Panau adalah masalah kulit yang biasa terjadi di kalangan ramai orang terutamanya remaja. Jangkitan yang berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.

Kalau kena pada badan ok lagi, tapi kalau panau kena pada wajah memang boleh menjejaskan penampilan.

ARTIKEL BERKAITAN : Bersin & Gatal Hidung Akibat RESDUNG, Atasi Dengan Petua Semula Jadi Ini!

Hilangkan Panau Pada Wajah Atau Pun Badan Cara Semula Jadi

Walau terdapat banyak rawatan perubatan, banyak orang lebih suka menggunakan cara semula jadi untuk mengatasinya.

Petua menghilangkannya secara tradisional!

1. Bawang putih
Bawang putih boleh digunakan untuk menghilangkan panau kerana ia bersifat anti kulat dan caranya, hanya perlu sapukan ia pada kawasan bertompok yang dijangkiti.

Ads

Hilangkan Panau Pada Wajah Atau Pun Badan Cara Semula Jadi

2. Yogurt
Yogurt merupakan agen yang sangat bagus dalam mematikan kulat lantas menjadikannya sangat berkesan menghilangkan panau dengan hanya menjadikan yogurt ini sebagai masker.

3. Limau & kapur
Limau dan kapur adalah bahan alkali yang mampu meneutralkan kadar pH pada kulit yang mungkin boleh menghilangkan panau.

Caranya juga adalah mudah iaitu campurkan sahaja limau dan kapur ini kemudian titiskan atau sapukan ia pada kawasan yang terjejas.

Ads

Hilangkan Panau Pada Wajah Atau Pun Badan Cara Semula Jadi

4. Mentega, serbuk kunyit & serbuk cedana
Bahan-bahan yang sangat terkenal dalam petua penjagaan kulit ini boleh juga digunakan untuk menghilangkan panau pada kulit anda.

Caranya, sila campurkan bahan-bahan ini menjadi masker sama seperti yogurt dan tampalkan ia pada kawasan yang dijangkiti panau.

Ads

Info Panau

Menurut info daripada Hello Doktor kulit berpanau boleh terjadi disebabkan oleh jangkitan kulat jenis genus Malassezia. Tapi puncanya bukanlah sebab mandi selepas berpeluh. Kepercayaan ini adalah tidak benar kerana tiada kajian yang menyatakan panau boleh berlaku akibat perkara ini.

Sebaliknya, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi punca kepada jangkitan kulat pada kulit seperti:

  • Kulit berminyak
  • Kerap berpeluh
  • Sistem imun tidak kuat
  • Cuaca panas dan lembap
  • Selalu memakai pakaian yang lembap atau basah
  • Kurang menjaga kebersihan diri
  • Kelenjar adrenal telah dibuang

Sumber: Hellodoktor

BACA LAGI : Hilangkan Parut Jerawat, Petua Guna Adunan Air Kopi, Kulit Cerah Dan Berseri!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI