Hiburan

Hilang 100 Ribu Pengikut Di Instagram, Peminat Kecewa V BTS ‘Sokong’ Jenama Israel

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan terkenal BTS, V menarik perhatian orang ramai sehingga disebutkan tidak mempunyai empati terhadap negara Palestin disebabkan gambar yang dimuat naik di Instagram.

Melalui salah satu perkongsian gambar V atau Kim Taehyung (29), dia telah memuat naik gambar kentang goreng salah satu jenama makanan segera terkenal McDonald’s pada 21 Julai lalu.

Gambar tersebut dikongsi oleh pelantun lagu Love Me Again bersama gambar-gambar yang lain. Namun, apabila peminat BTS (ARMY) mendapati penyanyi berkenaan meletakkan gambar kentang goreng yang merupakan produk boikot dalam salah satu posting, ada di antara mereka yang mengecam tindakannya dan memberi beberapa komentar sehingga menyebabkan pengikutnya di Instagram turun sebanyak 100 ribu.

Hal tersebut telah mengundang beberapa andaian bahawa V memberikan sokongan terhadap pihak Israel dan cuma menutup mata mengenai keadaan di Palestin pada ketika ini.

Susulan itu, terdapat beberapa peminat yang terkejut dan kecewa atas tindakan sang idola K-pop itu dan ada yang menyarankan supaya lebih ramai peminat lain berhenti untuk mengikuti V BTS di mana-mana aplikasi media sosial miliknya.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang mengecam tindakan beberapa pihak terutamanya peminat hardcore atau solo stan V yang seperti membutakan mata dengan tindakannya yang secara terang-terangan mengkonsumsi produk boikot tetapi sebelum ini mengecam beberapa idola K-Pop lain yang menyokong Israel.

Sebelumnya, jenama McDonald’s pernah memberikan makanan kepada pasukan tentera Israel yang secara berterusan melakukan genosid kepada rakyat Palestin.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE