Hilangkan ‘Skin Tag’ Guna Cuka Epal, Tak Perlu Bazir Buat ‘Laser’ Lagi

Share

Biarpun dikatakan tidak merbahaya, namun jika lebihan kulit ini makin membesar akan menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan sekaligus menjejaskan rasa keyakinan untuk tampil di khalayak.

Skin tag  ini juga sering timbul pada wanita terutama yang baru mengalami kenaikan berat badan, perubahan hormon, faktor usia dan disebabkan faktor genetik.

Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan rawatan dermatologi seperti pancaran laser, tetapi kos agak mahal. Selain itu untuk lebih bajet, anda boleh gunakan cuka epal untuk menghilangkan masalah kulit ini.

Caranya adalah dengan ambil sedikit cuka epal dan letakkan di mana-mana bahagian skin tag dan urut perlahan-lahan.

Boleh dilakukan berulang kali. Jika lakukan lebih kerap, pastinya skin tag ini lama-kelamaan akan tanggal sendiri.

Panduan:

1. Ambil kapas muka dan tuang cuka epal.

2. Gosokkan perlahan-lahan pada skin tag.

3. Anda mungkin perlu lakukan dua atau tidak kali sehari selama beberaa hari atau minggu sehingga melihat perubahan pada skin tag.

4. Akan berubah warna jadi semakin gelap dan akan jatuh sendiri.

Lihat Video Ini:

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana