Keibubapaan

‘Highway’ Semakin Sesak, Azhar Sulaiman Saran Anak-Anak Cari Pasangan Yang Menetap Di Kuala Lumpur

Share

Lantaran kini lebuh raya dilihat semakin sesak dengan peningkatan jumlah kenderaan terutama apabila menjelangnya hari perayaan.

Pelakon berkaliber, Azhar Sulaiman menyarankan anak-anaknya agar mencari teman hidup yang berdekatan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal ‘Macho’ Walaupun Berusia, Rahsia Azhar Sulaiman Hanya Gunakan Sabun Dettol Untuk Tampak Lebih Muda

Menerusi hantaran yang dimuat naik di entri Instagram miliknya, dia berpesan buat tiga cahaya mata kesayangannya lebih elok mencari pasangan yang menetap di sekitar ibu negara sahaja.

To all my kids… setiap kali raya atau perayaan lain, lebuh raya mesti sesak gila…

“Oleh itu, carilah pasangan nanti yang parents mereka tinggal dalam Kuala Lumpur sahaja…” coretnya ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan pelakon naskhah hit Project: High Council menerusi perkongsiannya itu.

“Saya dah pesan kepada anak-anak, cari setaman senang… keluar pintu ini masuk pintu sana,” komen seorang pengguna.

“Saya pun selalu pesan anaka-anak macam ini… tapi dia dapat dekat hujung Manjung lah pula… hahaha nasib lah labu…” komen pengguna lain.

“Lebih baik beringat sekarang daripada asyik mengeluh nanti….” tulis pengikutnya lain.

Untuk rekod, Azhar mendirikan rumah tangga bersama Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Leona.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Azhar Sulaiman

Published by
Fath