Siapa di sini pernah menonton drama Korea berjudul “Black”, lakonan Song Seung-heon dan Go Ara?
Nak tahu drama tersebut kini dibuat dalam versi Malaysia pula dan bakal ditayangkan eksklusif di Viu, laman streaming terkemuka.
Menariknya, siri yang merupakan adaptasi format Korea ini turut akan mengangkat Hero Remaja 2007/2008 iaitu Kamal Adli sebagai hero utamanya. Selain itu ia turut dibintangi Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan ramai lagi.
Dalam siri asal Korea, Black merupakan kisah sebuah drama fantasi cinta dan seram yang mengikuti Grim Reaper yang telah memasuki dunia manusia dan telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang boleh meramal kematian.
Siri terbitan CJ E&M dengan nama sama akan diselitkan dengan elemen Mitologi Melayu yang bersesuaian dengan masyarakat tempatan.
Sinopsis Versi Malaysia
Adaptasi Viu menggantikan konsep grim reaper dengan bunian (makhluk ghaib dari dimensi lain) dan bermula dengan misi Black (dilakonkan oleh Kamal Adli) ke alam manusia untuk mencari rakannya yang sedang diburu. Melanggar peraturan orang bunian, Black (dilakonkan oleh Kamal Adli) menghuni badan Malik, seorang pegawai polis yang telah mati, dan menggunakan identiti Malik untuk memudahkan siasatannya. Walaupun membenci manusia kerana “cara primitif’ mereka, Black tertarik dengan Sofia (dilakonkan oleh Siti Saleha), seorang wanita yang berupaya meramalkan kematian dan menjadi kunci penting dalam misi Malik. Kecewa dengan dirinya, Malik mula jatuh cinta dengan Sofia (satu lagi peraturan yang dilanggar). Pada pertengahan cerita, mereka terperangkap dengan kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan lebih 20 tahun yang membawa mereka kembali kepada kisah silam yang dikongsi bersama.
Trailer
Black bakal ditayangkan dengan empat episod berturut-turut pada 17 dan 24 Disember secara eksklusif di Viu. Tak sabar rasanya nak tengok Hero Remaja kita ni berlakon.