Fenomena rancangan hiburan Gegarvaganza 6 di saluran Astro Ria dilihat semakin menjadi bualan. Salah seorang yang sering menjadi bualan ialah Sham Visa yang mendapat jolokan Tony Stark Malaysia.
Berwajah maskulin dan penuh karakter, Sham menjadi bualan serta kegilaan ramai kerana penampilan terkininya.
Baru-baru ini, anak kepada Sham Visa atau nama sebenarnya Rohisham Hashim telah memuat naik curahan rasa di laman sosialnya.
Shakir Zafran, 16, pelajar tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan memuat naik luahan hatinya mengenai pengorbanan bapanya yang meninggalkan dunia seni dan bekerja tetap demi memastikan masa depan keluarganya terjamin.
Tulis Shakir menerusi akaun Twitternya, @mochizafran, pengorbanan bapanya meninggalkan dunia seni demi membesarkan keluarga tidak ternilai budinya.
“Dia mengorbankan kerjayanya demi membesarkan saya, dia meninggalkan perkara yang dia paling suka dalam hidup untuk memberikan laluan buat saya.
“Saya sangat menghargai setiap jasa-jasamu daddy. Tiada kata-kata dapat diungkapkan betapa saya sayangkan kamu. Terima kasih atas segala-galanya,” tulisnya semalam.
Tidak habis di situ sahaja, Sham Visa juga sempat membalas curahan hati anaknya itu di laman instagram miliknya.
Menerusi Tweet yang dibuat Shakir itu, rata-rata warganet telah memberikan respon positif diatas perkongsian tersebut. Mereka telah meninggalkan kata-kata sokongan terhadap Sham Visa dan sentiasa mendoakan penyanyi itu berjaya dalam GV6 dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan Sham dan anaknya. Malah, ramai yang berkata anak-anaknya beruntung kerana memiliki bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tak sabar pula penulis nak tengok abang Sham Visa menyanyikan lagu Afgan bertajuk Terima Kasih Cinta untuk minggu kelima pada Ahad ini.