Ramai yang mencuba untuk diet. Separuhnya berjaya tetapi ada juga yang gagal sama ada berhenti di tengah jalan atau tubuh tidak susut biar segala usaha sudah dilakukan.

Ada ketikanya ramai mengesyorkan senaman, kurangkan minuman manis, berlemak, tidak makan nasi serta lain-lain petua. Namun metabolisme tubuh seorang individu cukup berbeza satu sama lain. Ada yang tubuhnya memang gemuk air dan bila berdiet kesan nampak ketara. Tapi jika tubuh dan rangkanya agak besar, biar sudah diet, tubuhnya tetap nampak berisi lagi.

Tapi pengalaman seorang remaja dari Filipina, Luchie De Leon  mungkin boleh menjadi inspirasi buat ramai wanita yang idamkan tubuh kurus. Dietnya cukup mudah, HANYA MINUM AIR PUTIH dalam jumlah yang banyak. Nak lebih sedap, campurkan dengan sedikit lemon dan sesekali halia. Jadi tak adalah bosan sangatkan.

Dalam entrinya dengan berat badan 63 kg Luchie berkata, dia memulakan dietnya selepas penat berusaha termasuk joging, kurungkan makanan tetapi semua itu tidak memberi kesan kepada tubuhnya.

Ads

Akhirnya dia nekad untuk hanya minum air putih sahaja selepas membaca manfaat yang diperolehnya jika minum banyak air putih.

Hilang 20 Kg, Rahsia Diet Remaja Ini Mudah  Cuma Minum Air Putih
Rampingkan, dietnya hanyalaha air putih sahaja

 

Hilang 20 Kg, Rahsia Diet Remaja Ini Mudah  Cuma Minum Air Putih
Ini bentuk badannya yang dahulu

Perkongsiannya menjadi viral selepas dia memuatnaik gambar terkininya selepas dua bulan mengamalkan diet tidak mudarat iaitu hanya minum air putih. Tambahnya lagi, dia kurang ke gym dan jarang mengambil minuman ringan atau berkarbonat.

Ads

Kini bentuk badannya memang menjadi idaman ramai wanita sebayanya. Malah Luchie De Leon turut berkongsi rahsia dietnya.

  • Minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sebelum makan.
  • Setiap kali perut terasa lapar, minumlah air putih. Jika dalam tempoh 10 minit rasa lapar itu tetap ada, itu tandanya tubuh memang perlukan makanan. Makanlah dalam jumlah sedikit. Tetapi jika rasa lapar itu hilang, cuba lagi minit air putih sebagai”trick” pada minda.
  • Kalau mahu minum air putih bercampur lemon itu agak baik kerana lemon bertindak sangat efetif untuk detoks.
  • Jika tidak keberatan, campurlah sedikit hirisan halia atau air perahan halia ke dalam air putih kerana ia juga elok untuk membuang angin dalam tubuh.

Hilang 20 Kg, Rahsia Diet Remaja Ini Mudah  Cuma Minum Air Putih

Ads

Ternyata selepas beberapa bulan berlalu, tubuhnya  terus ramping dan dirinya kelihatan jauh muda berbanding ketika tubuhnya berisi dahulu. Kata Luchie, dia hanya sekadar berkongsi pengalaman dirinya sahaja yang mana ianya mungkin kurang sesuai dan tidak menjadi bagi sesetengah orang.

Jadi bagi yang ingin mencuba diet sepertinya, bolehlah mencuba ya. Harap tubuh korang kelihatan seperti apa yang korang impikan.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI