Masalah bau badan atau ‘bau ketiak hangit’ memang sinonim dengan remaja.
Malah, hal ini juga membelengu golongan dewasa, sudah tentunya menjejaskan penampilan diri seseorang individu. Pemakaian deodarant bukan penyelesaian masalah ini kerana mereka yang mengalami masalah bau badan juga perlu mengamalkan penjagaan dalaman.
Amalan tradisional dan menggunakan bahan semula jadi boleh membantu mengatasi masalah bau badan. Petua mudah ini menjadikan badan berbau harum mewangi hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja. Bau badan pun rasa segar sahaja tanpa bau yang ‘menyengat.’ Tiada lagi masalah bau ketika dan ketiak basah.
Jika terlupa atau tidak pakai deodorant pun tidak mengapa kerana badan anda tidak akan ‘mengeluarkan’ bau yang boleh membuatkan orang lain ‘sesak nafas.’ Bahan pun tidak banyak. Hanya guna dua bahan sahaja dan bahan ini memang mudah sangat didapati. Mungkin juga anda memang sentiasa ada bahan-bahan ini di rumah.
BAHAN-BAHAN:
Limau purut
Lada putih
Ads
CARA-CARA MEMBUAT:
Hiris kulit buah limau purut. Masukkan dalam mangkuk.
2. Tabur lada putih. Ini anggaran. 1 biji limau purut 1 sudu kecil lada putih. Guna lada putih yang biji bukan serbuk.
3. Kukus kulit limau purut bersama lada putih tersebut lebih kurang 20 minit atau sampai kulit limau lembut.
Ads
4. Tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat.
5. Bulat-bulatkan seakan maajun atau jamu. Jangan besar sangat dikhuatiri tercekik masa makan nanti.
6. Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk. Ambil sebiji dan telan bersama air masak.
Kesannya boleh dirasai sebulan selepas itu. Peluh tidak lagi berbau kuat walaupun selepas bersenam di gimnasium atau jogging. Bagi wanita ketika datang haid tentunya bau peluh akan sedikit ‘tajam’ namun selepas mengamalkan petua ini, bau peluh tidak lagi kuat.
Walaupun anda mungkin lupa untuk makan ‘suplemen’ ini namun badan tidak lagi berbau. Memang bagus petua ini terutama buat mereka yang mengalami masalah bau badan yang kuat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal Pakar Perbidanan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Sebagai pakar perbidanan dan sakit puan yang telah banyak membantu kaum wanita, sudah pasti kepakarannya amat dihargai.
Hari ini, beliau telah berkongsi pengalaman di fbnya mengeluarkan hampir 100 ketulan fibroid pada seorang wanita berusia 37 tahun.
Mungkin telah lama berkarier dalam kerjaya namun jarang melihat situasi ini, beliau berkongsi untuk para pembaca dan mengharapkan doa buat pesakit ini mendapat cahayamata.
Baca perkongsiannya!
Subhanallah. Saya terkejut bila saya bedah pesakit ini yang berumur 37 tahun, mengidap tumbuhan FIBROIDS yang amat banyak, tidak terkira banyaknya, mungkin hampir 100 ketul.
Mulanya saya sangka hanya beberapa ketul tumbuhan sahaja.
Kes saperti ini sepatutnya perlu bedah buang rahim , tapi bila saya fikirkan beliau masih belum punyai anak, saya hanya buang tumbuhan2 sahaja dan kekalkan rahim. Memang sukar prosedur pembedahan tersebut dan banyak perdarahan berlaku.
Sebelum bedah tahap darah pun sangat rendah, hemoglobin hanya 5 gm%. Beliau diberi transfusi darah sebelum, ketika dan juga lepas pembedahan.
Dengan izin Allah SWT, mungkin pesakit ini boleh hamil.
Jika ini berlaku saya anggap satu miracle, Allah Maha Berkuasa Maha Pengasih dan Penyayang.
Mari kita doakan agar pesakit ini cepat sembuh. Aamin.
Sumber : Fb Dr Hamid Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jisoo BLACKPINK sekali lagi mengalahkan wanita-wanita cantik di dunia dan tampil sebagai wanita tercantik di dunia 2024.
Menurut laporan dari Nubia Magazine, Jisoo BLACKPINK dinobat sebagai wanita tercantik didunia selepas lima bulan, tinjauan dan undian global “Wanita Tercantik Di Dunia” edisi 2024 telah berakhir pada hujung Oktober lalu.
Lantas, hal ini mengalahkan kecantikkan Dilraba Dilmurat, Hande Erçel Dan Zendaya.
Acara yang dinanti-nantikan setiap tahun ini telah mengumpul lebih daripada 900 ribu undian daripada 126 negara di seluruh dunia termasuklah Mexico, China, Thailand, Brazil. Indonesia, Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan banyak lagi.
Selepas undian ditutup, pemenang untuk acara ini tidak lain tidak bukan, dimenangi oleh selebriti Korea Selatan iaitu BLACKPINK Jisoo. Jisoo telah mengumpul lebih 300,000 undian daripada 106 negara. Pencapaian ini menjadikan Jisoo sebagai “Wanita Tercantik Di Dunia” pada tahun 2024.
Manakala untuk tempat kedua dimenangi oleh bekas ahli Momoland iaitu Nancy Jewel McDonie dan tempat ketiga pula diberikan kepada aktres Turkiye iaitu Hande Erçel.
Untuk senarai Top 10 bagi acara “Wanita Tercantik Di Dunia” bagi edisi 2024:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di mana-mana medan media sosial minggu ini, ramai yang sedang bercakap mengenai kemunculan rekaan hoodie dan baju T yang dilancarkan oleh IKEA Malaysia.
Koleksi edisi terhad yang diberi nama Eftertrada ini merupakan koleksi pakaian pertama yang diperkenalkan oleh IKEA. Jika sebelum ini, ada saja jenama pakaian lain yang pernah mengeluarkan baju T, beg sandang, sandal dan macam-macam lagi jenis pakaian lain yang menggunakan logo IKEA.
Namun kali ini, ia adalah produk rasmi dan original daripada gedung perabot popular itu.
REMAJA tertarik dengan rekaan baju T-nya yang menampilkan barcode kepada salah satu produk best-selling di IKEA iaitu Billy Bookcase sebagai simbol utama.
Mudah je guys untuk kita stailkan baju T ini dengan pakaian yang sudah ada tersedia di dalam almari masing-masing. Jom lihat 8 gaya menarik oleh pengguna Instagram ini untuk memberikan korang inspirasi.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...