Hanya individu berkaca mata saja yang faham macam mana rasanya jika cermin mata mereka mula dipenuhi dengan cap jari dan kesan calar.
Bahagian cermin mata paling sensitif, kotor sikit saja mulalah pandangan si pemakai rasa tak selesa dan terganggu.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini dengan mudah, ada satu petua yang korang boleh cuba. Caranya mudah saja dan menggunakan bahan yang confirm ada di rumah juga, iaitu ubat gigi.
Ubat gigi boleh menghilangkan kotoran seperti cap jari dan kesan calar yang tidak serius.
Caranya mudah saja, sapukan ubat gigi secara perlahan-lahan pada cermin mata dan bilaskan dengan air.
Selain itu , baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran pada cermin mata. Campurkan sedikit baking soda dengan air, dan sapukan hingga rata pada cermin mata.
Kemudian, bilas dengan air bersih.
Mudah je rupanya nak hilangkan kotoran pada cermin mata ni. Tak perlu guna modal yang banyak pun. Memang berbaloi!
Kalau nak tengok hasilnya, boleh tonton video ini..
https://youtu.be/6g8gai5r9NM
12 Port Makan Paling Best & Murah Sekitar Shah Alam Yang Korang Wajib Cuba
Isi Kandungan
TogglePerkara paling susah nak decide bila keluar dengan kawan-kawan atau pasangan adalah nak pergi makan dekat mana? Kadang tu kereta dah bergerak tapi masing-masing tak tahu ke mana arah nak dituju.
Sama ada korang buntu tak tahu nak makan mana sebab banyak sangat port makan best atau mungkin juga korang betul-betul tak tahu tempat makan mana yang paling awesome.
Nah, untuk korang yang berada di sekitar Shah Alam atau yang sanggup nak ke sini semata-mata untuk makan sedap, ini ada 12 tempat makan yang best dan paling penting murah mengikut Viral Food Crew.
Biasalah, bandar Shah Alam pun dah jadi port student kan. Wajiblah tempat-tempat makan disana dijual dengan harga yang mesra pelanggan. Hiks!
1. Flavours by SBU
Port pasta ohsem dan sedap giler! Bukan setakat itu je, semua menu pasta disini harganya RM15, percuma teh o ais limau.
Lokasi: B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16/K Alam Avenue 2, Shah Alam
2. Krolls
Bagi peminat ayam, seriously korang kena try ni! Isi ayam yang dibalut dengan soft crepe dan korang boleh pilih nak sos apa. Ada signature chili, ketchup, cheese dan citrus mayo.
Lokasi: Tempat Orang Local T.O.L @ Kompleks PKNS Shah Alam
3. Grease Shah Alam
Ramai yang cakap burger dekat sini sedap dan berbaloi dengan harga. Boleh cuba!
Lokasi: 1-10-1 Presint Alami, Seksyen 13 Shah Alam
4. Karnivor Malaya
Ini port baik untuk lepak santai makan smoke beef sekitar area Shah Alam. Perghh daging dia memang lembut dan sedap.
Lokasi: J-G-95, Courtyard Plaza Jelutong, 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong Shah Alam
5. Kafe Eddiey Mokku
Kalau rasa nak makan nasi dagang, nasi minyak dan nasi kerabu yang memang kaw original from Terengganu, apa kata korang cuba singgah dekat sini.
Lokasi: Jalan Mutiara Subang 1 Taman Mutiara Subang, Batu 3 Subang
6. Kedai Makan Ruji
Antara port lepak santai paling best area Bukit Jelutong, Shah Alam. Ada nasi putih dengan butter chicken, nasi tomato dalca sayur, daging kurma dan paling best roti jala dengan kari ayam.
Lokasi: 1-G-05, Jalan Bazar U8/101, D’Vida Business Park, 40150 Bukit Jelutong, Shah Alam
7. Kedai Nasi JJ Kak Wok, TTDI Jaya
Siapa suka masakan Kelantan boleh cuba Nasi Kak Wok di kedai yang terletak di TTDI jaya ini.
Lokasi: Kedai Nasi JJ, No.5 Jalan Opera J U10/J, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam
8. Pecel Lele Padang Jawa
Port terbaik nak makan murah tapi sedap. Paling best boleh cedok nasi ikut kuantiti yang korang nak. Rasa ayam penyet, keli dan daging disini pun sangat sedap.
Lokasi: Kampung Berangan Padang Jawa, 41300 Shah Alam
9. Restoran Seri Keningau
Antara menu terbaik adalah nasi kukus ayam tonggek, nasi kukus sotong tonggek dan nasi kukus siakap tonggek. Semua hidangan ini dihidangkan dengan cara unik iaitu di dalam tin.
Lokasi: No. 28-A, Jalan Pinang D18/D Seksyen 18, 40200 Shah Alam
10. Restoran Nasi Daging Utara
Masyarakat Malaysia memang suka benda-benda yang rare. Nasi disini dihidang di dalam talam. Boleh makan untuk set seorang, berdua atau sehingga 4 orang. Harganya pun boleh tahan murah.
Lokais: No. 19, Jalan U3/3 (BK), 40150 Shah Alam
11. Rojak & Cendol Shah Alam
Ada lebih 100 jenis cendol di sini. Melantak la korang sampai puas. Haha!
Lokasi: No. G2 Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam
12. Eat & Repeat
Semua makanan disini dijual dengan harga Rm1.90. Cakap je nak makan mee hailam, nasi ayam cincang, pulut manga dan macam-macam lagi la. Semuanya harga RM1.90 saja.
Lokasi: Jalan Plumbum Y7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam
Lepas ni jangan gaduh nak cari makan dekat mana lagi ya? Hehe..
“Saya Sukakan Kuala Lumpur” Dua Lipa Pilih Malaysia Antara Negara Paling Menarik Pernah Dilawati
Malaysia sememangnya merupakan sebuah destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang menjanjikan pengalaman luar biasa kepada pengunjungnya, sama ada dari dalam mahupun luar negara.
Baru-baru ini, pelantun lagu Levitating dan ikon fesyen dari Great Britain, Dua Lipa juga telah mengangkat Malaysia sebagai destinasi paling menarik yang pernah dilawati olehnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelik Tapi Benar, Dua Lipa Disaman Paparazzi Kerana Guna Gambarnya Sendiri?
Menerusi hantaran satu klip di platform TikTok, ia memaparkan wawancara dalam talian bersama Dua Lipa. Apabila disoal manakah tempat yang paling menarik pernah dilawati oleh Dua, dia tanpa diduga menjawab Kuala Lumpur, Malaysia.
“Saya telah pergi ke banyak tempat tapi saya benar-benar sukakan Kuala Lumpur. Saya pergi ke sebuah tokong di sana dan ia amat menakjubkan,” katanya.
Tokong yang dimaksudkan oleh Dua ini adalah Tokong Thean Hou Temple yang bertempat di Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: 4 Cara Dua Lipa Habiskan Masa Di Kuala Lumpur, Sempoi Gila! – REMAJA
@duafver Most interesting place Dua Lipa has ever visited? @Dua Lipa #dualipa #fyp #parati #viral #futurenostalgia #futurenostalgiatour #dualipaedits #dualipaedit #dualipavideos ♬ DESPECHÁ – ROSALÍA
Tambahnya lagi, setiap kali dia mengunjungi negara-negara di benua Asia bagi menjayakan jelajah konsert, dia akan dijanjikan dengan pengalaman menakjubkan yang digemarinya hingga ke hari ini.
Terdahulu, Dua Lipa pernah bertandang ke KL Live, Malaysia bagi menganjurkan konsert Dua Lipa Live In Kuala Lumpur pada Februari 2018. Malah sebelum itu, Dua menjadi sebahagian daripada penghibur di festival Good Vibes 2017 bertempat di Gohtong Jaya, Genting Highland.
“Dia sebut Malaysia!”
Sudah pastinya, peminat tempatan Dua Lipa amat berbangga terutama apabila nama Malaysia disebut.
Iyalah, siapa sahaja tidak tumpang bangga apabila seorang pemenang anugerah Grammy’s seperti Dua Lupa memuji negaranya.
REMAJA pernah melaporkan mengenai perasaan Dua Lipa tentang impak golongan troll dalam dunia maya terhadap kerjaya serta kesihatan mentalnya.
BACA : Meski Popular & Bergelar Penerima Grammy’s, Dua Lipa Akui Tertekan Kesihatan Mental
Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Respon Penonton Di Netflix Tentang Filem Mat Kilau Tidak Seindah Disangka..
Filem yang berjaya meraih kutipan jualan RM97 juta, Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (Mat Kilau) telah mula ditayangkan di platform penstriman, Netflix sejak kelmarin bersempena sambutan Hari Malaysia.
Begitupun, respon yang diterima daripada penonton atas talian ternyata tidak semegah respon yang diberikan oleh penonton yang rela membeli tiket ke pawagam beberapa bulan lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Selangor Berkenan Tonton Filem Mat Kilau Bersama Fattah Amin & Fazura – REMAJA
Menerusi hantaran di Twitter terutamanya, warga maya tidak cuba berselindung di sebalik perasaan sebenar mereka mengenai filem arahan Syamsul Yusof itu.
Ada yang mengkritik penulis skrip Mat Kilau yang dibandingkan dengan ceramah keagamaan dalam usaha watak-watak dalam filem tersebut untuk melawan pihak penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air. Tidak kurang juga ada menyamakan sinematografi, babak aksi serta teknik penggambaran yang digunakan oleh produksi Mat Kilau dengan siri kartun animasi.
Ish ish.. mulut!
Begitupun, itulah asam garam yang terpaksa ditelan oleh mana-mana pengkarya seni setelah menghidangkan naskah mereka di mata khalayak ramai.
Bukan biasa-biasa platform yang diberikan. Netflix menayangkan Mat Kilau di peringkat antarabangsa untuk ‘diadili’ oleh penonton berbilang bangsa, agama dan kewarganegaraan. Justeru, kritikan sudah pasti akan hadir tidak kira daripada penonton tempatan mahupun dari luar negara.
Apapun selepas 33 hari ia ditayangkan di pawagam, produksi Mat Kilau sewajarnya berbangga dengan pencapaian mereka untuk mengatasi jumlah kutipan filem blokbuster Hollywood, Avengers: End Game sebanyak RM87 juta. Ia sekaligus merupakan filem yang berjaya mengutip jumlah kutipa tertinggi dalam sejarah perfileman negara.
BACA LAGI : Selain Mat Kilau, 5 Pahlawan Tanah Melayu Ini Mungkin Ramai Dah Lupa! – REMAJA
Diharap lebih banyak pengarah filem dan pihak produksi tempatan yang terus ghairah ingin menerbitkan karya-karya berkualiti selepas ini agar ia boleh dijadikan kebanggaan serta sebutan masyarakat Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.