Episod 4 pencarian Dewi Remaja 2018/2019 baru saja selesai semalam.
Dalam episod berkenaan, dapat dilihat bukan mudah untuk 11 finalis Dewi Remaja mencari pelanggan baru bagi syarikat telekomunikasi redONE yang menawarkan harga sangat berbaloi bagi pelan postpaid iaitu RM48 bagi 15GB berkelajuan 4G LTE dan 5GB internet asas.
Kalau nak berbual secara percuma ke semua rangkaian telekomunikasi, cuma tambah RM10 sebulan saja untuk redCALL, di mana korang akan dapat panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian telefon di negara ini. Atau bagi yang suka menonton video, boleh lagi top up RM10 setiap pembelian bagi kuota 10GB dengan internet berkelajuan tinggi untuk melayari 11 saluran video pada bila-bila masa saja!
Best ke tak best pelan redONE ini, bagi yang mahu bayar pada harga lebih rendah iaitu RM28 sebulan, pengguna akan dapat 5GB berkelajuan 4G LTE plus 5GB internet asas. Bagi mereka yang suka berborak guna telefon, bolehlah tambah redCALL pada harga RM10 sebulan untuk menikmati panggilan percuma tanpa had ke semua rangakaian
Semua mesti nak tahukan apa pengalaman finalis Dewi Remaja terutama cabaran menjual produk redONE di Publika tempoh hari bersama pengacara Scha Al Yahya dan ketua juri tetap Datuk Hans Isaac. Mereka perlu memberanikan diri terutama berhadapan dengan orang tak dikenali. Untuk makluman, redONE adalah rakan penaja rasmi bagi pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ini.
Task ini bukan saja melatih diri mereka dari sudut mental tetapi emosi kerana bukan semua orang senang dengan kehadiran seorang promoterkan. Setiap pelanggan yang mereka bawa ke kaunter redONE adalah markah untuk mereka.
Untuk makluman semua dalam cabaran ini pemenangnya adalah Shereen yang dilihat mampu membawakan 9 orang pelanggan dalam tempoh setengah jam sekaligus melayakkan dirinya memenangi sebuah smartphone dan pelan redONE untuk setahun lamanya. Tahniah Shereen.
Jom tengok apa kata finalis tentang cabaran semalam.
Rasya Dean berkata dia mengakui bukan mudah sebenarnya kerja seorang promoter seperti yang biasa dilihat. Ditambah itulah kali pertama dia melakukannya.
Ads
“Rasya akui penat dan rupanya bukan mudah untuk kita menyakinkan orang ramai membeli sesuatu barangan. Ada yang beri alasan dah ada telco lain, tak ada masa dan sebagainya.
“Harapan Rasya kalau selepas ini kalau kita nampak promoter menjual barangan ini hormatilah kerjaya mereka. Beri sedikit masa, ambillah pamplet diberikan kerana mereka hanya menjalankan tugas mereka sahaja,” katanya lagi.
Hal yang sama diakui oleh Aween yang mengakui biarpun dirinya adalah perunding kecantikan dan biasa bertemu pelanggan sebelum ini namun task menyakinkan orang agar membeli pelan postpaid redONE adalah satu cabaran terbesar buatnya.
“Memang susah kerana pelanggan ada alasan tersendiri. Tapi Aween selalu yakinkan diri ini semua pengalaman berguna untuk berhadapan dengan orang ramai selepas ini,” katanya semasa siaran langsung fb malam semalam.
Ads
Hargai kerjaya orang lain
Bagi Haneesya Hanee, bisnes minded dan teknik pemasaran yang diajar semasa task bersama redONE adalah satu pengalaman berguna.
“Ia mengajar kita bagaimana untuk menyakinkan orang ramai megenai produk baru ini. Ada yang nak tapi tak ada masa, ada yang terus tak mahu dan bagi Hanee ia satu pengalaman yang baik. Tak kisah apa kerjaya kita di masa akan datang, setiap orang rezekinya berbeza-beza,” katanya.
Tia akui susah
Ads
Mengakui task kali ini agak susah dan mencabar apatah lagi dia tidak pernah buat sebelum ini, Tia berkata, ia satu pengalaman berguna. Rupanya susah nak yakinkan orang tapi Tia anggap ini satu cabaran berguna,” katanya lagi.
Owh, dengar apa kata pemenang task eposid 4 ini iaitu Shereen. Adakah kerjayanya sebagai pramugari sebelum ini yang sering berhadapan dengan orang ramai membuatkan tugas kali ini amat mudah?
“Hendak kata 100 peratus sama, tak juga sebab dulu orang memang sudah yakin dengan syarikat penerbangan yang Shereen kerja. Tapi ini Shereen perlu bertemu orang tak dikenali dan tawarkan pelan postpaid redONE yang menarik untuk mereka.
“Tapi Shereen susun strategi dan tak mudah mengalah kerana untuk berhadapan dengan orang ramai sebenarnya hanya perlukan teknik yang betul sahaja,” katanya yang sama sekali tidak menyangka dirinya memenangi task episod 4 ini.
So korang, tak kisahlah kerja apa tapi hargailah kerjaya masing-masing ya. Kalau promoter hulurkan pamplet ambillah sekurangnya dia dah buat kerja dia. Sama ada kita nak beli atau tak terpulang pada kitakan.
Tonton apa kata sebahagian finalis Dewi Remaja 2018/2019 tentang task semalam.
Diam tak diam, Pencarian Dewi Remaja 2019 sudah pun sampai ke episod 6 pada hujung minggu ini. Lima orang peserta telah pun meninggalkan lapan finalis yang lain.
Ada tiga lagi bakal tersingkir sebelum kita memasuki pentas finale pada 14 Disember nanti.
Sebelum berentap di minggu akhir, 12 finalis Dewi Remaja 2019 bakal Takes Over KLIA2 untuk kali pertama dan inilah masanya untuk korang bertemu dengan kesemua finalis.
Jom support mereka semua pada hari Rabu ini jam 2 petang di tingkat 2 – ARRIVAL, GETAWAY @ KLIA2.
Ada sesuatu yang special untuk mereka lakukan bagi tontonan korang.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke KLIA2, saksikannya secara LIVE di Facebook & Instagram @majalahremaja pada jam 2 petang.
See you there!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah apabila menyertai sesebuah pertandingan, semua peserta ingin menjadi kegemaran ramai. Dari situlah tercetusnya semangat dan dorongan bagi seseorang itu untuk terus melakukan yang terbaik bagi setiap cabaran.
Sebaik nama Tracie Sinidol diumumkan selaku Dewi Favourite 2022, seluruh Dewan Sri Putra Bukit Jalil bergema dengan teriakan serta sorakan tanda setuju di atas kemenangannya itu.
Begitupun buat empunya badan, Tracie berkata dia tidak pun pernah terfikir untuk mengungguli kategori tersebut.
Selorohnya di sidang media sebaik pentas akhir Dewi Remaja 2022 berakhir, “Jujurnya langsung tidak expect! Saya tidak tahu pula saya ini pujaan hati semua orang.. (ketawa).
“Pada awalnya, saya menjangkakan Malle (rakan peserta juga berasal dari negeri Sabah) yang akan mendapat gelaran Dewi Favourite ini. Saya pun menggemari Malle dan mengidolakannya.
“Tapi bila disebut nama saya, gembiralah kerana ini adalah hadiah saya kepada peminat saya yang tidak putus-putus memberikan sokongan sejak awal. Pada waktu itu (sebelum mengetahui akan menjadi juara), saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya memperolehi salah satu gelaran,” katanya.
Biarpun Tracie di atas kertas popular dalam kalangan penyokong terutamanya dari negeri Sabah, gadis yang bakal menyambut hari kelahirannya pada 21 September 2022 itu tidak menjadikan itu sebagai sebab untuknya mendabik dada di pentas akhir, tempoh hari.
Mengakui tiada strategi tertentu untuk menjadi dewi kegemaran ramai, Tracie bagaimanapun percaya penyokong lebih bijak dalam menilai.
“Saya bersyukur kerana sudah berada dalam kalangan sepuluh peserta terakhir kerana itu bagi saya sudah menjadi satu pencapaian yang sangat tinggi dan hebat untuk saya. Bukan senang sebenarnya (untuk ke peringkat tersebut) kerana ada penyingkiran setiap minggu.
“Apa yang saya beri dan sampaikan selama ini adalah dari hati saya.”
“Kepada penyokong saya selama ini, saya sangat-sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang amat supportive dan sudi membantu saya info cara-cara mengundi dan sebagainya. Setiap repost, share, komen dan like anda amat saya hargai,” katanya yang menyemat impian untuk beraksi di peringkat antarabangsa satu hari nanti.
Gadis yang terdahulu tular kerana gelaran ‘kembar Mira Filzah’ ini juga bersyukur setelah dirinya kini boleh berdiri di atas bakat serta gelaran Dewi Remaja 2022 yang dimilikinya.
Tahniah Tracie Sinidol!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di saat ramai yang ternanti-nantikan peluang untuk ke kota suci Mekah bagi menunaikan ibadah terutamanya dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, personaliti yang pernah dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja 2014/2015 telah menerima panggilan Ilahi untuk ke sana bersama suami tercinta.
Untuk pengetahuan, Balqish Maarif, 32 kini sedang bermastautin dan menetap bersama suami di Saudi Arabia sejak 5 tahun yang lalu.
Justeru, tidak hairanlah apabila dia berkesempatan untuk menunaikan umrah sempena 1 Ramadan semalam.
Menerusi hantaran di Instagram, Balqish menunjukkan perjalanan menuju ke kota Mekah dengan menaiki kenderaan sendiri dan berhenti di perhentian bas Kudi. Tiada jemaah yang dibenarkan untuk memandu kenderaan sendiri ke Masjid al-Haram.
“Dari perhentian tersebut, kami dan jemaah lain beratur seterusnya menaiki bas dari sana.
“Untuk menunaikan umrah, hanya rakyat Saudi Arabia yang sudah menerima dos vaksin saja dibenarkan.
“Selain itu, di dalam passport kesihatan kami juga perlu menyatakan bahawa kami sudah diimunisasi. Melainkan jemaah telah mempunyai dua perkara ini, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki ke kota Mekah,” kongsi Balqish semasa ditemu bual oleh REMAJA.
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, sebaik sahaja tiba di Masjidil Haram untuk ibadah Tawaf dan seterusnya mengerjakan Saie, masa yang diberikan hanyalah satu jam setengah sahaja.
Dan setiap jemaah akan menerima notifikasi kebenaran selama tiga jam saja untuk berada di sana.
“Kami sempat untuk mengerjakan solat Asar selepas menamatkan dua ibadah tersebut. Secara tak langsung, ia memberi kami ekstra setengah jam di sana.
“Biarpun jemaah tidak seramai kebiasaan pada bulan Ramadan tahun lalu, pihak pengurusan masih menjaga penjarakan di antara kami. Jemaah akan bergerak di atas garisan yang ditetapkan pada jarak yang telah dikira.
“Qish rasakan ini adalah Umrah yang paling tidak mempunyai sebarang sentuhan di antara jemaah,” katanya.
Seronoknya bila melihat seseorang berpeluang untuk mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan, terutamanya dalam keadaan pandemik sekarang.
REMAJA doakan agar Umrah Balqish dan suaminya mabrur serta mereka diberikan kesihatan terbaik.
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...