Temasya Sukan SEA Hanoi 2022 masih lagi berlangsung dan kedudukan kontijen Malaysia dalam carta pungutan pingat dikatakan semakin membimbangkan kerana terus turun ke tangga keenam setelah memasuki hari kesembilan dalam pertandingan.
Malaysia setakat ini berjaya mengumpul 19 pingat emas, 24 perak dan 44 gangsa untuk berada di kedudukan keenam, turun satu anak tangga daripada tempat kelima. Sebagai rakyat Malaysia kita tetap perlu memberikan sokongan buat para atlet negara yang kini sedang berhempas-pulas menempatkan diri di kedudukan terbaik dalam Sukan SEA edisi kali ini.
Namun, disebalik banyak perkara yang berlaku di temasya sukan itu, ada satu insiden yang telah mencuri perhatian ramai apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan.
@_alice_harun_shim Pesilat Malaysia 🟦 (Shazwana) tolong cover rambut pesilat Indonesia 🟥 (Selly Andriani) disebabkan tudung Selly tertanggal. 👏🏻 👏🏻 👏🏻 #seagamesvietnam #pencaksilatindonesia ♬ original sound – ✝️_Alice_Harun_✝️
Tindakan pantas itu menerima pujian daripada warganet yang menyifatkan walau dalam keadaan apa pun sama ada di dalam pertandingan atau tidak, kita tetap perlu menjaga aurat sesama sendiri.
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang dan layak ke peringkat seterusnya.
Tahniah diucapkan kepada Siti Shazwana Ajak kerana sikap prihatin yang ditunjukkan itu sememangnya wajar dicontohi oleh semua. Diharap sikapnya ini dapat menjadi teladan kepada semua tidak kira sama bangsa dan agama.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s