Perbuatan segelintir remaja melakukan aksi willy akhirnya membawa padah apabila video mereka melakukan perbuatan tersebut yang viral di media sosial membawa sepasukan anggota risikan Jabatan Pengangkutan Jalan ke rumah mereka.
So cogan kata, AWAS ANDA DIPERHATIKAN yang sebelum ini biasa kita baca dan dengar nampaknya boleh menjadi asbab korang mendapat perhatian dari pihak berkuasa. Seram weiiii.
Baca perkongsian di fb Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kes ini.
KES ADUAN VIDEO TULAR PADA 21 JULAI 2019
Ads
Pada 28/07/2019 jam lebih 12200hrs bertindak atas aduan, satu (1) pasukan R/O (risik/operasi) USR JPJ Johor telah ke lokasi alamat pemilik kenderaan yang diadu, Nombor Pendaftaran JTK3649, JHV6193, WSQ9625, JMX7105.
Ketika sampai di lokasi rumah pemilik mendapati kenderaan yang diadu ada di lokasi tersebut. Hasil siasatan mendapati penunggang yang diadu berada di lokasi tersebut.
Penunggang yang adu diarahkan untuk mengemukakan 3 lagi suspek yang terlibat di dalam video tersebut. Ke empat-empat suspek berjaya di temu siasat dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada waris.
Ads
Waris kesemua suspek tidak tahu akan video yang tular serta kesalahan yang dilakukan anak beliau. Kesemua suspek merupakan pelajar sekolah menengah di bawah umur.Tujuan suspek melakukan aksi tersebut hanya untuk suka-suka serta memuat naik di laman sosial.
Suspek telah diambil keterangan di hadapan waris serta menunjukan lokasi kejadian. Notis Saman JPJ P(22) telah dikeluarkan kepada semua suspek.Kes diterangkan kepada waris untuk diselesaikan di Mahkamah mengikut ketetapan tarikh di Notis.
Ads
Pemeriksaan telah dijalan ke atas semua motosikal suspek dan mendapati no.casis dan no enjin memuaskan. Siasatan selari dari sudut undang undang APJ dijalankan.
KLASIFIKASI KESALAHAN
a)Memandu di bawah Umur (S39(1)APJ1987)
b)LKM Tamat Tempoh/Tiada Perlindungan Insurans (S23(1) / S90(1) APJ1987)
c)Tidak Memakai Topi Keledar (K4MC(SH) 1973)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama kosmetik dari United Kingdom itu menutup 900 buah stor yang dimiliki mereka di 49 buah negara dalam usaha menyokong kempen Climate Strike oleh remaja sedunia.
LUSH bukanlah nama kecil dalam industri kecantikan.
Lalu, apabila mereka memutuskan untuk membuat keputusan sedrastik menutup stor LUSH di 49 buah negara buat seketika, ramai yang akan tertanya-tanya mengapa?
Laman web LUSH
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada tanda sokongan LUSH terhadap pergerakan Climate Strikeyang meminta agar kerajaan sedunia mengambil tindakan pantas untuk menangani masalah iklim yang semakin membimbangkan.
Di LUSH Singapura, stor mereka ditutup pada pagi Jumaat dan dibuka semula pada 2 petang. Kedai dan pejabat LUSH ditutup, kesemua lampu dipadamkan dan laman web mereka juga dalam low energy mode. Kilang mereka juga menghentikan operasi buat seketika.
Wakil mereka berkata, “Tiada permintaan yang lebih hebat melainkan permintaan remaja yang inginkan pemimpin sekarang mengambil tindakan yang betul.”
Wow!
REMAJA tidak pasti sekiranya LUSH Malaysia juga terlibat dalam pergerakan ini memandangkan tiada pengumuman telah dilakukan mereka di media sosial.
Untuk pengetahuan, Climate Strike dijangka menjadi perhimpunan berskala besar di mana para pelajar seluruh dunia dijangka akan ponteng sekolah dan melakukan perhimpunan protes di jalan raya.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura kumpulan K-Pop terkenal ini? Lagu-lagu mereka yang sangat catchy dan rancak pasti menarik perhatian mana-mana anak muda zaman sekarang!
Baru-baru ini tumbler Starbucks edisi khas yang telah dikeluarkan untuk pasaran Asia dengan kerjasama kumpulan K-pop terkenal Blackpink didapati dijual semula dengan harga yang sangat mahal sehingga mencecah RM5,000 seunit.
Harga asal tumbler tersebut adalah antara RM200 dan RM478, namun ada sesetengah pembeli telah mengambil kesempatan dengan menjualnya semula pada harga yang terlalu tinggi.
Menurut sumber Kosmo, ada peminat yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan tumbler itu, dengan ramai yang berkongsi kegembiraan mereka apabila berjaya mendapatkan barang itu.
“Pada harga RM3,500 pun ada yang jual. Anda tahu ini edisi khas, tetapi harganya tidak masuk akal,” komen salah seorang peminat.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita, ia juga dijual semula pada harga RM2,000 di Indonesia manakala beberapa edisi lain mencecah sehingga RM5,000,” komen warganet.
Seorang pengguna media sosial, bagaimanapun, berpendapat bahawa harga itu ternyata masuk akal kerana tumbler itu hanya terjual di Asia.
“Bagi saya, tidak mengapa untuk menjual pada harga seperti itu. Ini khas untuk pasaran Asia. Jika penjual bijak dan menggunakan mana-mana platform jualan antarabangsa, dia mungkin boleh menjual pada harga yang lebih tinggi,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, People
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baca macam seram, seolah-olah tajuk untuk sekolah menengah.
Tapi tajuk seperti Sukatan & Geomteri, Pengurusan Data, Operasi Asas, Ukuran & Sukatan, Nombor Hingga 1000 dan lain-lain lagi adalah tajuk bagi subjek Matematik yang akan diajar pada pelajar tahun dua mulai tahun 2020.
Menurut Cikgu Matematik yang cukup popular, Cikgu Mohd Fadli Salleh, ada lapan tajuk akan diajar bagi murid tahun 2 dan beliau terangkan serba sedikit agar pelajar faham dan mak ayah pun boleh membantu jika anak kurang faham. Hikz.
Sebelum itu, Cikgu Mohd Fadli ada berkongsi tentang Pentaksiran Bilik Darjah di mana pelaajr tahun 1-3 tak ada peperiksaan lagi.
Tahun ini pertama kalinya murid tahun 1, 2 dan 3 tidak lagi menduduki peperiksaan. Mereka hanya dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Ada pro dan kontranya dasar baru ini.
Berikut antara kebaikan PBD diperkenalkan :-
1) Murid tidak lagi tertekan dengan peperiksaan. Mereka ke sekolah tanpa perlu fikir 'nanti nak periksa'. Jadi mereka boleh ke sekolah untuk belajar semata-mata.
2) Penilaian lebih luas dan menyeluruh. Tidak hanya bergantung pada sekeping kertas sahaja untuk menilai murid. Melalui pemerhatian dalam kelas, teka teki, kuiz dan sebagainya pun murid boleh dinilai. Ini sangat bagus!
3) KPM mensasarkan sekolah menjadi tempat yang menyeronokkan buat murid-murid. Dasar baru ini selangkah lebih dekat untuk mencapai matlamat itu.
4) Guru diberi ruang sepenuhnya untuk menentukan kaedah menilai murid mereka. Boleh dinilai sepanjang tahun, tidak hanya musim exam sahaja.
5) Murid yang mungkin tidak pandai menulis tapi hebat bercerita, atau berlakon, atau bersyair dapat menonjolkan kefahaman mereka melalui bakat yang mereka ada dalam aktiviti kelas. Ia sememangnya bagus untuk mengenengahkan bakat dan kreativiti anak-anak kita.
6) Negara-negara maju yang lain telah lama menggunakan pentaksiran agar murid-murid tidak lagi dibanding beza siapa lebih pandai, kelas mana yang depan dan kelas hujung. Itu antara kebaikan PBD ya.
Kalau nak tahu kontranya pula kena baca di fb beliau.
Hari ini Cikgu Fadli berkongsi pula tajuk-tajuk bagi tahun 2 untuk 2020.
Apa yang anak-anak kita di Tahun 2 bakal belajar tahun depan? Jom biar saya 'bedah' agar ibubapa lebih bersedia.
1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 1000. Tajuk ini adalah kesinambungan dari apa yang anak kita belajar pada tahun 1. Tajuk ini tidak sukar mana, ramai murid boleh kuasai dengan baik. Cuma perlu lebihka latihan dalam sub topik Bundar, Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. 3 sub topik ini antara yang ramai murid tidak kuasai.
2. TAJUK 2 ialah operasi asas. Hat ni kena bagi tumpuan yang sangat tinggi. Ini asas yang sangat-sangat PENTING buat anak di tahun 2. Mereka dah mula menambah dan menolak nombor hingga 1000. Pastikan anak kuasai penambahan dan penolakan yang mengumpul semula. Ala, tambah tolak yang naik 1 dan pinjam 1 tu la. Lebih penting lagi, dalam topik ini juga anak-anak mula diperkenalkan dengan DARAB dan BAHAGI. Dua topik yang sangat ramai murid gagal kuasai tau. Jika tak kuasai sedari Tahun 2, ia akan menjadi masalah sampai UPSR.
3. TAJUK 3 ialah Pecahan dan Perpuluhan. Pengenalan kepada pecahan wajar diajar dalam tajuk ini. Tolong pastikan anak betul-betul faham apa itu pecahan wajar. Juga mula diperkenalkan perpuluhan kepada mereka. Murid juga perlu kuasai penukaran pecahan persepuluh kepada perpuluhan.
Contoh : 4/10 = 0.4 Jangan risau, di tahun 2 topik ini hanya pengenalan dan tidak sukar. Murid mudah faham topik ini.
4. TAJUK 4 ialah Wang. Dalam topik ini, ada penambahan nilai wang hingga tiga kali tau. Pastikan anak dah power menambah. Menolak pun dah kena tolak berturut-turut hingga RM100. Agak seram, mereka dah kena kuasai mendarab dan membahagi wang dah tau. Sebab itu aku kata TAJUK 2 sangat-sangat penting. Selain itu, pada topik ini juga anak-anak di Tahun 2 dah diperkenalkan dengan sub topik Simpanan dan Pelaburan. Haa, ni nak bagi anak-anak pandai menyimpan dan tak melabur dalam MLM merapu dan skim cepat kaya hingga bankrup bila besar nanti.
5. TAJUK 5 ialah Masa dan Waktu. Tahun 2 ni anak-anak tak payah lagi diberi jam digital. Bagi jam jarum pada mereka baru cepat mereka faham dan kuasai topik ini. Mereka juga kena ingat sehari = 24 jam dan satu jam = 60 minit tau. Fakta asas dua ni je dulu mereka kena ingat. Musim cuti ni ajar mereka segera ya.
6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan. Murid dah diperkenalkan dengan ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair. Asas pada tahun 2 ni, anak-anak kena tahu dan kenal meter dan centimetre, kilogram dan gram serta liter dan mililiter. Mereka hanya perlu kenal, sukat dan anggar pada tahun 2. Tiada soalan penukaran unit, tambah, tolak dan bahagi lagi tau. Pengenalan asas sahaja.
7. TAJUK 7 ialah Sukatan dan Geometri. Tajuk ini pun sambungan dari Tahun 1. Mereka perlu kenal bentuk-bentuk 3D dan 2D serta huraian ciri-ciri bentuk tersebut. Bentangan bentuk 3D juga dah mula diajar dalam tajuk ini.
8. TAJUK 8 ialah Pengurusan Data. Jika di tahun 1 murid diperkenalkan dengan piktograf, pada tahun 2 murid diperkenalkan dengan carta palang. Murid perlu pandai mengumpul, mengelas dan menyusun data. Mereka juga perlu pandai membaca dan mendapatkan maklumat dari carta palang.
Okey, itu sahaja 'bedah' siasat DSKP tahun 2 untuk kegunaan 2020. Semoga bermanfaat hendaknya. Follow Fb saya dan join Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk lebih banyak edisi bedah siasat Matematik tahun lain dan juga tips Matematik. Yang terlepas edisi 'bedah' siasat DSKP Matematik Tahun 1, boleh baca di link ini ya : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2764658083555769&id=100000348124684 #MFS
– Guru Matematik sekolah rendah –
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...