Roket merujuk kepada pesawat, peluru berpandu, atau kapal terbang yang menghasilkan tujahan melalui tindak balas kepada ekzos dari enjin roket.
Baru-baru ini, satu berita tak baik dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan apabila satu roket dari negara China bakal jatuh dan menghentam bumi minggu ini.
Roket Long March 5B yang dilancarkan oleh negara China pada Khamis lalu sepatutnya sudah melakukan pendaratan di Bumi. Namun, kepulangannya bakal menjadi mimpi ngeri setelah portal The Guradian memaklumkan bahawa roket ini mengalami masalah dan hilang kawalan apabila ia pulang memasuki ruang orbit rendah Bumi.
Ads
Seorang ahli astronomi memberitahu roket itu melintasi Bumi lebih jauh ke utara seperti New York, Madrid dan Beijing serta bahagian selatan seperti selatan Chile dan Wellington, New Zealand.
Mereka melahirkan kebimbangan bahawa serpihan daripada roket seberat 21 tan itu boleh jatuh di mana-mana sahaja dalam lingkungan kawasan terbabit.
Roket itu kini bergerak pada kelajuan lebih 6.43 kilometer per saat dan berdasarkan pengalaman lalu ia menjadi petanda yang tidak baik.
Ads
“Sebelum ini, roket Long March 5B pernah dilancarkan dan akhirnya serpihan kapal angkasa itu jatuh sehingga merosakkan beberapa bangunan di Ivory Coast.
Ads
“Meskipun kebanyakan serpihan roket itu sudah terbakar namun batang-batang logam besar jatuh ke atas bangunan itu, nasib baik tiada sesiapa yang cedera,” kata McDowell yang bekerja di Pusat Astrofizik di Universiti Harvard.
Roket terbabit dilaporkan membawa modul pertama stesen angkasa lepas kekal China. Paling mengejutkan, laporan agensi turut menyatakan sekurang-kurangnya 10 misi serupa yang membawa lebih banyak modul untuk membina stesen angkasa lepas Tiangong yang disasarkan siap tahun depan.
Hmm…jangan jatuh atas bumbung penulis dah la. Penulis nak raya ni…hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Serangan terbaharu Israel terhadap Gaza telah berlaku sejak 8 Mei lalu semakin memuncak apabila tentera negara zionis itu dengan beraninya melangar undang-undang antarabangsa.
Selain membunuh kanak-kanak kini mereka dengan terang-terangan mencabar undang-undang antarabangsa dengan meletupkan bangunan Pusat Media Antarabangsa di Gaza yang menempatkan pejabat Aljazeera dan Associated Press (AP).
Dalam laporan Reuters, pemilik bangunan yang menempatkan pusat media antarabangsa itu telah diberi amaran terlebih dahulu bahawa peluru berpandu akan dilancarkan menyasarkan bangunan tersebut dengan alasan lokasi tersebut menjadi lokasi yang digunakan oleh Pejuang Hamas.
Bangunan 12 tingkat itu, hancur berkecai menyembah bumi. Sumber gambar: Reuters
Untuk pengetahuan pembaca, bangunan tersebut bukan sahaja menempatkan pusat media antarabangsa sebaliknya ia juga turut dilengkapi dengan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat-pejabat lain.
Tindakan tentera Israel ini disifatkan sebagai satu usaha untuk mengekang media dari melaporkan apa yang terjadi. Namun begitu, jurucakap tentera Israel menafikannya.
Tahniah kami ucapkan kepada Universiti Malaya kerana telah meningkatkan kedudukan dalam Times Higher Education bagi universiti terunggul Asia Pasifik.
Dahulunya menduduki tangga ke 61 pada 2018, kini Universiti Malaya berjaya mendapat tangga ke 55. Menurut Astro Awani, UM bersaing dengan lebih 300 universiti dari 13 buah negara di Asia Timur, Asia Pasifik dan Australasia.
Jom kita lihat antara universiti-universiti lain di Malaysia yang turut mendapat tempat di kedudukan universiti terunggul Asia Pasifik 2019.
Sebanyak 10 universiti tempatan turut tersenarai dan Jepun menjadi negara dengan penyenaraian universiti terbanyak iaitu 103 universiti, manakala China pula melibatkan 72 universiti.
Universiti Tsinghua menduduki tangga pertama sekali gus merampas takhta National University of Singapore yang jatuh ke tempat kedua.
Rata-rata masyakarat Malaysia berbangga dengan berita ini dan mengucapkan tahniah buat universiti tersebut.
Barisan alumni turut bangga
Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa institusi pengajian negara kita juga setanding universiti di luar negara dan Malaysia juga mampu melahirkan para graduan yang berkualiti.
Apa-apa pun, sekali lagi kami mengucapkan syabas buat semua universiti yang tersenarai.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau pernah mencatat sudah bebas dari pandemic COVID-19 sebelum ini, nampaknya China sekali lagi teruji apabila ada rakyatnya disahkan positif COVID-19. Walau angka jangkitan nampak kecil iaitu dua orang tetapi keduanya telah mendatangi pasar borong terbesar di ibu kota tersebut iaitu di Beijing.
Laporan Astro Awani, pihak berkuasa Beijing menutup sementara pasar pertanian borong utamanya di bandar itu susulan peningkatan jumlah jangkitan kes COVID-19 sejak dua hari lalu.
Pasar Xinfadi mula ditutup bermula jam 3 pagi Sabtu selepas dua lelaki yang bekerja dengan Pusat Penyelidikan Daging telah disahkan positif COVID-19 dan telah mengunjungi pasar berkenaan pada Jumaat.
Bagaimanapun, tiada laporan jelas menunjukkan bagaimana dua lelaki berkenaan mendapat jangkitan virus berkenaan.
Ketika ini, China mula bimbang dengan kemungkinan berlaku gelombang kedua COVID-19 dalam keadaan banyak negara lain mula menunjukkan penurunan kes.
Beijing turut bertindak menghentikan perdagangan daging lembu dan daging kambing di pasar Xinfadi selain penutupan pasar borong lain di sekitar bandar itu.
Media tempatan turut melaporkan kebanyakan peniaga di pasar besar di Beijing mengeluarkan ikan Salmon dari rak jualan mereka apabila papan cincang yang digunakan didakwa tercemar dengan COVID-19.
Susulan itu, kira-kira 10,000 individu di pasar berkenaan dilaporkan akan menjalani ujian COVID-19. Malah, cadangan membuka semula sekolah untuk kelas satu hingga tiga turut ditangguhkan susulan perkembangan itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, skuad Sepak Takraw negara mencuri perhatian apabila berjaya muncul sebagai juara dan menundukkan cabaran sengit Thailand dengan kemenangan straight set di Stadium...