Kami yakin ramai antara kita dah terbiasa dengan norma baharu. Nak tak nak, kita memang tak ada pilihan selain daripada kekal di rumah jika tiada kepentingan untuk keluar.
Ramai yang ada cita-cita untuk memasak namun ramai juga yang takut kalau rasanya tidak sesedap orang lain masak. Ada ketika kurang garam, terlebih masin dan tentunya kalau masak menggunakan santan, lagilah debarnya.
Tapi, ini tak bermaksud korang tak boleh makan sedap-sedap tau! Makanan sedap bukan ada dekat kafe atau restoran mahal je. Duduk rumah pun korang boleh sediakan hidangan yang menyelarakan, lagi-lagi dengan produk ‘ ready to eat’ keluaran tempatan yang memang terjamin sedap dan halal.
1.EZmeals
View this post on Instagram
Ezmeals MRE atau dipanggil meals ready to eat merupakan salah satu sember altenatif makanan terus hidang yang amat mudah disediakan. Ezmeals menyediakan 5 jenis menu iaitu ayam masak kuzi, paprik ayam, daging kerutuk, daging masak blackpaper dan paru goreng berlado. Paling penting, jenama ini produk keluaran Muslim yang halal, selamat dan bermutu.
2. Kawan Food
View this post on Instagram
Kawan Food ada macam-macam jenis produk untuk korang cuba, dari makanan barat sehinggalah makanan ruji kita sebagai rakyat tempatan. Bolehlah korang cuba menu baru setiap hari! Perut kenyang, kesihatan pun terjamin 🙂
3. Fatihah Frozen Food Sdn Bhd
View this post on Instagram
Fatihah Frozen Food Sdn Bhd (Fatihah) bermula dengan karipap pusar sejak lebih 30 tahun lalu. Fatihah yang diasaskan oleh Fatihah Anis Ibrahim kini mengeluarkan lebih 20 jenis makanan sejuk beku seperti roti paratha, roti boom, kuih-muih tradisional dan aiskrim goreng.
4.NORAINI’S Cookies
30 tahun lalu dengan jualan kuih tradisional dan biskut raya sebagai permulaan. Kini Cookies Worldwide Sdn Bhd (Noraini Cookie’s) telah memasarkan pelbagai jenis biskut dan tepung serbaguna. Sesuai untuk korang yang suka baking.
5. Daging Harimau Menangis Aunty Tini
View this post on Instagram
Syarikat pengeluar produk daging Harimau Menangis Aunty Tini Kitchen, Daging ini sangat mudah sangat nak masak..korang boleh masak guna kuali ajaib atau pan fry ke ikut suka dan grilled selama 10-15 minit lebih kurang…dan siap untuk dimakan.
Sungguh senang dan memudahkan kerja kan.