sebagai seorang hijabi.

Beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Hawa sendiri sewaktu mengendalikan sebuah acara bertemakan rock dua hari lalu telah menjadi topik perbahasan warganet yang merasakan seluar jenis latex

yang dipakai oleh Hawa terlalu ketat dan tidak begitu manis dipandang.

Apatah lagi, Hawa yang kini bergelar pengacara program temubual MeleTOP dan imejnya sebagai seorang hijabi sering menjadi ikutan generasi remaja yang mengikutinya.

Biarpun foto-foto berkenaan masih belum dipadamkan oleh Hawa daripada akaun media sosialnya, dia yang ditemui di majlis pelancaran jenama fesyen di Kuala Lumpur pada hari ini mengakui kekhilafannya itu dan bersedia menerima tanggapan orang ramai.

“Saya mohon maaf dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian selepas ini.”

“Saya tiada niat nak buat orang marah atau sakitkan hati sesiapa dan menerima setiap komen dengan positif.

“Saya mengupah penata gaya untuk sediakan busana yang bersesuaian dengan tema acara itu. (Tapi) sebelum saya kongsikan gambar atau video di media sosial, saya selalu minta pandangan daripada rakan terdekat dan ahli keluarga.

“Jika perkongsian itu tidak bersesuaian, saya akan padam. Dalam situasi ini, saya sedar mungkin fesyen yang digayakan kurang senang di mata sesetengah pihak,” ulasnya.

Apa pendapat korang? Adakah pemakaian Hawa Rizwana pada majlis tersebut kurang sesuai?

BACA LAGI: Teruja Hadiri Konvokesyen, Hawa Rizwana Tamat Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78. Berhasrat Sambung PhD – REMAJA

FOTO: Instagram @hawarizwana

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ