Two Is Better Than One…
Buat pertama kali sepanjang 38 tahun penganjuran Dewi Remaja dan Hero Remaja, pencarian ini bakal digabungkan menjadi satu dan dua pemenang bakal dinobatkan.
Kedua-dua pencarian ini merupakan pertandingan khusus buat remaja di Malaysia yang telah dianjurkan oleh Majalah Remaja menerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd (kini menerusi Nu Ideaktiv Sdn Bhd). Dewi Remaja bermula sejak 1985, tiga tahun selepas majalah Remaja muncul di pasaran. Manakala, Hero Remaja pula bermula sejak 1990.
Kedua-dua pencarian ini menjadi menjadi platform kepada golongan remaja untuk mengukuhkan kedudukan sebagai bakat baharu terutamanya dalam industri seni, bidang kerjaya yang diminati sebagai pempengaruh dunia digital serta menjadi contoh yang memberikan inspirasi positif kepada masyarakat secara amnya.
Mereka memiliki potensi yang boleh digilap, bakat besar, karisma serta ciri-ciri tepat sebagai seorang figura awam. Siapakah bakal bergelar Hero & Dewi Remaja yang seterusnya? Sama-sama kita nantikan.