Ini bukan kali pertama anak Malaysia buktikan kemampuan dimata dunia.
Mungkin kedengaran tidak masuk dek akal, namun baru-baru ini atlet kriket Malaysia, Harinder Singh Sekhon telah berjaya mencipta rekod dunia baharu untuk lompatan tertinggi dari posisi duduk.
ARTIKEL BERKAITAN : Seminit Pun Rasa Lama! Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia ‘Planking’ Lebih 9 Jam
Malah, kejayaannya itu turut mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana telah mencatat lompatan setinggi 1.52 meter.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Harinder berkata bahawa dia telah berjaya mencipta rekod dunia baharu untuk lompatan tertinggi dari posisi duduk dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya selama ini.
Sebelum ini, rekod dunia ini dipegang oleh Victor Hubbard dari Amerika Syarikat untuk lompatan tertinggi dari posisi duduk selepas mencatatkan ketinggian 1.48 meter pada Februari lalu.
Menerusi tinjauan kami di laman Instagram Harinder, terdapat beberapa buah video menunjukkan beliau komited dengan latihan sehingga berjaya mencapai ke tahap ini.
Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama Harinder mendapat pengiktirafan dunia. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dengan pengiktirafan daripada Guinness World Records untuk lompatan paling tinggi dengan sebelah kaki sebelum ini. Cayalah dapat pecah rekod dunia sebanyak dua kali.
Moga terus maju jaya di masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rezeki Ramadan, Tealive Tawar Harga RM2.50 Sehingga 15 Jun Ini
Dah masuk bulan Ramadan ni, macam-macam pula harga promosi yang ditawarkan yang membuatkan kita rasa ‘gila’ nak membeli.
Berita baik untuk korang yang suka minuman bubble tea, Tealive dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk Kempen Raya dengan memberikan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih jika bayaran dibuat menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.
Bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019, korang boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 saja dengan syarat kena bayar guna Touch n Go eWallet.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaction.
Apa-apa pun, korang memang boleh jimat banyak dengan menggunakan aplikasi tersebut. Lagi-lagi di bulan puasa ni, cuaca panas mesti tekak pun haus gila kan?
Jadi apa lagi, sebelum berbuka tu singgah dululah ke cawangan Tealive yang berdekatan. Hiks!
Amaran Banjir Datang Lagi, Fenomena Air Pasang Besar Di Seluruh Negara Hingga Ahad
Sejak dua menjak ini, ramai yang risau apabila hujan lebat turun membasahi bumi. Ada yang tidak dapat tidur lena mengenangkan banjir sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN : AWAS! Lebih 10 Juta Rakyat Malaysia Bakal Terkesan Dengan Banjir Kali Ini
Terbaharu, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) meramalkan akan berlakunya air pasang besar bermula 8 hingga 11 Disember ini.
Menerusi hantaran di Facebook, pihak PHN memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya limpahan air di kawasan darat dan berkemungkinan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.
“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.
“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” jelasnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung paras air pasang surut orang ramai boleh melayari ke laman sesawang PHN.
TIP BANJIR
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan kendiri seperti yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia sebelum ini:
1. Gunakan pelindung seperti kasut keselamatan
2. Minum air yang dimasak untuk elak penyakit bawaan air/makanan (kolera, tifoid, hepatitis A)
3. Lindungi makanan dari lalat. Pusat Pemindahan Sementara perlu bersih dari lalat dan juga serangga lain seperti nyamuk, lipas
4. Jika bekalan elektrik terputus, pastikan makanan dimasak tidak rosak. Elakkan makan makanan tercemar daripada banjir, suhu bilik melebihi 4 jam
5. Awas risiko renjatan elektrik. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada banjir
6. Amalkan kebersihan persekitaran
7. Jangan merokok/vape di Pusat Pemindahan Sementara kerana ramai anak kecil dan ibu mengandung
8. Toleransi/saling bantu-membantu, hormat menghormati
9. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami batuk, demam, selesema, cirit-birit, mudah dan sebagainya
10. Pastikan bekalan ubat mencukupi
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
Stay safe guys!
BACA : Banjir Kilat Landa Lembah Klang, Tip Elak Baiki Kereta Dengan Kos Tinggi Jika ‘Air Naik’
Sumber : Facebook National Hydrographic Centre, Public Health Malaysia
Kenapa Kita Wajib “BERI 64% DUIT” Dividen KWSP Dekat Fakir Miskin, Ini Sebabnya…
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen kepada setiap ahli simpanannya. Dividen Simpanan Shariah sebanyak 6.4 peratus berbanding Simpanan Konvensional sebanyak 6.9 peratus.
Bagi yang ada caruman dalam KWSP tu bolehlah tengok berapa dividen diperoleh untuk tahun 2017 ini ya. Kata KWSP, inilah dividen tertinggi yang mereka berikan kerana pertumbuhan ekonomi negara yang baik. Bukan semacam ASB yang mana duit boleh keluar masuk, duit KWSP khususnya Akaun 1 hanya boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun sahaja.
Tapi ada pengecualian di sini, korang boleh keluarkan duit dari Akaun 2 untuk pembayaran balik PTPTN, pembelian rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan, perubatan dan terakhir untuk pendidikan. Lain-lain sebab memang tak ada peluang langsung ya.
Untuk golongan muda dan belia, inilah tabung simpanan hari tua kita. Sebab itulah bila korang bekerja, korang kena pastikan majikan ada membuat caruman dan membayarnya ke KWSP. Kalau potong tapi tak masuk ke KWSP, boleh lapor pada pihak KWSP dan majikan boleh kena saman tau.
Apa beza tentang Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah? Remaja kongsikan sedikit maklumatnya.
Bagi Simpanan Konvensional, pihak KWSP akan membuat pelaburan yang dijangka memberikan pulangan yang lumayan. Bidang pelaburan ini tidak terhad, dalam erti kata lain, asalkan boleh menjana keuntungan. Mungkin dalam sektor hartanah, perbankan, bon dan banyak lagi.
Manakala Simpanan Shariah pula diurus dan dilaburkan berdasarkan akad wakalah. Bukan islam pun boleh membuat pilihan ini tapi terpulanglah pada pilihan masing-masing, tak ada paksaan.
Dianggarkan dari 14 juta pekerja pekerja yang mencarum, dari Jun 2016, seramai 705,485 orang pencarum telah memilih untuk menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah, dari jumlah keseluruhan. Dari RM100 bilion yang dikhasnya untuk Simpanan Syariah, hanya RM68 bilion telah dilanggan sejak 20 bulan lalu.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa dividen syariah ini lebih rendah sebanyak 0.5 peratus berbanding simpanan konvensional. Mana lebih baik, Shariah atau Konvensional.
Tapi baca baik-baik penjelasan dari Dr Zaharuddin Abd Rahman yang juga bekas penolong profesor di Kulliyyah of Economics and Management Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selain terkini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Elzar Shariah Solutions and Advisory Sdn Bhd.
Kalau ramai merasakan simpanan konvensional lebih untung (untung 0.5 peratus), tapi pasti ramai terkejut kerana simpanan konvensional ini agak “RUGI” kerana duit dividen yang diterima itu perlu dibersihkan (maksudnya disedekahkan) ke fakir miskin dan badan kebajikan kerana 65 peratus pelaburan KWSP tidak patuh syariah. Dalam erti kata mudah, pelaburan ini ada unsur-unsur riba dan subahah.
Senang cerita, kiraan dividen adalah seperti berikut:
Bagi umat islam, kita digalakkan berurus niaga jika tiada unsur-unsur riba. Jadi ingat-ingat ya, bila nak keluarka duit pada usia 55 tahun nanti, kena keluarkan sejumlah bayaran untuk pembersihan dividen ini. Duit itu tidak boleh diberikan kepada PUSAT ZAKAT kerana ada unsur subahah dan cuma boleh diberikan kepada FAKIR MISKIN DAN BADAN KEBAJIKAN sahaja.
Untuk lebih faham, boleh baca penjelasan Ustaz Dr Zahiruddin mengenai faedah simpanan shariah dan konvensional mengenainya.
10 Februari lalu, Dr Zaharuddin telah menulis di entri facebooknya mengenai dividen KWSP ini. Malah beliau telah mengulas panjang perkara ini bagi memberi pemahanan lebih kepada umat Islam mengenai dividen ini.
Baca kenyataannya :-
DIVIDEN SIMPANAN SHARIAH KWSP
Alhamdulillah Simpanan Shariah berjaya mencatat 6.4 % namun sedikit rendah berbanding konvensional antaranya kerana dua sebab utama iaitu:-
- Prestasi saham-saham pelbagai institusi kewangan konvensional (riba) terbesar yang dilabur oleh simpanan konvensional mencatat keuntungan dan dividen besar pada tahun 2017. Manakala simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam satu bank Islam sahaja. Justeru, tiada sumber keuntungan Simpanan Shariah datang dari hasil industri riba seperti simpanan konvensional.
- Prestasi saham-saham patuh syariah yang dipegang oleh tabungan simpanan syariah antaranya dalam sektor telekomunikasi, gas dan minyak mengalami penurunan semenjak 18 bulan yang lalu berbanding harga kos sewaktu belian dahulu. Ini menjadikan kadar dividen simpanan syariah terganggu disebabkan peratusan ‘impairment’ yang lebih besar.
- Pun begitu seluruh dividen 6.4 % dari Simpanan Shariah yang dikira melalui cara ‘daily balance’ (baki harian) tersebut akan dinikmati sepenuhnya oleh ahli TANPA PERLU sebarang pembersihan kerana semua diraih melalui pelaburan patuh Shariah. Tahniah… !!
- Manakala bagi muslim/muslimah yang mendapat 6.9 % hasil dividen simpanan konvensional, kalian WAJIB membuat pembersihan kerana majoriti dividen datang dari sumber TIDAK PATUH SHARIAH. Jumlah kadar pembersihan?? Sangat banyak iaitu 64 % dari dividen konvensional tersebut, maka itu menjadikan dividen penyimpan konvensional sangat rendah jika dilihat dari perspektif patuh Shariah.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
elzarshariah.com
Dengarkan juga kuliah Maghrib yang beliau sampaikan mengenai isu ini. Mungkin selepas ini, selepas membaca dan mendengarnya maka semakin ramai umat Islam beralih kepada simpanan patuh syariah.
Dr Zaharuddin Ulas Isu Dividen Simpanan Shariah
Ulasan ringkas petikan dari ceramah muamalat di Surau Al-Mukmin, Gombak, berkenaan dividen simpanan shariah dan penyucian perlu bagi penerima dividen simpanan konvensional. Isu zakat dividen kwsp dan yang berkaitan. Semoga bermanfaat.Perihal 'impairment' yang terpaksa direkod sebagai loss kepada tabung, boleh lihat prestasi harga saham-saham telekomunikasi yang dipegang pada jumlah yang besar seperti TM, Axiata, Digi & Maxis pada sekitar pertengahan tahun 2016 dan bandingkan harganya 18 bulan selepas itu. Begitu juga halnya pada saham oil and gas seperti UMWOG. Menurut framework IFRS, ini perlu direkod sebagai kerugian hatta walau belum direalisasikan dengan jualan.
Posted by Dr. Zaharuddin Abd Rahman on Monday, 12 February 2018
Dosa riba lebih besar dari 28 kali perlakuan zina
Carian Remaja mengenai isu riba ada dinyatakan di dalam surah al Baqarah.
Allah berfirman yang ertinya, Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (QS. Al-Baqarah: 276).
Rasulullah pernah bersabda hal berkaitan riba, “Sesungguhnya wang satu dirham yang didapat oleh seseorang dari riba itu lebih besar dosanya di sisi Allah dibanding 28 kali dosa zina yang dilakukan orang tersebut,” (HR. Ibnu Abid Dunya dalam Ash-Shamtu, 175, dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 5519). Semoga Allah menyelamatkan kaum muslimin dari keburukan riba. [Redaksi KhotbahJumat.com]