Hentikan Sebar Cara Tangani Serangan Jantung Dengan Cough CPR, Ini Sebenarnya Yang Korang Perlu Buat

Share

Selepas kematian aktor Ashraf Sinclair tempoh hari, ramai yang berkongsi tentang bahaya penyakit jantung di usia muda. Ramai yang sedar dan mula mengambil ikhtibar untuk lebih menjaga kesihatan dengan baik.

Kesedaran ini sedikit sebanyak membuka mata masyarakat Malaysia namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan info-info yang tidak sahih.

Kami pasti korang mesti selalu dapat mesej berangkai di Whatsapp atau Telegram yang ntah diberi oleh sesiapa, kemudiannya dihantar kepada kawan-kawan yang lain. Macam-macam informasi yang diberikan tapi kesahihannya tidak diketahui.

Rentetan daripada penyakit serangan jantung yang sedang hangat diperkatakan sekarang, ada pula pula pihak yang tidak bertanggungjawab menghantar mesej berangkai yang berkongsi cara untuk menangani serangan jantung ketika anda seorang diri dengan melakukan Cough CPR.

Namun begitu, hal ini mendapat perhatian Public Health Malaysia yang menyarankan agar mesej penyebaran tersebut dihentikan.

Sebaliknya, ada beberapa perkara yang korang perlu alert dan lakukan jika mengalami situasi kecemasan seperti ini.

• CPR hanya dilakukan jika nadi telah berhenti
• Jika korang alami serangan jantung seorang diri, hubungi talian kecemasan dan beritahu lokasi korang
• Hubungi rakan atau keluarga terdekat
• Jika korang memandu, BERHENTI di tempat selamat, jangan terus memandu
• Ambil ubat mencairkan darah (jika ada)
• Jangan tekan dada, batuk dengan kuat atau terus memandu seorang diri

Gambar hiasan

Diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit ilmu kepada masyarakat agar mereka tahu untuk bertindak dan tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara yang tidak betul.

Walaupun mungkin korang tidak mempunyai sebarang simptom serangan jantung sebelum ini, tidak salah kiranya ambil informasi yang diberikan sebagai salah satu langkah berjaga-jaga.

Apa-apa pun paling penting, amalkan gaya hidup sihat dan sentiasa membuat pemeriksaan untuk mengetahui tahap kesihatan korang.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
Noor Ain Norman