Turun 81 kg Dengan Berdiet & Bersenam, Lelaki Ini Buktikan ‘Cara Tipikal’ Berkesan

Share

 

Pastinya ada di antara kita yang masih mencari semangat dan inpirasi untuk mengurangkan berat badan. Well, baca perkongsian ini sehingga habis!

Seorang pemuda Thailand yang dikenali sebagai Nes Chetragull baru-baru ini telah berkongsi mengenai caranya mengurangkan berat badan dengan menjaga makan dan bersenam.

Dahulu, berat badan Nes menjangkau sehingga 156 kilogram! Dalam masa setahun, dengan berkat usaha dan semangat yang tidak pernah luntur, dia berjaya menurunkan berat badan hampir 81 kg!

Nes telah berkongsi fotonya di Facebook sebelum dia berjaya menjadi lebih sihat. Lebih menarik lagi, dia turut kongsikan gambar seluar dan baju lama yang kini dua kali ganda lebih besar daripada saiz badannya.

Penurunan ini bukan saja untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih menarik, tetapi Nes melakukannya untuk menjadi lebih sihat. Sebelum ini, dia mengalami isu obesiti sejak kecil sehingga sukar tidur dan sering hilang keseimbangan badan lalu terjatuh apabila berjalan.

Nes yang kini mempunyai berat badan ideal 75 kg.

Untuk merealisasikan impiannya menjadi lebih sihat dalam masa setahun bukanlah semudah yang disangkakan. Rutin pemakanan Nes langsung berubah dari Ogos 2019 sehingga Julai 2020. Dia nekad hentikan pengambilan makanan kesukaan seperti makanan bergoreng, air bergula, snek, kuih tradisional Thai dan air teh susu.

Sebagai pengganti, Nes hanya mengambil makanan berzat dengan jumlah yang sikit. Malah dalam salah satu perkongsiannya, dia menunjukkan foto makanan berupa 150 g nasi kukus dan 300 g ayam cincang yang dimasak dengan daun selasih (basil).

Nes turut bersenam dengan berjalan kaki selama satu atau dua jam sehari sebelum dia mempunyai stamina mencukupi untuk menaiki basikal senaman.

Kini setelah lebih 10 bulan berlalu, pemuda Thai ini telah melonggarkan sedikit dietnya namun masih mengekalkan berat badan dengan cara bersenam secara berkala dan meneruskan pengambilan makanan pada kadar yang tepat.

Nasihat Nes kepada orang ramai yang ingin mencapai bentuk badan ideal, carilah senaman paling senang untuk dibuat mengikut kesesuaian diri dan jangan lupa untuk hanya makan makanan yang sihat.

Masih tidak terlambat lagi kalau korang nak mengamalkan gaya hidup sihat. Tak perlu nak tunggu tahun baru untuk turunkan berat badan kan?

Sumber :  Facebook Nes

Published by
Nana