“Hentikan Kebencian Kepada Asia” ARMY Bengang V BTS Dituduh Sebarkan Wabak Di Grammys

Share

Sudah memasuki dua tahun dunia berdepan dengan wabak COVID-19 pun, masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang gemar berjenaka mengenai wabak tersebut. Lebih teruk lagi apabila ia turut menyelitkan elemen perkauman walaupun secara berkias.

Kisah kumpulan K-Pop, BTS yang membanggakan industri muzik Asia terutamanya dunia K-pop setelah diberikan penghormatan untuk tercalon di anugerah Grammy 2022 serta membuat persembahan telah dicemari pertuduhan kurang sopan oleh media Australia, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Olivia Rodrigo & V BTS Bikin Internet ‘Meletup’ Dengan Skit Mesra Di GRAMMYs – REMAJA

Menerusi akaun Twitter-nya, The Project TV telah berkongsi sebuah video ‘recap’ yang menyentuh momen-momen menarik di Grammys 2022. Video berdurasi enam minit itu turut memuatkan sebahagian persembahan BTS yang membawakan lagu Butter.

*Klip tersebut telahpun dipadamkan oleh The Project TV*

Namun, apa yang kurang enak pada pandangan peminat BTS adalah apabila ia turut menyelitkan mesej berbunyi, “BTS hadir, melupakan ‘peperangan’ mereka dengan wabak COVID-19 baru-baru ini”.

Ia turut menunjukkan klip ahli BTS, Kim Tae-hyung aka V ketika berada dalam kalangan penonton dan menambah efek bunyi seperti batuk serta efek visual ‘kuman’ di sekeliling V.

V hadir ke anugerah Grammy 2022 dalam keadaan sihat, tidak seperti yang digambarkan oleh media Barat tersebut.

Peminat BTS, ARMY pantas menempelak semula The Project TV yang dilihat cuba mencetuskan imej tidak baik terhadap V, kononnya dia masih mempunyai simptom batuk setelah pulih daripada wabak COVID-19, Februari lalu.

Sedangkan klip asalnya daripada penyiar rasmi Grammys menunjukkan V sedang ‘melayan’ persembahan Justin Bieber yang membawakan lagu Peaches bersama-sama Daniel Caesar dan Giveon.

VIDEO SEBENAR 

VIDEO DISUNTING

 *

*

Menerusi Twitter, ARMY melaungkan mesej #StopAsianHate dan ‘Apologize To BTS’ kerana kecewa apabila mendapati komen perkauman berkaitan wabak COVID-19 (kononnya masyarakat Asia yang mula menyebarkan wabak tersebut) masih dimainkan walaupun dunia telah mengalami pandemik selama dua tahun.

Ini bukanlah kali pertama BTS menjadi sasaran komen perkauman. Pada Februari 2021, BTS pernah disamakan dengan ‘wabak penyakit yang perlu segera dicegah dengan vaksin’ oleh penyampai radio Jerman bernama Matthias Matuschik.

ARTIKEL BERKAITAN : MTV, Halsey & Lauv Pertahankan BTS Selepas Komen ‘Racist’ DJ Radio – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ