Jika korang ingin lari daripada kesibukan kota, tapi inginkan lokasi yang masih berhampiran Lembah Klang, kami ingin kongsikan sebuah restoran yang terletak di Ampang dengan persekitaran yang menarik.
Terletak kira-kira satu jam perjalanan dari bandar, Veg Fish Farm Thai Restaurant merupakan hidden spot yang berada di hutan Hulu Langat. Korang bukan hanya dikelilingi alam semula jadi, malah bakal menikmati tempat makan disebelah tasik besar di mana dapat melihat ikan yang berenang bebas.
Paling menarik apabila pelayan di restoran tersebut menaiki bot laju untuk menghidangkan makanan panas dari dapur yang terletak di seberang tasik.
Korang bakal disajikan dengan hidangan masakan Thailand, daripada street food sehinggalah makanan laut yang menyegarkan. Restoran ini juga mempunyai pilihan BBQ, di mana korang boleh memilih makanan laut untuk dipanggang.
Wah, hujung minggu ni bolehlah try makan di restoran ni sambal menghirup udara segar.
Sumber: KL Foodie
Cik B Balas Dakwaan Tumpang Kesenangan Ibu -“Moga Saya Jadi Seorang Yang Berjaya Macam Mama”
Personaliti media sosial, Cik B tampil menjawab dakwaan dia menumpang kesenangan ibunya yang juga usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, mendedahkan terdapat seorang pengguna telah meninggalkan komen berkenaan di salah satu perkongsiannya.
“Sekarang Cik B menumpang hidup dengan mak, sampai bila..orang tua tak ada kau terkapai-kapai. Duit segunung habis sekelip mata. Awak kena belajar berdikari, boleh survive tak,” komen pengguna tersebut.
BACA LAGI: “Mama Adalah Ayah, Ibu, Kakak Baik & Semua” -Cik B
Enggan berdiam diri, gadis berusia 19 tahun itu tampil menjawab komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan beruntung kerana dikurniakan ibu seperti DSV.
“Kadang saya tak faham, kenapa orang persoalkan kehidupan saya. Kebanyakannya datang daripada orang yang sebangsa dan seagama dengan saya.
“Mama bekerja keras siang dan malam untuk pastikan kami tidak hidup susah. Saya sangat bersyukur dianugerahkan seorang ibu yang hebat, yang dapat penuhi keperluan dan kemahuan saya,” coret Cik B.
Dalam pada itu, Cik B turut berkesempatan memohon doa agar dia dapat menjadi seorang yang hebat seperti ibu tercintanya.
BACA LAGI: “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Pempengaruh, Jadi Belajar!” -Cik B
“Saya kagum sangat dengan mama, yang membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi seperti dia satu hari nanti.
“Mungkin saya tak akan menjadi hebat seperti mama tapi harap awak semua boleh doakan saya, semoga saya jadi seorang yang berjaya macam mama,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat selain menasihati Cik B agar tidak mengendahkan komen negatif di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B
Terbukti Dirinya ‘Another Level’, Nama Michelle Yeoh Bakal Terlakar Di Hollywood Walk Of Fame Tahun Hadapan!
Siapa sahaja tidak kenal dengan ikon perfileman, Tan Sri Michelle Yeoh. Ketangkasan beliau dalam melakukan adegan aksi semestinya mencuri perhatian setiap penonton.
ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Tampak ‘Chic’ Semasa Tiba Di KL, Bakal Temui Peminat Di PAVILION Petang Ini
Seluruh Malaysia turut bangga apabila pemenang anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan akan menerima bintang dengan ukiran namanya sendiri di Hollywood Walk of Fame.
Beliau yang turut disertai oleh 30 profesional hiburan lain telah diberi penghormatan untuk menerima bintang ukiran nama mereka di laluan ikonik Los Angeles, California tersebut.
Penerima penghormatan tersebut yang dipilih daripada ratusan pencalonan telah melalui saringan teliti oleh jawatankuasa pemilihan Walk of Fame, sekaligus menjadikan mereka layak dek kerana justifikasi kerjaya masing-masing.
Sekadar info, bintang kelahiran Ipoh ini merupakan orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Akademi untuk pelakon terbaik bagi peranannya dalam filem Everything Everywhere All at Once pada bulan Mac.
Sebelum itu, dia juga memenangi Golden Globe untuk Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Filem — Muzikal atau Komedi dan Anugerah Persatuan Pelakon Skrin untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama.
Walaupun tarikh belum ditetapkan untuk upacara penganugerahan bintang tersebut, penerima dilaporkan mempunyai dua tahun untuk menjadualkan majlis dari tarikh pemilihan sebelum ianya tamat tempoh.
Bagi mereka yang ingin tahu, The Walk of Fame bermula pada tahun 1960 dan terdiri daripada lebih daripada 2,700 bintang yang tertanam di kaki lima sepanjang 15 blok Hollywood Boulevard dan tiga blok Vine Street di Los Angeles.
Penerima penghargaan dipilih menerusi enam kategori iaitu filem, televisyen, teater langsung/persembahan langsung, radio, rakaman dan hiburan sukan.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Dispatch, BBC
“Adik Kan, Mestilah Sokong” Haqiem Rusli Gembira Adik Mula Berlakon Drama
“Emak saya dulu pun nak jadi penyanyi..”
Mana tumpah kuah jika tidak pada nasi.
Pada usia 23 tahun, Haqiem Rusli merupakan salah seorang penyanyi dan selebriti yang wajar diberikan pujian atas pelbagai kejayaan yang diperolehinya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada tahun 2020 saja, Haqiem mencapai sasaran ‘jackpot’ apabila mengungguli dua buah acara anugerah sebagai pemenang utama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah MeleTOP ERA hasil undian peminat.
ARTIKEL BERKAITAN : “Dulu Saya Tengok AME Depan TV Je..” 2020 Memang Tahun Haqiem Rusli – REMAJA
Kata Haqiem semasa bertemu REMAJA hari ini di sesi penggambaran program Melodi Xtra, 2021 adalah tahun untuknya terus meluaskan lagi cita-cita dan impian dalam industri seni.
Namun Haqiem tidak keseorangan pada tahun ini apabila adiknya, Zali Rusli telahpun mula mengorak langkah dalam bidang lakonan menerusi drama Bidadari Salju yang kini ditayangkan di slot Akasia TV3.
Pada usia semuda 16 tahun, Zali juga pernah mempromosikan lagu berjudul Pewangi pada tahun lalu; menerusi label yang sama dengan Haqiem iaitu FMC Music.
Sebagai abang yang terlebih dahulu telah makan garam, tentunya Haqiem tak terkecuali daripada memberikan nasihat kepada Zali.
“Saya nasihatkannya dia selalu untuk jangan takut dengan orang. Saya faham dia pemalu, saya pun pemalu juga. Tapi apa yang lebih penting untuk berada dalam industri ini adalah niat. Kedua, kalau sesuatu yang kita buat itu adalah perkara yang betul, pertahankan.
“Saya harapkan perasaan malu dia hanya pada peringka permulaan saja, terutamanya bila berada di hadapan kamera. Bila melihat dia sekarang, saya teringat pula dengan diri sendiri dahulu. (Saya) malu juga dulu,” imbas Haqiem.
Selain memberikan sokongan, Haqiem sedikit sebanyak turut memberikan panduan kepada Zali untuk bertapak sebagai pendatang baharu. Perkara sekecil menjaga posting dan feed di media sosial juga dititik beratkan.
“Saya meminta dia melihat perjalanan karier saya dan belajar daripada mana-mana kesilapan (yang pernah dilakukan). Adik kan, mestilah saya perlu sokong dia dari belakang.”
“Sekarang Tiba Giliran Zali”
Menurut Haqiem, cita-cita Zali untuk bergelar anak seni tidaklah terlalu ketara pada permulaan. Minat itu diasah oleh ibu mereka sendiri yang suatu ketika dahulu ingin menjadi seorang penyanyi.
“Pada zaman dulu tak ada banyak peluang seperti sekarang. Jadi bila jatuh kepada anaknya, emak suka. Saya ingat lagi dulu, emak akan bawa saya sertai pertandingan nyanyian sejak darjah dua. Pertandingan nyanyian pertama saya, saya jadi juara.
“Walaupun saya tak nak pada waktu itu, tapi emak yang buatkan saya berminat untuk mencuba. Beliaulah yang membuka mata dan jiwa saya tentang apa itu muzik. Dan sekarang tiba giliran Zali,” kongsinya.
Dorongan dan restu seorang ibu itu ternyata penting dan akan terserlah dalam kejayaan anak-anak. Mana tahu dengan usaha dan bakat yang ada, Zali akan mengikut jejak langkah Haqiem memenangi hati juri dan peminat.
BACA LAGI: “Reward Yourself…”, Haqiem Rusli Beli Kereta Mewah Di Usia 22 Tahun. Wow! – REMAJA
*
Dalam pada itu, Haqiem meluahkan rasa teruja dengan pelancaran muzik video rasmi untuk lagu terbaru, ‘Mimpi’. Ia juga merupakan runut bunyi utama untuk drama Bidadari Salju yang kian popular di saluran TV3.