Setelah notis penutupan Bukit Broga oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dikeluarkan berikutan foto ‘hikers sesak’ tular di media sosial beberapa hari lalu, kini 2 lagi kawasan hiking popular di Lembah Klang mungkin akan menerima nasib yang sama.
Namun, kali ini, penutupan tersebut bukanlah berpunca daripada isu hikers sesak ataupun perebakan wabak Covid-19 di kalangan hikers.
Ads
Ia bagaimanapun berikutan kes malaria yang semakin mendadak di kedua-dua kawasan itu termasuklah di bahagian kejiranan.
Menurut Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), pihak mereka masih lagi memantau keadaan semasa di situ dan jumlah kes yang dicatatkan.
Foto yang dimuat naik oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di akaun Facebook mereka melihatkan seramai 600 orang penduduk di dua kejiranan tersebut menjalani ujian darah.
Ujian secara meluas itu dijalankan setelah 14 kes malaria baharu dikesan di kawasan itu.
Ads
*
Menurut MPAJ lagi, mereka seboleh mungkin ingin mengelak penduduk kejiranan dan orang luar untuk keluar masuk daripada hutan di sana. Kemungkinan nyamuk dalam kes yang dicatatkan berpunca daripada kawasan hutan dan kawasan pembinaan di sekitarnya.
Laporan di Astra AWANI juga berkongsi mengenai aktiviti semburan kabus ataupun fogging yang akan dilakukan pada waktu malam.
Ads
*
Bagi korang yang masih ingin mencari lokasi hiking pada hujung minggu, korang masih boleh melihat senarai kawasan bukit menarik dalam artikel di bawah.
Jangan lupa, jaga penjarakan sosial di antara pendaki okay!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…
Begitulah perumpamaan yang boleh disamakan terhadap mangsa-mangsa gempa bumi Turkiye yang bergelut dengan situasi kehilangan insan tersayang, tempat tinggal dan situasi cuaca yang buruk di negara yang dilanda bencana itu.
Sering Mengalami Gegaran Kecil
Salah seorang pelajar Malaysia dan juga mangsa gempa bumi berkenaan, Zahirul Amin Mohamad, 21, mahasiswa Universiti Gaziantep, telah berkongsi detik-detik cemas ketika dia dan pelajar yang lain berhadapan dengan situasi tersebut di sana.
Mengimbau detik sebelum gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan Turkiye dan Syria pada Isnin lepas, Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di universiti berkenaan berkata ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.
“Kami sering mengalami gegaran kecil di sini (Gaziantep), sekali sekala. Jadi, saya tidak ambil kisah pada mulanya. Tapi pada Isnin, selepas beberapa gegaran kecil, ia berlainan sekali. Kami betul-betul bergoncang (gegaran yang sangat kuat).
“Pada mulanya, saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Asrama saya di tingkat lima dan bila saya lihat rakan di aras sama berlari turun. Saya pun ikut berbuat demikian. Bekalan elektrik juga terputus. Saya tinggalkan bilik sehelai sepinggang, saya hanya sempat mengambil telefon bimbit supaya saya boleh menghubungi keluarga di kampung,” katanya menurut laporan Bernama.
Gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras di tenggara Turkiye, kira-kira 78 kilometer dari Gaziantep dikatakan gempa paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh lebih 100 tahun dan setakat ini telah mengorbankan lebih 12,000 orang di Turkiye dan Syria.
Selum gegaran susulan, Zahirul, pelajar tahun dua di universiti itu berkata dia dan rakan lain termasuk seorang lagi pelajar Malaysia Wan Isyraf Wan Haziq, 19, yang baru empat bulan mengikuti pengajian Bahasa Turki di universiti sama, telah pulang ke bilik masing-masing untuk mendapatkan barangan keperluan.
Terima Kasih Kepada Kedutaan Malaysia dan Indonesia
Menurutnya, walaupun bangunan asrama didiaminya tidak terjejas, namun gempa bumi itu telah mengakibatkan berlakunya retakan dan menyebabkannya tidak selamat untuk diduduki.
“Pada hari pertama, kami tinggal di masjid berhampiran yang kemudiannya menjadi sesak. Pada hari kedua, kami dapat maklumat universiti juga menyediakan penginapan, jadi kami kembali ke sana,” katanya.
Kedua-dua pelajar Malaysia itu kemudiannya telah dihubungi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan mereka kini ditempatkan di sana.
“Kami amat berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia dan Indonesia di sini,” katanya sambil menambah fokus utama adalah untuk meninggalkan Gaziantep dan pergi ke tempat lebih selamat.
“Malah sehingga sekarang, gegaran masih dirasai di Gaziantep setiap tiga jam. Pada hari pertama kami dapat rasai gegaran setiap jam,” katanya.
“Ketika ini, kami masih dalam cuti semester dan tamat pada 20 Feb. Jika selamat untuk kembali ke universiti, saya akan balik tapi jika universiti mahu mengadakan pengajian secara maya, saya mungkin memilih untuk kembali ke Malaysia dan mengikuti pengajian secara maya dari rumah,” katanya.
Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata pihak kedutaan sedia membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi itu. Malaysia adalah antara negara pertama bertindak balas terhadap bencana melanda Turkiye, dengan pengumuman sumbangan US$1 juta untuk membantu mangsa gempa bumi dan telah mengerahkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua ke negara itu.
Mengenai penghantaran pasukan SMART kedua, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia dilakukan berikutan keberkesanan pasukan SMART pertama iaitu di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang telah berlepas ke Turkiye pada Isnin lepas.
Moga dipermudahkan saudara-saudara kita di Turkiye dan Syria.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu minyak nampaknya masih tetap dibahaskan kerana kenaikan secara konsisten pada setiap minggu seakan memberi kesulitan buat rakyat Malaysia.
Ramai yang mengeluh, stres dan tak kurang juga ada yang sudah reda dengan perkara ini.
Kalau nak cerita sikit tentang industri minyak di Malaysia ni, syarikat terawal yang meneroka minyak dan gas di negara ini ialah c dengan penerokaan di Miri, Sarawak.
Sejak itu, pelbagai syarikat dari luar seperti Esso, Mobil dan Conoco Phillips. Petronas mula ditubuhkan pada tahun 1974 untuk membuat cari gali di luar pesisir pantai Malaysia sebelum berkembang ke negara-negara lain.
Manakala, pusat pemprosesan minyak dan gas di Malaysia adalah di Port Dickson, Melaka, Kerteh (Terengganu), Bintulu, Miri dan terbaru di Pengerang, Johor.
Turun naik harga minyak
Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, namun kita masih bergantung kepada harga dagangan pasaran antarabangsa yang sangat terdedah turun naiknya kerana negara kita juga mengimport minyak.
Contohnya, pada tahun 2008 harga minyak naik melambung akibat permintaan tinggi dengan konflik di negara Arab (pengeluar utama) menimbulkan kerisauan bekalan minyak sehingga $140 satu tong. Hal ini adalah luar kawalan kerajaan mahupun Petronas sekali gus menyebabkan harga runcit petrol juga naik kerana kerajaan tidak mampu menanggung subsidi.
Walaupun pada tahun lalu harga minyak jatuh mendadak sehingga menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan, harga minyak kembali meningkat sejak beberapa minggu lalu. Ini kerana harga minyak mentah dunia turut naik.
Faktor kenaikan harga minyak ini adalah kerana negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi bersetuju mengehadkan pengeluaran minyak serta kemunculan konflik di kawasan pengeluaran minyak. Ketegangan yang berlaku di Iraq berkaitan dengan referendum pihak Kurdistan dan rantau Arab secara amnya masih belum stabil juga turut bersangkut paut dengan kenaikan ini.
Jika masih ramai yang tertanya-tanya bila mana harga minyak dunia masih belum stabil, kenapa di Malaysia masih lagi naik 15 sen pada bulan November?
Sebenarnya harga minyak yang di sini adalah berdasarkan MOPS (Mean of Platts Singapore) dan bukannya NYMEX (New York). Harga MOPS adalah lebih mahal berbanding NYMEX kerana ia didagangkan ialah untuk refined oil. Sebagai perbandingan, harga WTI NYMEX pada 15/11/2017 ialah 55.04 dollar manakala MOPS untuk ron97 unleaded pada 15/11/2017 ialah 66.789 dollar.
Walau bagaimanapun, dagangan harga minyak berkenaan adalah dalam USD, justeru walaupun harga minyak masih bergelut untuk pulih, kejatuhan ringgit sejak belakangan ini turut memberi impak kepada harga pasaran di Malaysia.
Pengiraan harga minyak di Malaysia
MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 5 sen + 12.19 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Kos operasi, Alpha, keuntungan syarikat dan stesen minyak adalah ditetapkan kerajaan pada nilai tersebut.
MOPS = 66.789 USD/barrel = 0.5601 USD/litre = 2.335 ringgit/litre (Nota: 1barrel = 119.24 liter, 1USD = 4.17MYR)
2.335 + 0.0958 + 0.05 + 0.05 + 0.1219 = RM 2.653 – harga ini adalah bersesuaian dengan harga RM 2.66 yang baru diberitahu pada hari Rabu lepas (mengambil kira kebarangkalian naik turun harga minyak dan tukaran wang dalam minggu ini).
Jadi sebagai kesimpulan yang boleh dibuat, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ekonomi Malaysia ni banyak bergantung kepada industri minyak dan gas. Bukan saja itu, pekerja di sektor ini, pendapatan kerajaan menerusi royalti dan cukai sehingga harga roti canai di kedai mamak pun turuk naik gara-gara harga minyak.
Diharap penjelasan ini dapat memberi sedikit pencerahan untuk anda memahami situasi sektor minyak dan gas di Malaysia.
Nampaknya tak habis lagi dengan isu pelarian Rohingya.
Terbaru, jenama roti kegemaran rakyat Malaysia iaitu Gardenia nampaknya telah dikecam netizen atas isu pengambilan bangsa yang menjadi isu hangat di socmed.
Menerusi hantaran yang dikeluarkan di Facebook rasmi Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, syarikat itu menerima aduan yang mendakwa pihaknya mendiskriminasi warganegara tempatan kerana menerima pekerja etnik Rohingya di kilang mereka.
Gardenia turut menegaskan bahawa keutamaan pekerjaan tetap diberikan kepada rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan di kru pengeluaran kerana permintaan berterusan untuk produknya dan temuduga masih diteruskan mengikut jadual iaitu sebanyak dua kali seminggu.
Walaupun Gardenia sudah memberi penjelasan atas dakwaan tersebut, masih tidak memberi kepuasan kepada netizen kerana ia dianggap akan mengalakkan lagi orang luar datang bekerja di sini atas tiket UNHCR.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gardenia sehingga ada yang mengancam untuk memboikot jenama berkenaan kerana mahu kesemua pekerja di syarikat roti itu adalah seratus peratus daripada rakyat tempatan.
Ala kalau korang boikot macam mana penulis nak makan roti gardenia ni. So apa pendapat korang tentang isu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...