Kesihatan

Hilangkan Parut Jerawat, Petua Guna Adunan Air Kopi, Kulit Cerah Dan Berseri!

Share

Jerawat merupakan masalah kulit yang sering mengganggu ramai orang, tidak kira usia. Selain daripada meninggalkan kesan kemerahan dan keradangan, jerawat juga boleh meninggalkan parut yang sukar hilang.

ARTIKEL BERKAITAN : Bersin & Gatal Hidung Akibat RESDUNG, Atasi Dengan Petua Semula Jadi Ini!

Namun, jangan risau! Terdapat cara semula jadi yang boleh membantu mengurangkan parut jerawat dan menjadikan kulit anda cerah serta berseri.

Hanya menggunakan bahan dari dapur saja. Serbuk kopi yang memang mempunyai sifat semulajadi untuk menghilangkan parut. Sebab itulah, kebanyakan produk kecantik banyak menggunakan bahan serbuk kopi kerana ia sangat berkesan.

Bahan-bahan:
2 sudu serbuk kopi
1 cawan air panas
Aloe vera
Madu
Cotton pad

Caranya:
1. Campurkan air panas dengan 2 sudu serbuk kopi. Kacau sebati dan tapis.

2. Dalam bekas yang lain, masukkan campurkan 3 sudu aleo vera dan 1 sudu madu. Kacau sebati.

3. Selepas itu, masukkan air kopi yang sudah ditapis tadi ke dalam adunan tadi.

4. Sementara itu, potong dua cooton pad. Rendam dalam adunn tadi…

5. Sapukan dengan manja di bahagian bekas jerawat di muka. Kemudian, biarkan selama 15 minit sebelum cuci dengan air bersih.

6. Gunakan setiap malam untuk daparkan kesan yang lebih cepat.

Selamat mencuba.

Pss : Jangan buat sekerat jalan, nak cantik kena ikut caranya. Buat setiap malam untuk kesan yang lebih cepat.

Sumber: teamon (tiktok)

 

@teamonmalaysia Nak hilangkan parut sebelum raya? Cuba petua ni sekarang. #petuakulitcantik
#beautytips #parutjerawat #diyskincare ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

BACA LAGI : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana