Hidup Evan Mock Berubah 180 Darjah – ‘Skaterboy’ Jadi Pelakon Gossip Girl

Share

 

Kali pertama penulis melihat wajah Evan Mock pada poster drama reboot Gossip Girl pada awal tahun ini, penulis seakan pernah melihatnya sebelum ini – tapi entah di mana.

Evan Mock bersama para pelakon Gossip Girl lain dalam episod debut siri tersebut. Sumber Foto :

Dengan gaya rambut ala buzzcut berwarna meah jambu, sosok tubuh slim fit dan tinggi lampai, Evan mudah untuk menarik perhatian orang ramai ketika berjalan di mana-mana. Adakah dia sekadar seorang pelakon baru ataupun pernah menjadi model sebelum ini..?

Tiba-tiba, barulah penulis teringat akan kelibatnya dalam video yang pernah dimuat naik oleh saluran YouTube Hypebeast. Yes! Evan pernah ditemuramah semasa dia masih merupakan seorang pemain papan luncur; awal tahun lalu.

Evan Mock memegang watak Aki Menzies dalam siri Gossip Girl. Sumber Foto :

Drama reboot Gossip Girl yang mula ditayangkan di HBO Max sejak beberapa minggu lalu telah mendapat reaksi bercampur baur daripada para penonton dan paling penting, peminat setia drama asal Gossip Girl. Perbandingan di antara siri kali ini dan siri originalnya tidak boleh dielakkan.

Ia mempunyai latar lokasi yang sama di kota New York, ia masih berkisarkan pelajar sekolah yang amat, AMAT privileged dan ia masih mempunyai dua jenis kandungan yang kami gemarkan – fesyen dan DRAMA.

ARTIKEL BERKAITAN : XOXO, Rindukan GOSSIP GIRL? Episod 1 Tayang Hari Ini, Lihat Pendapat Kami – REMAJA

Akan ada penonton Gossip Girl yang suka dan akan ada yang masih belum move on tidak boleh menerimanya. Whichever way, yang pasti sukar untuk penonton menafikan tarikan kelibat Evan Mock dalam drama tersebut.

Kehidupan jejaka berusia 24 tahun yang memegang karakter Akeno ‘Aki’ Menzies ini ibarat mimpi berubah menjadi realiti yang diinginkan oleh ramai remaja,

Dibesarkan di Oahu, kepulauan Hawaii oleh seorang ayah warganegara Amerika Syarikat dan ibu berdarah Filipina, Evan sama saja remaja lelaki Hawaii lain yang gemar meluncur air (surfing) dan beriadah di sekeliling pulau (tanpa memakai baju, hhm..)

Sumber Foto : Thomas Chou

Sejak kecil, Evan diletakkan dalam persekitaran home-schooled. Ia memberikannya lebih kebebasan untuk menetapkan jadual belajar serta aktiviti sampingan.

Memasuki usia 18 tahun, Evan meninggalkan Hawaii dan berpindah ke California bagi mengejar cita-cita sebagai seorang pro skateboarder sebelum sekali lagi bertukar lokasi ke New York.

Tiga tahun Evan berada di New York dan mengasah bakat sebagai seorang personaliti skateboarder unik.

Sumber Foto : Collectible Dry

Sekitar tahun 2019, seorang artis Amerika bernama Tom Sachs merekod video Evan semasa dia meluncur dan menghantarkannya kepada rakan bernama Frank.

It is not just any Frank.. it is THE Frank Ocean, penyanyi pop terkenal yang kemudiannya memuat naik video itu ke media sosial dan menjadikan Evan Mock seorang bintang media sosial dalam sekelip mata.

Evan mula dicari oleh jenama fesyen antarabangsa untuk dijadikan sebagai model mereka.

Sebagai seorang ‘fashion darling’ baharu, Evan muncul dalam pertunjukan fesyen jenama seperti Louis Vuitton, Saint Laurent, Calvin Klein, Dior, Bulgari dan banyak lagi.

Evan Mock di pertunjukan fesyen Louis Vuitton.
Evan Mock di pertunjukan fesyen Alyx Studio.

Malah, Hypebeast juga tertarik untuk memaparkan kehidupannya dalam salah satu video yang mereka hasilkan.

Tidak lama selepas itu, Evan berjaya melancarkan koleksi kolaborasi fesyen di antara jenamanya, Sorry In Advance bersama jenama pakaian skate dan surfing, RCVA.

Evan Mock bersama-sama rapper dan fesyenista, Travis Scott.

Kini setelah bergelar pelakon, penulis tidak pasti apa lagi yang ingin Evan lakukan selepas ini. Kesemuanya telah dia cuba.

“Saya pernah terfikir untuk hanya menjadi seorang skater. Dan ada orang yang berkata saya ‘bodoh’ jika saya berhenti menjadi skater untuk mengejar sesuatu yang baru.

“tapi saya berubah fikiran dan mencuba benda baharu. Sebab itulah amat penting untuk kamu berada dalam ‘circle’ yang menggalakkan kamu percayakan diri sendiri dan berfikiran positif.”

Adakah Evan akan lebih serius dalam bidang lakonan seperti yang berlaku kepada bekas-bekas pelakon Gossip Girl; Blake Lively, Penn Badgley, Ed Westwick, Leighton Meester dan Chace Crawford? Atau adakah Evan akan lebih menjurus kepada dunia fesyen?

Tak mustahil jenama Sorry in Advance milik Evan ini menjadi lebih popular. Manaka tidak, selebriti sepopular Justin Bieber juga telah berkolaborasi dengannya menerusi jenama Bieber, Drew House.

The possibility is just endless for this lad.

Sumber Foto : The New York Times

Siapa sangka kehidupan remaja skaterboy ini boleh berubah 180 darjah? Pengajaran yang kita boleh dapati daripada kisah Evan Mock ini adalah untuk tidak sesekali menutup ruang bagi peluang lain. Evan seorang yang tidak gentar untuk mencuba perkara baharu dan jelaslah, keberaniannya itu membawa dia ke ‘level’ seterusnya pada usia 24 tahun saja.

ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Jepun Sambar Pingat Emas PERTAMA ‘Skateboarding’ Dalam Sejarah Olimpik – REMAJA

BACA LAGI : Pertama Kali Dalam Acara Sukan Olimpik, Kenali 7 ‘Legend’ Papan Selaju – REMAJA

Published by
FZ