Hijabi Malaysia Menari K-Pop Dapat Perhatian BBC, Terima Respon Negatif Netizen

Share

Pergilah ke mana sahaja bila biacara tentang industri muzik global kita pasti tidak dapat mengelak berbicara tentang K-pop. Bukan hanya K-drama, fesyen, makanan malah tarian dari Korea Selatan ini turut menjadi ikutan semua. Begitulah pengaruh K-pop yang mempunyai pengikut setia diseluruh dunia.

BACA LAGI : Remaja Ini Kongsikan 8 Snek Halal Untuk Dicuba Di Myeongdong, Seoul – REMAJA

Malah, remaja Malaysia juga  tidak kurang hebatnya. Baru-baru ini seorang influencer Malaysia yang merupakan pelajar di Korea dan aktif menari di laman media sosial iaitu Sabrina Azhar.

 

Meskipun merupakan seorang hijabi, ianya tidak menghalang gadis berusia 23 tahun itu untuk memaparkan bakat menarinya buat tatapan semua. Bukan sahaja menari, malah Sabrina sudah pun bernaung di sebuah agensi hiburan di Korea bagi mengembangkan lagi bakatnya.

Menariknya, kisah anak kelahiran Subang ini turut menarik perhatian media antarabangsa dan ditayangkan di BBC. Tapi, malangnya perkara ini tidak disambut dengan baik oleh netizen Malaysia.

Untuk info, video berdurasi pendek itu, Sabrina dilihat memperkenalkan dirinya dan berselang seli dengan klip kehidupan beliau di Korea Selatan serta video pendek tarian k-pop.

Tujuan video itu dibuat adalah untuk memaparkan realiti sebenarnya dunia tarian k-pop yang datang dari pelbagai sudut pegangan dan budaya. Ia juga mengetengah bagaimana k-pop kini menjadi cara hidup bagi sesetengah remaja.

Gadis jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Hanyang, Seoul ini dalam video tersebut turut menyatakan bahawa dia memahami dunia batas-batas yang telah ditetapkan, namun baginya jika ia melakukan sesuatu perkara yang betul atau tidak melakukan kerosakan ke atas orang lain, jadi ia bukanlah suatu masalah.

Dikecam Netizen 

Bagaimanapun, sejak dimuat naik. Video itu tidak diterima baik oleh netizen terutamanya di Malaysia. Sebahagiannya mengecam beliau dan ada juga yang mempersoal pandangan beliau.

Malah, kenyataan yang dikeluarkannya di dalam dokumentari itu menerima kritikan ramai kerana sepertinya bercanggah dengan agama Islam.

Dalam pada itu, Sabrina masih berdiam dan tidak mengeluarkan kenyataan mengenai hal ini.

Hmm…Apa pandangan korang?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Twitter

Published by
Nana