Berita

Hawra Uqaira Pilihan Nama Buat Puteri Sulung Uqasha, Kamal Adli

Share

Genap tiga minggu menimang cahaya mata sulung, pasangan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose tampil berkongsi nama penuh bayi mereka iaitu Hawra Uqaira yang bermaksud suci.

Kamal mendedahkan nama Hawra dipilih kerana membawa makna cantik, putih dan bersih manakala Uqasha pula memilih Uqaira.

ARTIKEL BERKAITAN:

Uqasha Senrose Selamat Timang Cahaya Mata Sulung, Pilih Nama Uqaira. Tahniah!

Dalam masa sama, Uqasha memberitahu, Uqaira pula membawa erti kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, selain harum dan wangi.

“Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira, kita ambil seorang satu. Adil, tak payah berebut-rebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik.

“Uqaira maksudnya kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi,” kata pelakon itu,” katanya dalam sebuah program televisyen.

Menerusi program sama, suami tercintanya menyatakan mereka memang sepakat tidak meletakkan nama yang panjang untuk puterinya itu.

“Nama Uqaira sudah diumumkan terlebih dahulu, maka habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra.

“Nama tak boleh panjang-panjang sangat. Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” katanya.

Sebelum ini, Uqasha pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Kamal Adli

Published by
Fath