Siapa tidak kenal dengan aktres jelita negara seberang ini. Apabila bercerita mengenai filem hit, Ada Apa Dengan Cinta yang pernah ‘menggegarkan’ industri perfileman pada tahun 2002, pastinya sudah terbayangkan figura pelakon ini.
Dian Sastrowardoyo atau nama sebenarnya Diandra Paramitha Sastrowardoyo yang berjaya membawa watak sebagai Cinta menerusi karya tersebut, sekali gus nama baiknya menjadi bualan para pencinta filem sehingga ke hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino
Terbaru, Dian mengorak selangkah kehadapan apabila berjaya menjadi seorang pensyarah.
Hal ini selepas kecoh di media sosial TikTok apabila seorang netizen Indonesia yang juga mahasiswa dari Universiti Indonesia, Fikri Ramadhani telah memuat naik momen dirinya sedang menanti giliran untuk bertemu dan berbincang tentang mata pelajaran yang diambil dengan seorang pensyarah.
Mengajar mata pelajaran berkaitan filem
Menerusi perkongsian tersebut, Dian dipercayai mengajar salah satu mata pelajaran berkaitan filem untuk mahasiswa yang mengambil jurusan diploma.
Dia dilihat sedang memberikan penerangan kepada Fikri di dalam ruang akademik. Dian malah menjadi buah mulut kerana penampilannya yang jauh dari dunia glamor, sebaliknya dilihat memakai pakaian sederhana dilengkapkan dengan beg sandang belakang.
“Dari hanya menonton di filem, kini berada di depan mata,” ujar Fikri seperti dilaporkan Kompas.
Menerusi Detik.com, Dian diketahui menjadi pensyarah jemputan yang mengajar atau membimbing mahasiswa dua kali dalam satu semester. Dia yang juga pernah menjadi lulusan dari Universiti Indonesia sebelum melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi lain itu dipertanggungjawabkan mengajar tentang filem. – Gempak
BACA LAGI : Lebih Mudah, FamilyMart Perkenal Kiosk Pintar Pertama Di Stesen Minyak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.