“Sudah jatuh ditimpa tangga pula”
Begitulah yang dikatakan apabila muka naik jerawat dan sebaik sahaja jerawat kecut datang pula isu parut jerawat yang degil taknak pudar. Haih…apalah nasib kan?
ARTIKEL BERKAITAN: Eyebag Makin Teruk Bangun Sahur Awal Pagi? Gunakan 5 Produk Ini Untuk Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata!
Sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa, mesti takkan lari dengan isu kulit muka. Terutama isu parut jerawat yang amat susah untuk dihilangkan. Namun, usah risau kerana terdapat pelbagai cara yang mudah dan berkesan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Meh sini Remaja kongsi lima cara mudah dan murah untuk anda hilangkan parut jerawat di muka!
Ais
Tahukah anda, meletakkan ais pada jerawat dapat membantu mengurangkan saiz dan kemerahan jerawat. Selain itu, ais boleh membuatkan kulit terasa kebas, membuatkan anda tidak akan merasa sakit daripada sista nanah yang besar dan menyakitkan itu.
Ais juga berfungsi sebagai astringen semula jadi untuk mengetatkan liang sekitar cela dan parut, membuatkan parut kurang jelas, dengan mengurangkan saiz liang yang terjejas disebabkan jerawat. Jadi, ini mungkin cara hilangkan parut jerawat yang mudah, bukan?
Hirisan Tomato Atau Timun
Menggosok hirisan tomato pada parut juga didapati berkesan dalam mengurangkan kemunculan cela atau parut. Ini disebabkan oleh vitamin A dan karoten yang terkandung di dalam tomato dapat menambah baik tekstur kulit anda.
Timun pula boleh mengurangkan keradangan, melegakan kulit dan menyembuhkan parut yang disebabkan oleh jerawat.
Putih Telur
Telur bukan sahaja bahan penting dalam masakan namun ia juga mengandungi sejumlah besar protein dan dengan menggunakannya secara langsung kepada kulit anda, anda boleh mempercepatkan proses penyembuhan.
Tahukah anda bahawa protein adalah blok pembinaan tisu selular dan otot? Jadi anda boleh sapukan putih telur secara langsung dan biarkannya di muka untuk mempercepatkan pemulihan parut jerawat anda.
Jus Limau
Sapuan jus limau pada kulit berfungsi untuk mengelupaskan sel-sel mati, menggalakkan keanjalan kulit dan pertumbuhan kulit yang baru. Wow hebat kan? Manakala jika ia diambil secara oral, jus limau boleh membantu liang roma membersihkan liang bagi mendapatkan kulit bersih yang cerah.
Selain itu, jus limau juga membantu dalam pembuangan sel-sel kulit mati dan dalam pertumbuhan semula sel-sel baru, di samping meningkatkan keanjalan kulit.
Alternatif lain untuk cara hilangkan parut jerawat di muka adalah minyak zaitun. Selain baik untuk mencerahkan parut jerawat, minyak zaitun juga akan menjadikan kulit licin kembali dan mengurangkan betapa ketara parut anda.
Minyak zaitun penuh dengan antioksidan semula jadi, disebabkan itu ia begitu kerap digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai manfaat kesihatan. Dari segi membersihkan cela kulit dan parut, ia adalah salah satu pilihan rawatan sampingan yang terbaik.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: HelloDoktor, Pexels