Bangkit botak! Itulah laungan yang sering dilontarkan sepanjang penglibatan Harris Annuar dalam Pencarian Hero Remaja tahun lalu. Walaupun dianggap sebagai peserta underdog pada awalnya, Harris membuktikan kehebatannya sehingga berjaya mendapat tempat ketiga.
Kini selepas tamat pertandingan tersebut aktivitinya dalam industri tanahbair tidak senyap begitu sahaja. Harris dilihat sering muncul di kaca TV menerusi pelbagai program TV. Malah dia juga sering menjadi jemputan ke majlis-majlis berprestij dalam negara.
Berbeza dengan dahulu, dirinya kini sudah semakin dikenali sehinggakan selepas solat hari raya tempoh hari ada peminat yang mengajaknya bergambar. Bercakal tentang Hari Raya, tahun ini Harris dan keluarga beraya di Shah Alam sahaja. “Raya kalu ni berbeza sikit sebab pertama kali beraya di rumah baru. Cousins saya juga ramai yang tak balik kampung jadi kami berkumpul ramai-ramai di sini,” jelas Harris yang keluarga besarnya ramai berasal dari Kelantan.
Sesiapa yang menjadi follower Harris di Instagram pasti perasan yang dia sering menghasilkan video-video komedi. Video seperti ‘Derma Style’, ‘Jenis-Jenis Orang Beraya’ dan ‘Sleeping Style’ mendapat jumlah view dan komen yang sangat banyak. Ia bukan sahaja daripada follower tetapi juga selebriti tempatan yang lain.
Remaja sempat menghubungi Harris tentang perkara ini. Jelasnya, kesemua pembikinan video ini; bermula dari idea asal, editing, shooting dan berlakon kesemuanya dilakukannya sendiri. Cuma kadangkala mendapat bantuan dari rakan-rakan terdekat seperti Safwan Nazri.
“Instagram merupakan antara platform terbaik bagi saya untuk menonjolkan kemampuan dan kebolehan saya berlakon. Tujuan utama saya hasilkan video ini ialah untuk orang industri perasan akan bakat saya tidak kiralah sama ada production house, penerbit, pengarah atau pelbagai jenama fesyen atau sukan. Manaah tahu suatu hari nanti saya dapat berkolaborasi dengan jenama terkenal untuk kempen mereka,” tambahnya lagi.
Dia juga berpendapat medium seperti ini dapat menjadikkan dirinya sebagai bakat baru tidak tenggelam dalam lautan bakat-bakat lain yang sedia ada.
Way to go Harris! We believe in you!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesan pandemik Covid-19 memang sangat dirasai dan memberi kesan terhadap pelbagai jenis sektor ekonomi di seluruh dunia. Industri penerbangan antara yang terjejas teruk dan seperti yang kita tahu, di dalam negara kita sendiri apabila syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo terpaksa memberhentikan ribuan pekerja kerana tidak mampu menanggung kos yang tinggi.
Jika sebelum ini syarikat penerbangan nasional Thailand, Thai Airways membuka restoran seolah-olah merasai pengalaman menikmati makanan di dalam kabin kapal terbang kini syarikat tersebut hadir dengan jualan barangan fesyen yang menarik dan khabarnya ia terjual habis dalam masa beberapa hari sahaja.
.
Barangan fesyen yang dihasilkan adalah beg yang diperbuat dari jaket keselamatan yang biasanya ada di bawah tempat duduk kita di dalam kapal terbang. Koelksi yang dikenali dengan nama ‘Life Vest x Lifestyle’ ini ternyata menarik perhatian ramai dan rekaan berkonsep industrial itu sesuai digayakan oleh lelaki mahupun wanita.
Setiap satu rekaan yang dijual bermula dari RM51 sehingga RM666.
***P/S- Agak-agaknya kalau Malaysia Airlines berkolaborasi dengan pereka terkenal negara pun mesti laku. Dato’ Rizalman Ibrahim maybe?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama atau filem seram berkisarkan tentang zombie antara yang menjadi kegemaran peminat kerana jalan ceritanya menarik dan mampu membuatkan penonton berdebar setiap kali menyaksikan aksi ganas yang dipaparkan.
Tidak dinafikan Korea banyak menghasilkan drama-drama mahu pun filem yang membawa tema zombie yang kebanyakannya memang best untuk dilayan. Kalau korang sememangnya gemar menonton kisah zombie ini, berikut kami senaraikan antara drama dan filem zombie terbitan produksi Korea Selatan.
1. All Of Us Are Dead
Drama ini menceritakan tentang pelajar yang terperangkap di sekolah ketika virus zombie merebak dan mereka berhempas pulas berjuang untuk meneruskan hidup. Siri ini adalah berdasarkan webtoon popular dari Jong Dong Geun yang dikenali sebagai ‘novel grafik zombi gaya Korea’.
2. Kingdom
Drama ini berlatarkan zaman Joseon, zaman pertengahan di Korea, seorang menteri bercita-cita tinggi yang mahu mengambil alih takhta, “menyimpan” raja yang sakit yang nampaknya telah mengubahnya menjadi zombie.
Menteri tersebut menyimpan rahsia ini dari semua orang, hanya permaisuri yang mengetahui tentang perkara itu. Walau bagaimanapun, anak raja, putera mahkota cuba untuk mengungkap rahsia itu. Putera mahkota mencari doktor yang merawat bapanya (raja) dan mendedahkan kebenarannya.
3. Rampant
Dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hyun Bin, Jang Dong Gun, dan Kim Tae Woo, cerita ini mengisahkan tentang Lee Chung yang telah menjadi tebusan politik Dinasti Qing sebagai. Selepas 10 tahun, dia pulang semula ke Joseon dan kepulangan itu telah menemui sesuatu yang mengejutkan. Bukan sahaja terpaksa berdepan dengan zombie tetapi juga menerima berita kematian abangnya disebabkan oleh konspirasi dalaman istana.
4. Alive
Alive merupakan filem survival thriller tentang wabak misteri yang secara tiba-tiba merebak di seluruh Seoul. Wabak tersebut berkembang dengan cepat di luar kawalan dan menyebabkan seluruh Korea tidak dapat mengakses internet mahu pun talian komunikasi. Joon Woo dan Yoo Bin lakonan Yoo Ah In dan Park Shin Hye mereka masing-masing tinggal bersendirian dan terperangkap di dalam sebuah pangsapuri.
5. Sweet Home
Drama lakonan Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Do Hyun, Lee Si Young, Park Gyu Young ini mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang terpaksa meninggalkan rumahnya selepas tragedi menimpa keluarganya, hanya untuk menghadapi sesuatu yang lebih menakutkan, di mana raksasa berusaha menghapuskan umat manusia. Kini dia mesti berjuang bersama segelintir manusia untuk mencuba dan menyelamatkan dunia sebelum terlambat.
6. Train To Busan
Seok Woo ialah seorang duda yang obses dengan kerjanya dan jarang meluangkan masa bersama anaknya, Soo-an. Sewaktu ulang tahun kelahiran, Soon-an mahu bapanya membawanya ke Busan untuk melawat ibunya. Pada keesokan harinya, mereka menaiki keretapi KTX di Seoul.
Sebelum berlepas dari Stesen Seoul, seorang wanita dengan luka gigitan di kakinya menaiki keretapi tersebut. Wanita itu kemudiannya bertukar menjadi zombi dan menyerang seorang pekerja keretapi yang kemudiannya juga bertukar menjadi zombi. Jangkitan itu merebak dengan pantas di dalam keretapi tersebut. Seok-woo, Soo-an dan penumpang-penumpang lain perlu menyelamatkan nyawa mereka di dalam keretapi yang bergerak itu.
7. Happiness
Jika All Of Us Are Dead menceritakan tentang kisah sekumpulan pelajar yang ingin menyelamatkan diri dari zombie di sekolah, Happiness lakonan Park Hyung Shik dan Han Hyo Joo memperlihatkan bagaimana penghuni apartment yang ingin berjuang untuk hidup daripada terkena wabak zombie.
8. Zombie Detective
Kim Moo-Young sudah menjadi zombie dua tahun lalu. Untuk terus hidup, dia mengajuk kelakuan manusia di sebuah kampung dan kemudiannya berhijrah ke bandar. Di sana lelaki ini membuka sebuah pejabat dan bekerja sebagai penyiasat peribadi, dia tidak mengingati apapun sebelum menjadi zombie. Dia berjuang untuk hidup dalam kelompok manusia dan berusaha mengembalikan ingatannya.
9. Peninsula
Peninsula menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat berhasil melarikan diri daripada watak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak dapat dinafikan, era 90-an merupakan tempoh yang cukup hebat bagi penggemar kartun animasi. Ini ditambah pula dengan populariti beberapa saluran seperti Nicklodeon, Disney Channel dan Cartoon Network yang menjadi pilihan kanak-kanak dan remaja pada era 90’s ketika itu.
Kami di Remaja juga sempat ‘mengorek’ semula memori lama di mana kartun-kartun inilah yang menjadi penghias di waktu lapang. Tak salah untuk diktakan korang juga pasti mempunyai banyak kenangan dengan kartun-kartun 90’s yang kami senaraikan di bawah. Korang sempat tak menonton siri kartun yang kami senaraikan di bawah? Kalau tak sila tanya abang atau kakak masing-masing. Hiks!
Check out pilihan Remaja di bawah!
1. CatDog
Ditayangkan di saluran Nicklodeon dan juga di TV9, ‘CatDog’ menampilkan watak kembar siam seekor anjing dan kucing. Cat seekor kucing yang cerdik dan licik manakala Dog pula lebih naif dan happy go lucky.
2. Batman: The Animated Series
Sebelum munculnya Batman versi Christopher Nolan menerusi filem legendanya, inilah karakter Batman yang cukup kita kenali. Dengan gaya animasi dramatik dan jalan cerita yang hebat, ia sebuah animasi cukup berkualiti.
3. Usop Sontorian
Made in Malaysia! Diangkat sebagai antara siri animasi terawal di Malaysia, Usop Sontorian mula ditayangkan pada tahun 1996 dan bertahan selama dua tahun. Menjadi perintis kepada generasi seterusnya.
4. Keluang Man
Kalau di Amerika Syarikat ada Batman, kita ada Keluang Man. Ia mengisahkan Borhan, seorang pesakit mental bertindak menjadi pejuang keamanan di waktu malam. Khabarnya, ia akan muncul dalam bentuk filem aksi tidak lama lagi. Wow, sama-sama kita nantikan.
5. The Powerpuff Girls
Antara siri kartun yang paling popular di saluran Cartoon Network, The Powerpuff Girl melakukan kemunculan pertama menerusi program ‘What a Cartoon!’ pada tahun 1995. Kemudian ia muncul sebagai siri sendiri pada 1998. Bubble, Blossom & Buttercup, unite!
Turut ditayangkan di TV3, ‘Animaniacs’ merupakan siri kartun komedi menampilkan pelbagai karakter. Antara karakter popular ialah The Warners, Pinky and the Brain, Slappy Squirrel dan Goodfeathers.
7. Anak-Anak Sidek
Sebuah lagi produksi siri kartun tempatan yang cukup evergreen. Anak-Anak Sidek merupakan biografi kisah jaguh badminton negara anak Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Kartun ini ditayangkan di RTM 1. Ini memang lejennn!
8. Ed, Edd n Eddy
Kisah tiga sahabat yang nama mereka lebih kurang aje bunyinya. Ditayangkan di Cartoon Network, ia menjadi cukup popular terutamanya di kalangan remaja lelaki.
9. Johnny Bravo
Johnny Bravo merupakan akarakter yang sangat confident dia hensem gila. Brader sado yang perasan bahawa dia seorang kasanova selalu gagal memikat hati wanita. Yang penting, konfidennn! LOL
10. Dexter’s Laboratory
Kisah Dexter, budak genius yang sering bercita-cita untuk menakluk dunia. Tapi malangnya kehidupannya sering dihuru-harakan oleh kakaknya, Dee Dee.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...