
Bagi individu yang memakai cermin mata, pastinya mereka faham tentang betapa susahnya jika cermin mata dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata adalah paling sensitif, jika terdapat sedikit sahaja kesan kotoran, ia boleh menganggu pandangan si pemakai dan membuatkan mereka rasa tidak selesa serta terganggu.

Memang ada petua yang dikongsi seperti mencuci cermin mata menggunakan ubat gigi, namun ia tidaklah dapat menghilangkan segala kekotoran yang tersembunyi.
Namun begitu, ada sebuah alat pembersih ultrasonic yang dikatakan dapat menanggalkan segala kekotoran halus pada cermin mata. Difahamkan, kalau korang hantar di kedai cermin mata, mereka turut mengguna alat ini untuk melakukan kerja pembersihan.
Jom kita lihat perkongsian daripada laman sosial Pemburu Tiket Murah ini.
Selain daripada cermin mata, pembersih ultrasonic ini juga dapat membersihkan aksesori-aksesori lain seperti jam tangan, cincin, subang dan lain-lain lagi.
Ha, berbaloi kan? Korang boleh dapatkan pembersih ultrasonic ini di Shopee.
Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Kena Tahu Perkara Ini Bila Travel Secara Solo Ke Bangkok, Khas Buat 1st Timer!

Travel secara solo? Mesti ramai yang teringin melakukannya, nampak advanture kan. Tapi, kalau kamu mempunyai niat dan keinginan untuk melancong secara solo, kena tahu perkara ini, nescaya ia memudahkan proses berlibur.
Atika Ramlan menyarankan untuk mulakan dahulu pengembaraan secara solo dalam negara Malaysia seperti Pulau Pinang dan juga Kuala Lumpur.
Berkesempatan berkunjung ke Bangkok secara solo wanita ini juga turut berkongsi beberapa tip buat solo traveler yang ingin ke Bangkok sepertinya. Masih lagi berada di negara Gajah Putih, wanita ini dalam perjalanan untuk bertemu teman-temannya di Nakhon. Dia sempat singgah ke Hua Hin untuk merasai sendiri pengalaman berada di tempat yang terkenal di sana iaitu Santorini Park.
Ikuti tip yang dikongsikan oleh wanita ini dan semoga ia dapat memberi manfaat untuk anda yang ingin travel solo seperti Atika Ramlan.
Tak Susah Nak Travel Solo, Ini Tip Untuk 1st Timer!
Lately terbaca banyak post pasal travel solo dan Bangkok. Kebetulan saya ada di Bangkok dan solo, so nak share sikit la cara saya travel pada yang suka membaca
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗧𝗿𝗮𝘃𝗲𝗹 𝗦𝗼𝗹𝗼
- Boleh mulakan di Malaysia dulu. Saya selalu cadangkan Penang dan KL. Sebab public transport senang, mudah, murah dan boleh cover banyak tempat walking distance.
- Belajar guna Google Maps. Berguna untuk tahu jalan, terutama bila berjalan kaki atau nak tukar-tukar public transport.
- Solo traveler tak kisah ada itinerary atau tidak. Tapi kalau first time nak berjinak-jinak, pastikan ada rough itinerary la. Boleh rajin-rajin baca dalam group, blog dan plan sikit-sikit. Jangan la sewenang-wenangnya post “boleh cadangkan ke mana saya boleh pergi 3d2n di XXXXX?” Contohnya kat Bangkok, ada banyak sangat aktiviti. Pening wooo kalau nak dengar cadangan orang.
- Install Grab/Gojek/Bolt or apa-apa ehailing apps yang ada kat tempat tu.
- Safety first. Cari tmpt tinggal yang selamat, roger-roger family/friends selalu. Saya selalu update kat FB je Kadang-kadang ada geng travel tempat sama rupanyaa..
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸
- Kalau banyak nak guna BTS, beli Day Pass kat kaunter. 150 baht je untuk unlimited rides.
- Boleh guna Klook untuk beli tiket-tiket attractions. Lebih murah daripada beli walk-in.Guna kad yang paling rendah ratenya (kalau tau la).
- Kalau sekejap sangat di Bangkok atau trip malas-malas, boleh beli tiket hop-on hop-off river cruise atau bas. Kali ni rasa bahang, panas dan sesak sangat – so layan river cruise memang santaiiii.
- IconSiam dan Asiatique cantik pergi waktu malam.
- Boleh juga study train route untuk tengok tempat mana boleh buat daytrip. Saya pernah pergi ke Ayuthayya naik ketapi kelas tiga.
- Boleh beli tiket keretapi online di https://dticket.railway.co.th
- Saya beli simkad kat airport Don Mueang 249 baht kalau tak silap. Untuk 7 hari, malas nak bayar mahal-mahal.
- BTS Ratchatewi dekat dengan masjid dan halal food tapi malam sendu. Kalau nak meriah, boleh duduk kat Pratunam kot.
Kredit: Atika Ramlan
Malang Tidak Berbau, 9 Tip Keselamatan Berbasikal Ini Wajib Dipraktikkan

Malang tidak berbau, pagi tadi kita dimaklumkan dengan berita kemalangan seorang penunggang basikal wanita maut apabila basikal yang ditunggangnya dirempuh lori.
Difahamkan saksi kejadian yang berlaku di Jambatan Putrajaya, Mohd Shukri@Budiman berkata dia ternampak benda yang tergolek dan menyangka ada barang terjatuh dari lori sebelum membunyikan hon berulang kali.
“Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori itu berhenti. Apabila saya turun, rupanya objek yang saya ingat terjatuh itu adalah basikal,” katanya.
Bagaimanapun selepas pihak kecemasan tiba kira-kira 10 minit, mangsa yang berusia 34 tahun itu disahkan meninggal dunia.
Tidak mencari siapa benar dan siapa salah. Kun fa ya kun. Kalau Dia nak jadi maka terjadilah ia. Ini 9 Tip buat para penunggang basikal.
1. Ikut peraturan yang ditetapkan
Orang ramai yang mahu melakukan aktiviti berbasikal dinasihatkan untuk mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan sebarang risiko.
Ia termasuk mementingkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, pakaian cerah dan mengambil kira faktor masa serta lokasi apabila melakukan aktiviti itu.
2. Berfikiran seperti seorang pemandu kenderaan
Hal ini supaya pergerakan anda boleh dijangka pemandu lain. Ia termasuk berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah, berhenti pada papan tanda berhenti, dan berbasikal menggunakan arah sama dan bukan melawan arus.
Jadi pergerakan korang dapat dijangkakan oleh pemandu lain.
3. Kekalkan penjarakan sosial
Ingat.. Kita masih lagi dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Jadi anda disarankan untuk menggunakan pelitup muka yang lebih selesa seperti skaf bandana dan sentiasa membawa cecair pembasmi kuman.
4. Helmet yang selesa dan saiz yang betul
Ketika berbasikal, pastikan topi keledar yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda.
Menurut pakar, jarak antara helmet anda sehingga bahagian kening tidak boleh melebihi dua jari apabila diletakkan secara melintang.
Jarak antara topi keledar anda sehingga bahagian dagu juga tidak boleh melebihi dua jari apabila diletakkan secara melintang.
Ketika berbasikal, pastikan helmet yang anda gunakan adalah sesuai dengan saiz kepala anda.
5. Cari teman berbasikal bersama
Bagi korang yang baru berjinak dalam aktiviti riadah ini, dinasihatkan berbasikal bersama rakan-rakan yang lebih berpengalaman.
Bertanya pengalaman mereka sepanjang berbasikal di laluan yang berbeza.
6. Pastikan basikal dalam keadaan selamat
Sebelum memulakan perjalanan, anda perlu memastikan basikal anda dalam keadaan selamat. Pastikan anda sudah memeriksa keadaan tayar, brek, rantai basikal dan sebagainya.
Pastikan anda juga memakai pakaian dan kasut yang sesuai agar anda lebih selesa ketika berbasikal.
7. Latih kemahiran berbasikal dan cara mengelakkan bahaya
Sebelum berbasikal, disarankan untuk melakukan kajian dan memahami apakah risiko ketika melakukan aktiviti itu terutamanya di jalan besar.
Pakar turut menasihatkan bagi permulaan, korang boleh melakukan aktiviti itu di jalan-jalan yang lebih sunyi tanpa kenderaan laju.Selain itu, boleh juga boleh melatih kemahiran seperti mengendali brek dan gear pada basikal.
8. Tidak perlu berbasikal sepanjang jalan pergi dan balik
Untuk korang yang masih newbie dalam aktiviti ini, dinasihatkan untuk mengambil jalan yang lebih mudah seperti berbasikal pada satu hala. Tidak semestinya anda perlu berbasikal ke satu destinasi yang ingin dituju kemudian patah semula ke destinasi permulaan.
Apa-apapun, siapa kita nak menidakan takdir dan ketentuan yang maha ESA. Tapi mungkin kita dan terutamanya penunggang basikal boleh jadikan tragedi ini sebagai pengajaran buat semua penunggang basikal diluar sana.
Sumber: Huffpost.com, Astro Awani
Apa Taraf Pendidikan Bakal Perdana Menteri Malaysia? Ini Jurusan Yang Mereka Pelajari

Bahang pilihan raya umum ke-15 semakin memuncak berbaki dua hari sahaja lagi sebelum rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas akan membuang undi bagi menentukan pimpinan baharu yang bakal meneraju negara ini.
Ketika ini tiga gagasan utama iaitu Pakatan Harapan, Perikatan Nasional Dan Barisan Nasional telahpun meletakkan calon Perdana Menteri mereka sekiranya parti politik tersebut memenangi majoriti kerusi di parlimen nanti.
Apa yang pasti ketiga-tiga calon ini bukanlah wajah baharu. Sebaliknya mereka merupakan ahli politik yang sudah masak ranum dalam sistem pemerintahan Malaysia. Namun adakah anda betul-betul kenal dengan bakal PM yang baharu ni? Jom kita semak taraf pendidikan mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Merupakan seorang pelajar cemerlang di peringkat sekolah rendah, Anwar Ibrahim kemudiannya terpilih untuk memasuki sekolah berasrama penuh berprestij, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak. Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya pada tahun 1967.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Anak jati johor ini mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Muar dan merupakan antara sekolah menengah harian biasa yang tertua di Malaysia, dibina pada 1902. Muhyiddin kemudiannya meyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu. Beliau tamat pengajian pada 1970.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri Malaysia ke-9 ini merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Beliau kemudiannya menyambung pengajian tingkatan enam di Jaya Akademik. Berbekalkan keputusan cemerlang, Ismail Sabri berjaya memasuk Universiti Malaya sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
Kalau anda perasan, ketiga-tiga mereka merupakan alumni Universiti Malaya! What a coincidence…
Jadi siapakah antara mereka yang bakal menjadi pilihan anda? Selamat mengundi kepada semua pembaca REMAJA. Jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Undi anda sangat berharga dalam mencorak masa depan negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.