Perbuatan segelintir remaja melakukan aksi willy akhirnya membawa padah apabila video mereka melakukan perbuatan tersebut yang viral di media sosial membawa sepasukan anggota risikan Jabatan Pengangkutan Jalan ke rumah mereka.
So cogan kata, AWAS ANDA DIPERHATIKAN yang sebelum ini biasa kita baca dan dengar nampaknya boleh menjadi asbab korang mendapat perhatian dari pihak berkuasa. Seram weiiii.
Baca perkongsian di fb Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kes ini.
KES ADUAN VIDEO TULAR PADA 21 JULAI 2019
Pada 28/07/2019 jam lebih 12200hrs bertindak atas aduan, satu (1) pasukan R/O (risik/operasi) USR JPJ Johor telah ke lokasi alamat pemilik kenderaan yang diadu, Nombor Pendaftaran JTK3649, JHV6193, WSQ9625, JMX7105.
Ketika sampai di lokasi rumah pemilik mendapati kenderaan yang diadu ada di lokasi tersebut. Hasil siasatan mendapati penunggang yang diadu berada di lokasi tersebut.
Penunggang yang adu diarahkan untuk mengemukakan 3 lagi suspek yang terlibat di dalam video tersebut. Ke empat-empat suspek berjaya di temu siasat dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada waris.
Waris kesemua suspek tidak tahu akan video yang tular serta kesalahan yang dilakukan anak beliau. Kesemua suspek merupakan pelajar sekolah menengah di bawah umur.Tujuan suspek melakukan aksi tersebut hanya untuk suka-suka serta memuat naik di laman sosial.
Suspek telah diambil keterangan di hadapan waris serta menunjukan lokasi kejadian. Notis Saman JPJ P(22) telah dikeluarkan kepada semua suspek.Kes diterangkan kepada waris untuk diselesaikan di Mahkamah mengikut ketetapan tarikh di Notis.
Pemeriksaan telah dijalan ke atas semua motosikal suspek dan mendapati no.casis dan no enjin memuaskan. Siasatan selari dari sudut undang undang APJ dijalankan.
KLASIFIKASI KESALAHAN
a)Memandu di bawah Umur (S39(1)APJ1987)
b)LKM Tamat Tempoh/Tiada Perlindungan Insurans (S23(1) / S90(1) APJ1987)
c)Tidak Memakai Topi Keledar (K4MC(SH) 1973)