Imej berhijab yang menjadi sebahagian daripada identiti model dan pempengaruh, Khadija Omar bukanlah satu penghalang buatnya menyertai pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Khadija, 23 terdahulu merupakan wakil Somalia di pertandingan Miss World pada tahun 2022 dan merupakan peserta berhijab pertama yang mewakili negara tersebut ke pentas berprestij tersebut.
Penyertaan Khadija pada tahun itu membuka pandangan ramai pemerhati untuk tidak mendiskriminasi imej seseorang. Sebaliknya, kaliber yang terletak pada diri Khadija dipandang tinggi lalu membolehkannya memboloskan diri dalam kedudukan Top 12.
Selang tiga tahun, Khadija pada minggu ini telahpun dinobatkan sebagai Miss Universe Somalia 2024 sekaligus menjadi juara sulung Somalia dalam sejarah.
Khadija kini merupakan sebahagian daripada berpuluh-puluh wakil negara lain yang bakal ke Mexico November ini bagi menyahut cabaran memenangi mahkota keramat Miss Universe untuk negaranya.
Bukan setakat itu, dia secara rasminya kini menjadi gadis berhijab pertama yang bergelar peserta di pentas Miss Universe!
Dari Khemah Pelarian Ke Pentas Ratu Cantik
Sedikit info mengenai Khadija yang kini dikenali ramai sebagai pempengaruh kecantikan dan fesyen terkenal.
Kesemua peluang yang diberikan kepadanya sekarang tidak datang datang begitu sahaja. Khadija merupakan bayi kelahiran di sebuah khemah pelarian Hagadera, Kenya dan zaman kanak-kanaknya berlalu dengan sukar.
Hanya pada tahun 2010 ketika berusia 9 tahun, Khadija bermastautin ke Kanada demi masa depan yang lebih cerah.
Kini bergelar pempengaruh, model, retoucher dan pengurus pemasaran media sosial, Khadija membuktikan bahawa kebolehan wanita lebih daripada sekadar kecantikan luaran dan identiti sama ada berhijab mahupun tidak.
Juga bergelar pemilik perniagaan kecantikan K-Amani Beauty, nilai inklusiviti yang diberikan kepada Khadija untuk mewakili Somalia pada kali ini cukup dihargai olehnya.
Pentas Miss Universe 2024 baginya bukan sekadar medan kecantikan tetapi dia datang dengan misi untuk meraikan semangat kewanitaan.
All the best sis!
FOTO: Instagram Khadija Omar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.