Sememangnya, Malaysia kaya dengan khazanah alam sekitar yang tidak ternilai harganya.
Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 795KM persegi. Namun bukan calang-calang ya apa yang boleh terokai di negeri ini! Kalau sebelum ini ramai yang beranggapan Perlis hanyalah ‘tempat persinggahan’ untuk ke Thailand dan Pulau Langkawi — namun kini Perlis sudah mula menjadi salah satu lokasi ‘hidden gem’ di Malaysia yang menawarkan ‘world-class tourism experience’ untuk semua!
ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Pulau Langkawi, Perlis Pula Intai Untuk Ada Geopark Sendiri
Siapa sangka ada suasana ala diluar negara apabila fenomena hutan yang boleh bertukar warna. Lebih menarik lagi fenomena ini akan berlaku hanya setahun sekali di kawasan bukit batu kapur Kg, Syed Omar, Perlis.
Jadi, ikuti perkongsian daripada Perlis Nature and Wildlife (PNW) untuk mengetahui maklumat mengenai bukit ini dengan lebih lanjut.
Fenomena hutan bertukar warna di Perlis
Colour changing forest in Perlis. Hari ini PNW berkesempatan melawat lokasi hutan bertukar warna yang hanya berlaku setahun sekali di Perlis! Dijangka seawal hujung bulan kita dapat melihat fenomena perubahan warna pada pokok-pokok hutan ini di kawasan bukit batu kapur Kg. Syed Omar, Perlis. Nantikan.
Perkongsian berikut adalah gambar tahun lepas 2022 yang dirakamkan di tempat sama.
Setiap kali tiba musim angin timur (kemarau) di Perlis, PNW tidak sesekali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar pokok-pokok dipterokarpa yang bertukar warna seperti di musim luruh.
Di Malaysia, flora batu kapur terdiri dari 1,250 spesis di mana beberapa peratus daripadanya adalah dari jenis pokok kayu dipterokarpa. Untuk negeri Perlis, jenis dipterokarpa pamah yang dapat dilihat di hampir semua bukit-bukit terdiri daripada spesis meranti, merawan, cengal, mersawa dan lain-lain. Ada di antara spesis tersebut dikelaskan berada di dalam kategori endemik Perlis, Langkawi dan Selatan Thailand.
Iklim sub tropika di negeri Perlis dengan purata tahunan taburan hujan 2,000 mm menjadikan pokok-pokok dipterokarpa hidup subur untuk pusingan berbunga setahun sekali bermula penghujung bulan April setiap tahun.
Ketika musim kemarau seawal Disember sehingga Mac, pokok-pokok ini akan mula meluruhkan daun sebelum kembali berputik di awal bulan April. Kitaran ini memberikan pemandangan seperti musim luruh yang hanya dapat dilihat di dinding-dinding bukit batu kapur.
Gambar-gambar berikut dirakamkan di Bukit Nyatoh, Kg. Syed Omar, Perlis kira-kira 9 kilometer dari Kangar. Perlis sedang mengalami musim angin timur yang sejuk pada waktu malam dan panas berangin pada waktu siang.
Wah, cantik betul warna hutan ini kan?
BACA LAGI : Kampung Sahabat, Perlis Jadi ‘Famous’ Sedunia Sebabkan Foto Ini
Sumber: Perlis Nature and Wildlife
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.