Henti Hukuman Sebatan, Arab Saudi Ganti Dengan Penjara Atau Denda Buat Pesalah

Share

Malaysia antara negara yang masih mengamalkan hukuman sebat atau korporal di kalangan pesalah  walaupun tindakan itu ditolak kebanyakan negara maju di seluruh dunia.

Kalau sebelum ini Arab Saudi sangat tegas dalam pelaksanaan undang-undang, namun keputusan terbaru negara itu nyata mengejutkan ramai pihak.

Arab Saudi sudah menghentikan hukuman sebat sebagai salah satu bentuk hukuman di sana. Keputusan menghentikan hukuman sebat dibuat sekitar bulan ini dibuat oleh Suruhanjaya Umum Mahkamah Agung ini akan digantikan dengan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dikatakan sebagai lanjutan daripada reformasi hak asasi manusia yang diperkenalkan di bawah arahan Raja Salman dan pengawasan langsung Putera Mahkota Mohammed bin Salman, sebatan digunakan sebagai salah satu hukuman di bawah cabang Undang-Undang Jenayah Islam atau Syariah.

Dengan pembaharuan tiada lagi hukuman sebat ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HRC) merasakan ianya adalah langkah penting dalam permulaan kepada agenda hak asasi manusia di Arab Saudi bagi mereformasi sistem kehakimannya yang tidak adil.

Walau bagaimanapun, bentuk hukuman badan lain seperti memotong tangan untuk kesalahan mencuri dan memenggal kepada kerana membunuh masih lagi belum dilarang di Arab Saudi.

Arab Saudi beberapa tahun belakangan ini telah melakukan pelbagai perubahan dalam sistem negara mereka dan ini termasuklah menarik balik peraturan sekatan ke atas wanita, selain daripada melonggarkan sedikit undang-undang pemakaian wanita asing susulan daripada pelancaran visa pelancongan pada September tahun lalu.

So apa pendapat korang dengan keputusan Arab Saudi ini?

Sumber: Reuters

Published by
Nana