
Girls yang berhijab mesti pernah alami kesan minyak daripada wajah atau make-up melekat pada tudung dan tak hilang walaupun dicuci. Kebanyakan shawl dan tudung pula diperbuat daripada material yang delicate, jadi takkan nak sental sampai rosak pula kan?
Kalau korang pernah stres sebab tudung bertompok minyak, jom kita cuba tip cuci kesan minyak pada tudung yang dikongsikan oleh Tyma Sadini ni..
Simple je kan? Selamat mencuba!
Eksploitasi Populariti! YouTuber Terkenal Lari Ke Malaysia Selepas Tipu Lebih RM200 Juta

Penipuan dalam talian atau scam bukanlah perkara asing pada zaman ini.
Terbaru, seorang pempengaruh dan selebriti ‘YouTuber’ terkenal dari Thailand bernama Natthamon Khongchak dilaporkan telah menggunakan kuasa popularitinya untuk melakukan penipuan ke atas orang ramai.
Sadisnya, Natthamon atau lebih mesra dikenali sebagai Nutty telah berjaya melarikan diri ke Malaysia selepas dia didakwa menipu lebih 6,000 pelabur lalu mengaut nilai sebanyak dua bilion Baht (atau kira-kira RM245,495,228) melalui penipuan perdagangan pertukaran wang asing.

Memetik laporan The Straits Times, seorang peguam bernama Phaisal Ruangrit yang membantu mangsa-mangsa penipuan itu berkata, Nutty mengaku dirinya sebagai seorang pelabur Forex berjaya dan telah menjanjikan para pelabur bahawa mereka akan memperolehi pulangan tinggi dalam masa yang singkat.
Janji Palsu
Nutty kemudiannya memberi jaminan bahawa mereka akan menerima pulangan sebanyak 25 peratus untuk kontrak tiga bulan, 30 peratus untuk kontrak enam bulan dan 35 peratus untuk kontrak 12 bulan. Pulangannya pula akan dibayar pada setiap bulan.
Phaisal juga berkata, salah seorang pelabur Nutty juga telah melabur sebanyak 18 juta Baht (RM2,208,306) dengan YouTuber tersebut!

Dek kerana penipuan ini, para pelabur Nutty yang tidak menerima bayaran seperti yang dijanjikan mula membuat aduan sejak bulan April lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram pada 25 Mei lalu pula, Nutty menjelaskan dia telah membuat kesilapan dalam pelaburan dan wang-wang yang dilaburkan telah ‘hangus’. Namun, dia berjanji akan membayar para pelaburnya semula.
Kes terus berlarutan apabila pada 24 Jun lalu, Nutty mengumumkan dia telah menerima dua kes saman dan tidak mampu membayar pelabur-pelabur lain sekiranya dimasukkan ke dalam penjara.
Pada 28 Ogos pula, laman Facebook popular Drama-addict menyiarkan bahawa Natthamon dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara dan khabarnya, negara tersebut adalah Malaysia.
Laman itu mendakwa, ia menerima maklumat bahawa Natthamon melarikan diri ke Malaysia.
Dalam pada itu, salah seorang mangsa Nutty dikatakan telah menawarkan wang ganjaran 1 juta baht (RM122,933) kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat lanjut sehingga Nutty dapat ditahan.
Macam-macam ya!
Nasihat penulis, korang janganlah mudah tertipu pula bila melihat kekayaan dan populariti seseorang itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila Wanita Kena “Sekolah” Tentang Istilah Cantik, Kecantikan Bukan Pada Paras Rupa Tapi KETAATAN

Isu lelaki jadian menghabiskan juta ringgit untuk dilihat cantik menjadi viral baru ini. Bukan sedikit komen didapati, terlalu ramai yang melontarkan “peluru penabur” membasuh dan menyuruh kembali ke jalan Allah.
Bila menyebut ayat cantik, ramai melihat rupa paras jelita adalah ukuran bahawa polan binti si polan cantik. Ditambah solekan tebal, ramai yang kemudian memuji-muji mereka kelihatan cantik hingga timbul di dalam hati “ya, aku memang cantik”.
Pensyarah kanan USIM, Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga penulis buku memaklumkan apa cantik yang sebenarnya wanita kena tahu. Ia bukan terletak pada paras rupa tapi cantik yang sebenar adalah terletak pada ketaatan.
Baca perkongsian di fbnya.
1. Manusia tidak seharusnya mengikat nilai kecantikan hanya pada fizikal semata. Kecantikan fizikal akan pudar, kendur dan kedut. Ia akan berlalu pergi. Bahkan ia bersifat subjektif yang dipandang dengan nilai yang berbeza oleh setiap orang.
2. Rasulullah menyifatkan nilai kecantikan seorang wanita adalah pada ketaatannya. Seorang lelaki yang memiliki isteri solehah seumpama lelaki yang mempunyai kekayaan yang tidak ternilai. Sabda Rasulullah:
ألا أخبرك بخير ما يكنز المرء؟ المرأة الصالحة: إذا نظر إليها سرته، وإذا أمرها أطاعته وإذا غاب عنها حفظته
“Mahukah kamu aku beritahu nilai yang terbaik yang perlu dijaga (dipelihara) oleh seorang lelaki? Ianya adalah isteri yang solehah. Isteri solehah itu adalah seorang yang tenang bila kamu melihatnya, apabila disuruh, dia mentaati suaminya dan apabila suami tiada dia menjaga hak-hak suaminya.”
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah mengangkat nilai keindahan (kecantikan) seorang wanita. Ia bukanlah penilaian fizikal tetapi ketinggian nilainya dilihat dari aspek ketaatan kepada Allah dan kepatuhan dalam menjaga hak-hak suaminya.
4. Begitu juga bagi seorang lelaki, nilai kecantikannya terletak pada ketaatannya kepada Allah, serta budi pekertinya yang mulia.
5. Lelaki yang menghabiskan simpanan wang jutaan ringgit hanya untuk memenuhi kehendak nafsunya yang bercanggah dengan perintah Allah tidak memiliki keindahan seperti yang digariskan oleh Rasulullah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Guru Yoga Paling Comel, Praanvi Gupta Terima Pengiktirafan Dunia

Mungkin kanak-kanak sebayanya sedang sibuk bermain. Namun, tidak bagi Praanvi Gupta yang sudah mencipta sejarah dunia.
Baru berusia tujuh tahun, Praanvi Gupta, anak kelahiran India ini telah mencipta sejarah apabila mencatat rekod sebagai pengajar yoga wanita termuda di dunia oleh Guinness World Records.
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Posisi Yoga Ini Mampu Buat Kulit Makin Cantik Dan Glowing. Wow!

Ibunya mendedahkan ketika usianya memasuki tiga tahun enam bulan, si kecil bernama Praanvi Gupta sudah belajar dan berlatih senaman yoga bersama ibunya.
Menurut laporan UPI, kebolehan kanak-kanak ini turut diperakui Pertubuhan Perikatan Yoga apabila kejayaannya menamatkan kursus latihan guru senaman itu selama 200 jam. Praanvi berkongsi perjalanan yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.

Pada masa sama, beliau ingin mendidik orang ramai tentang seni dan falsafah yoga.
“Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin.
“Perjalanan ini bukanlah mudah. Dengan sokongan daripada guru dan ibu bapa, saya gembira kerana berjaya menamatkan dan lulus peperiksaan kelayakan Kursus Latihan Guru Yoga,” ungkapnya.

Pengarah Perubatan dan Pengamal Ayurveda, Dr Seema Kamath yang juga gurunya berkata: “Praanvi ialah seorang pelajar yang sangat bersemangat dan memiliki kesanggupan untuk belajar.
“Beliau seorang anak yang diberkati dan menjadi salah seorang pelajar paling pintar yang pernah saya temui pada usia ini. Dia sangat prihatin dan berdedikasi dalam semua kelas.”
Untuk rekod, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani pernah diiktiraf sebagai pengajar yoga lelaki paling muda di dunia. Reyansh ketika itu berusia sembilan tahun apabila menerima pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.
Wah, hebat dan comelnya guru yoga cilik ini…
BACA LAGI : 5 Posisi Yoga Ini Mampu Anjalkan Payudara. Wow!
Sumber: Guiness World Records