Mungkin ramai yang kagum melihat kehidupan selebriti, lebih-lebih lagi bintang luar negara dengan kekayaan yang dimiliki mereka. Mana tidaknya, satu persembahan atau episod drama dibayar sehingga ratusan ribu ringgit.
Namun, ramai juga diantara selebriti sebenarnya berasal daripada keluarga berada. Mereka mungkin tidak perlu berusaha keras untuk merasai gaya hidup mewah kerana memang sudah dibesarkan dalam keluarga yang kaya.
Jika sebelum ini kami ada berkongsi tentang selebriti-selebriti Korea yang memang asalnya daripada keluarga orang kaya, kali ini apa kata kita lihat senarai selebriti Indonesia yang juga berasal daripada keluarga berada.
Syahrini
Selebriti yang digelar ‘Princess Syahrini’ ini terkenal dengan gaya hidup mewah, malah mempunyai sebuah jet peribadi. Isteri kepada Reino Barack ini memang sudah kaya sejak lahir lagi kerana ayahnya, Haji Dadang Zaelani merupakan seorang pengusaha emas.
Ads
Nagita Slavina
Isteri kepada Raffi Ahmad ini sudah terbiasa dengan kehidupan dan memiliki barangan mewah sejak kecil lagi. Ini kerana hasil usaha syarikat produksi Frame Ritz yang diusahakan oleh ibunya, Rieta Amalia.
Aurel Hermansyah
Siapa yang tidak kenal dengan Aurel Hermansyah, anak daripada perkahwinan pertama Kris Dayanti dan Anang Hermansyah. Maka, tidak hairanlah sekiranya Aurel memang sudah kaya sejak kecil lagi. Malah, ibu tirinya, Ashanty pernah mengatakan bahawa Aurel tidak pernah hidup susah sejak lahir kerana ibunya adalah salah seorang diva Indonesia.
Cinta Laura Kiehl
Ayah selebriti ini yang berketurunan Jerman merupakan General Manager di sebuah hotel ternama dan ibunya merupakan seorang peguam. Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, namun anak tunggal pasangan Michael Kiehl dan Herdina Kiehl ini dikatakan sangat bersederhana dan berdikari.
Ads
Marshanda
Memulakan kariernya sebagai model iklan, bintang Indonesia ini memang sudah kaya sejak lahir kerana datuknya merupakan pengusaha hotel terkemuka di Jakarta dan beberapa kota besar di Indonesia.
Raline Shah
Raline merupakan anak kepada Rahmat Shah dan Roselin, ayahnya seorang pengusaha, diplomat dan ahli politik manakala ibunya aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan menjawat jawatan sebagai Ketua Yayasan Pemeliharaan Anak-Anak Cacat Medan.
Walaupun mereka dibesarkan di dalam keluarga yang berada, namun ada di antara mereka yang masih bersederhana dan tidak meninggi diri. Dah memang rezeki dilahirkan dalam keluarga yang berharta kan, Alhamdulillah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anita Mui merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, khususnya buat generasi 80-an dan 90-an yang membesar dengan karya seni selebriti dari Hong Kong ini.
Pemilik nama sebenar Mui Yim Fong ini pernah meraih beberapa anugerah dan pencapaian terbaik sepanjang karier beliau dalam industri hiburan kira-kira 20 tahun yang lalu.
Mendiang Anita Mui meninggal dunia di usia yang agak muda, iaitu 40 tahun kerana kanser ovari. Perjalanan hidupnya kini difilemkan dengan menampilkan latar tempat di Hong Kong dari tahun 1980-an hingga 1990-an.
Filem Anita menyingkap kisah perjalanan biduanita hebat ini menempuh segala pahit manis sepanjang bergelar anak seni. Ia menceritakan kisah Anita sewaktu kecil lagi sehingga beliau didiagnos kanser ovari pada tahun 2003.
Peminat dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan Anita Mui di dalam filem ini dan mungkin ada juga yang tidak pernah mengetahui kisah sebenar yang berlaku disebalik kehidupan figura ini.
Filem yang dibintangi oleh barisan pelakon seperti Louise Wong, Louis Koo, Terrance Lau, Fish Liew, Gordon Lam ini juga memperlihatkan hubungan akrab antara Anita dan kakaknya, Ann Mui dan rakan selebriti Leslie Cheung yang juga turut terselit berita kematiannya akibat bunuh diri.
Apa yang menariknya, lakonan Louise Wong yang memegang watak sebagai Anita harus dipuji kerana karakter dan gayanya memang seakan sama seperti primadona itu.
Secara keseluruhannya, Anita dilihat sebagai seorang lagenda Hong Kong yang merupakan wanita hebat, tabah dan tidak banyak menyerlah dengan kisah sensasi. Penonton akan dibawa dengan pelbagai emosi suka duka melihat kisah sebenar aktres ini.
Nah, tak perlulah kami nak cerita panjang lagi, korang boleh saksikan sendiri filem Anita di seluruh pawagam tanah air bermula 12 November ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jarang sekali kita dapat lihat selebriti yang kumpulkan adik-beradik mereka untuk bergambar bersama. Selalu kalau di timeline Instagram tu hanya dipenuhi gambar-gambar photoshoot atau sekadar update aktiviti sendiri di laman sosial saja.
Tapi, bila sesekali bergambar dengan kaum keluarga, barulah kita sedar yang rupa-rupanya bukan si artis tu je yang cantik, malah adik-beradik yang lain pun turut sama menawan. Pendek kata, kalau lelaki lihat kecantikan mereka ni confirm bergetar la tulang rusuk. Hiks!
Ada juga di kalangan mereka yang memang berdarah seni sebab rata-rata daripada kaum keluarga mereka juga bergelar selebriti.
Berikut merupakan senarai artis perempuan di Malaysia bersama adik-beradik mereka. Cun-cun semuanya uolls.
1. Anzalna
2. Mira Filzah
3. Elfira Loy
4. Fathia Latiff
5. Sharifah Amani
6. Nelydia Senrose
7. Emma Maembong
8. Rozita Che Wan
9. Neelofa
10. Sharifah Sakinah
Dalam ramai-ramai ni korang rasa adik siapa paling cun? Ok simpan je la jawapan tu dalam hati ya. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fans K-pop terutamanya peminat EXO, masih ingat lagi tak dengan Kris Wu? Sudah semestinya korang ingatkan figura kacak yang berusia 27 tahun berasal dari China ini.
Walaupun telah lama meninggalkan grup tersebut karier Kris Wu masih bertahan utuh dan semakin berkembang dengan baik. Mungkin kerana peminatnya dari EXO dulu masih setia bersama?
Terbaru, Universal Music Group (UMG) telah melamar Kris Wu dan menandatanganinya sebagai artis di bawah label mereka. Dilihat sebagai antara permata Asia paling berpengaruh, UMG melihat Kris Wu sebagai artis yang mempunyai potensi luar biasa.
Menerusi perjanjian ini juga menyaksikan Kris bakal bekerjasama dengan beberapa label terkenal dari Amerika Syarikat seperti Geffen A&M, dari United Kingdom iaitu Island Records serta Universal Music China.
Dengan opersai UMG dalam lebih 60 buah negara, ia bakal memberi impak sangat besar buat kerjaya Kris. Pada majlis pengumuman yang berlangsung beberapa hari lalu Pengerusi dan CEO UMG, Sir Lucian Grainge berkata, “Kris merupakan seorang artis yang berbakat. Dia seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan juga usahawan yang mempunyai aspirasi tinggi. Kami berasa amat teruja untuk menerimanya sebagai ahli keluarga terbaru Universal Music”.
Bagi Kris pula kerjasama bersama UMG ini dilihatnya sebagai anjakan besar dalam kariernya sebagai artis. “Saya berasa sangat berbesar hati dapat berkolaborasi bersama UMG. Semoga visi serta kreativiti saya dalam bidang muzik dapat berkembang dengan baik,” jelasnya yang sangat teruja.
Pada masa ini dia dikatakan sedang menyiapkan album terbaru dan turut bertindak sebagai penerbit.
Hwaiting Kris Wu & selamat maju jaya! 😀
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...