Hiasan Beli Di Kedai ECO Saja, Rumah “Sangkar Ikan” Ini Berubah Cantik

Share

Bukan semua orang mampu menikmati rumah mahal dan cantik. Malah bukan semua mampu membeli rumah landed sebaliknya hanya mampu membeli rumah flat, pangsapuri dan sebagainya. Pendek kata rezeki setiap orang itu berbeza-beza.

Walau apa pun situasi kediaman kita namun kalau pandai mengaturnya, jika rumah sentiasa dibersihkan akan nampak cantik dan kemas.

Inilah yang dikongsikan oleh seorang wanita di fbnya, Mariyah Ghazali yang memaparkan deko hiasan dalam rumah kecilnya. Walau tinggal di dalam rumah Sangkar Ikan tapi ternyata rumahnya kemas dan lebih menarik hiasan yang dibelinya di kedai berhantu “Kedai Eco”yang kebanyakan barangannya dijual hanya RM2.

Inilah rumah sangkar yang menjadi tempat dirinya berteduh
Tengoklah hiasan dindingnya. Banyak dibeli dari kedai berhantu Kedai ECO. Memang menarik
Kemas je nampaknya. Memang selesa rumah bersih begini.

Kalau dilihat dari luaran (warna kayu yang nampak mulai pudar) tentu orang tidak sangka hiasan dalam rumahnya wow. Beliau banyak melekatkan kepingan-kepingan menarik sebagai hiasan dinding sekaligus menjadikan suasana dalam rumah sangkarnya itu menarik sekali.

Malah perkongsiannya itu telah dikongsikan oleh lebih 9.5k shares yang kagum dengan dekorasi rumah sangkarnya itu.

Itulah  yang biasa orang kata, biar rumah kita kecil dan nampak tidak cantik pada pandangan luarnya asal dalamnya cantik, kemas dan tersusun. Jangan rumah saja luar nampak cantik tapi dalamnya kotor dan bersepah seperti banyak dipaparkan di media sosial sebelum ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros