Siapa je yang tak suka makan ayam. Boleh dikatakan di Malaysia ini, makanan kita memang banyak menggunakan ayam sebagai lauk utama. Dan pelbagai jenis masakan tidak kiralah sama ada kari, tom yam, rendang atau dijadikan pelengkap di dalam mee kari, mee sup, soto dan macam-macam lagi. Pelbagai peringkat umur dan bangsa di Malaysia memang suka makan ayam.

Antara menu yang paling popular sekarang ialah ayam goreng dan bakar. Kalau anda masih ingat lagi beberapa bulan lepas sebelum ini ayam goreng pedas jenama terkenal sentiasa sold out di merata-rata outlet gara-gara menjadi tular di media sosial. Dengan populariti inilah telah menyebabkan pelbagai variasi jenama ayam goreng dan bakar dengan resipi tersendiri semakin banyak ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Kali ini Remaja ingin kongsi beberapa restoran yang menyediakan ayam goreng dan ayam bakar untuk santapan kamu di masa akan datang. Mostly yang disenaraikan ini memang Remaja pernah cuba!

Kyochon

Hidangan Ayam Goreng & Bakar Pilihan Remaja Yang Paling Sedap Sampai Terangkat

Tidak dinafikan deman K-pop dan drama Korea sedikit sebanyak telah membawa masuk pelbagai jenama makanan Korea ke negara kita. Dan antara jenis makanan yang popular ialah ayam goreng Korea. Kyochon merupakan antara jenama yang paling popular. Dengan menawarkan tiga jenis ayam goreng utamanya iaitu Soy Garlic Series, Red Pepper Series dan Honey Series ia sentiasa menggunakan ayam segar.

Ads

Ayam Goreng McD Spicy (McDonalds)

Hidangan Ayam Goreng & Bakar Pilihan Remaja Yang Paling Sedap Sampai Terangkat

Huru-hara satu Malaysia dibuatnya pada beberapa bulan lepas. Gara-gara iklan yang cukup membuatkan mulut sesiapa sahaja kecur selepas menonton iklan komersialnya, Ayam Goreng McD cukup susah didapati melainkan pergi awal dan sanggup beratur panjang. Namun, kini ia tidak lagi begitu tular namun rasa pedasnya cukup digemari oleh rakyat Malaysia.

Nando’s

Hidangan Ayam Goreng & Bakar Pilihan Remaja Yang Paling Sedap Sampai Terangkat

Ads

Tampil dengan slogan Everyone’s Platter, Nando’s adalah jenama yang tidak asing lagi bagi penggemar ayam bakar dengan sos pelbagai perisa istimewanya. Jenama yang berasal daripada Afrika Selatan ini cukup terkenal dengan ayam Peri-peri Chicken. Kamu boleh memilih Extra Hot, Hot, Mild, Lemon & Herba dan Mango & Lime. Lengkap juga dengan pelbagai side dish menarik seperti coleslaw, peri chips, garlic bread dan macam-macam lagi.

K Fry Urban Korean

Hidangan Ayam Goreng & Bakar Pilihan Remaja Yang Paling Sedap Sampai Terangkat

The latest fried chicken craze in Malaysia! Baru-baru ini tular di media sosial tentang ayam goreng Korea yang disalut cheese tebal dengan outlet pertamanya di IOI City Mall, Putrajaya. Sehingga ke hari ini, masih ramai yang terpaksa beratur panjang untuk menikmati Cheesy Fried Chicken Bumbuk. Kelainan yang dibawa jenama ini dengan ayam goreng bersalut cheese ternyata berjaya memikat hati ramai penggemar ayam goreng!

Ads

4Fingers Crispy Chicken

Hidangan Ayam Goreng & Bakar Pilihan Remaja Yang Paling Sedap Sampai Terangkat

Sebuah lagi jenama ayam goreng Korea yang kian mendapat tempat di hati penggemar ayam goreng Malaysia. Namanya sahaja sudah cukup memberi bayangan tentang ayam goreng rangup yang sememangnya menjadi salah satu faktor wajib ada untuk hidangan ini. Dengan status Halal yang diperolehinya, kamu tidak perlu ragu-ragu untuk menikmati hidangannya. Apa yang istimewa mereka hanya menyediakan ayam bahagian kepak dan peha sahaja dengan dua perisa berbeza, Soy Garlic dan Hot.

Galito’s

Hidangan Ayam Goreng & Bakar Pilihan Remaja Yang Paling Sedap Sampai Terangkat

Ini merupakan salah ayam bakar terbaru yang boleh didapati di negara kita. Malah, pada hari ini Remaja berkesempatan mengikuti majlis pelancaran Galito’s di Malaysia bersama pengasasnya sendiri, Louis Germishuys. Apa yang menarik tentang Galito’s? Pertama sekali mereka tampil dengan resipi Galito’s Flame-Grilled Chicken. Ayam bakar ini diperap dengan perlahan selama 24 jam dengan bahan-bahan semulajadi tanpa pengawet. Dengan menggunakan resipi negara asalnya iaitu Afrika Selatan, Galito’s merupakan ayam bakar yang harus dicuba. Ia cukup berbeza dengan ayam bakar yang terdapat di pasaran terutamanya dengan pesaingnya (ehem).

Ada cadangan ayam goreng yang best boleh Remaja cuba di masa akan datang? Berikan cadangan di ruangan komen!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI