Kelab Kesenian dan Kebudayaan Dayak Sarawak (Kemada) telah membuat laporan polis pada hari ini terhadap seorang selebriti Instagram, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Durian Kimchi yang dikatakan telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram milik beliau dan mempersendakan pakaian tradisional wanita Iban.
Pengerusi Kelab itu, Jackery Hillary Chukan, bersama lima ahli lain yang lengkap berpakaian tradisi pahlawan Iban telah membuat laporan polis pada tengahari tadi di Balai Polis Lanang di Sibu Sarawak.
Mengambil serius tentang isu ini, ramai juga warga netizen yang turut naik angin dengan tindakan beliau dimana didalam video tersebut Ryzal kelihatan sedang bergurau senda bersama isterinya Maryam. Ramai juga netizen di laman Twitter telah meluahkan rasa marah mereka terhadap selebriti Instagram ini..
Namun begitu, Ryzal Ibrahim juga telah tampil dengan permohonan maaf kepada semua khalayak ramai di lama Instagram miliknya, terutama sekali kepada kaum Iban yang terkesan dengan posting beliau..
Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini, dan selepas ini kita harus lebih berwaspada daripada berkata yang bukan-bukan..
Padah ‘Kantoi’ Membuli Di Sekolah 10 Tahun Lepas, Atlet Kembar Korea Dibuang Pasukan
Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Pasangan atlet kembar dalam pasukan bola tampar nasional Korea Selatan telah terpalit dalam satu kontroversi disebabkan oleh perbuatan mereka 10 tahun lalu dan ia telah menarik perhatian media antarabangsa. Implikasinya, mereka berdua telah sekaligus dibuang daripada pasukan nasional dan kelab!
Okay, kita recap kembali apa sebenarnya yang berlaku sehingga mereka dikenakan tindakan serius itu.
Lee Jae-yeong dan Lee Da-yeong, 24 merupakan di antara atlet wanita Korea Selatan yang selama ini menunjukkan prestasi yang membanggakan. Malah Jae-young dan Da-yeong juga adalah sebahagian daripada skuad yang membantu Korea Selatan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2021
Namun di sebalik kejayaan itu, mereka berdua pernah melakukan kesalahan membuli pelajar lain semasa masih di sekolah menengah.
Dalam satu posting yang telah dipadamkan oleh mangsa, dia menulis, “Seramai empat orang mangsa menulis catatan ini, tapi masih ada lagi (mangsa lain). Kami enggan memberitahu usia kami. Kami menulis ini tanpa ingin identiti kami dibongkarkan.
“Kami hanya ingin ‘move on’ daripada apa yang berlaku 10 tahun lepas. Tapi bila kami melihat muat naik oleh pelaku yang tidak mencerminkan perbuatan lampau mereka, kami terus diingatkan kembali kepada memori lampau. Kami menulis ini dengan harapan mereka boleh mencerminkan perbuatan tersebut.”
Dakwaan itu sampai ke pengetahuan Jae-yeong dan Da-yeong.
Menariknya, mereka mengaku bersalah atas kesemua dakwaan tersebut.
Lee Da-yeong semasa mewakili Korea Selatan menentang Kenya pada tahun 2019..
Da-yeong mengambil inisiatif untuk menulis di akaun Instagram-nya dan berkata dirinya mengesali trauma yang telah dihadapi oleh mangsa buli mereka.
“Saya benar-benar memohon maaf kerana pernah bertutur dan berperangai buruk sehingga mengakibatkan trauma memori kepada rakan sepasukan semasa saya berusia belasan tahun.”
Sementara itu, Jae-yeong juga mengambil tindakan yang sama di akaun Instagram-nya dan berkata, “Saya secara serius memohon maaf di atas mereka yang terkesan dengan kata-kata serta tindakan saya semasa saya masih remaja. Saya tidak akan pernah melupakan kata-kata dan tindakan itu. Dari sini, saya akan menjadi seorang yang lebih matang.”
Lee Jae-yeong semasa bertanding di Rio de Janeiro pada tahun 2016..
Biarpun pasangan kembar ini telah memohon maaf secara terbuka, mereka masih berdepan kritikan masyarakat. Lebih 120,000 orang telah menandatangani petisyen kepada kediaman rasmi Presiden Korea Selatan demi meminta siasatan lanjut.
Justeru pada Isnin lalu, Persatuan Bola Tampar Korea mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengesahkan bahawa pasangan kembar ini telah diketepikan daripada pasukan kebangsaan Olimpik.
“Jika kami tidak mengambil tindakan tegas ini, akan ada kes buli yang sama berlaku di sekolah. Lalu, kami mengambil keputusan mengenepikan mereka daripada bermain untuk liga kebangsaan bola tampar 2021, Sukan Olimpik Tokyo dan pemilihan pemain kebangsaan untuk kesemua pertandingan antarabangsa.
“Kes buli di sekolah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dan tidak boleh diambil mudah. Kami juga ingin memohon maaf kepada mangsa buli di atas kesalahan pemain kami.”
Jangan ingat kita boleh terlepas daripada kesalahan masa lampau ya!
Sumber (1)
ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Tak Sentiasa Betul, Kes Buli Wujud Dalam Grup Kpop ‘AOA’ Selama 10 Tahun! – REMAJA
BACA LAGI: “Jangan Datang Ke Pengebumian Saya..” – Mina AOA Kembali ‘Down’ Dengan Kes Buli – REMAJA
Raih LAPAN Kali Kejuaraan Buat Malaysia, 10 Fakta Tentang CHEAH LIEK HOU!
Satu hari yang penuh bersejarah buat sukan badminton Malaysia.
Juara dunia lapan kali dan jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou sekali lagi membanggakan Malaysia dan membuktikan dirinya di landasan tepat bagi mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024.
ARTIKEL BERKAITAN : Datuk Lee Chong Wei Bukan Sekadar Main Badminton, Pandai Cari Duit & Hidup Mewah Kini!
Pada aksi final yang berlangsung, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu mengekalkan kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan musuh tradisi dari Indonesia, Deva Anrimusthi 21-15, 16-21, 21-15.
Pemain berusia 36 tahun itu turut memahat nama sebagai juara dunia menerusi acara beregu lelaki SU5 bersama Muhammad Fareez Anuar.
Beraksi cemerlang dengan merangkul gelaran dunia buat kali kelapan di Kejohanan Badminton Para di Pattaya.
REMAJA rangkulkan fakta menarik jaguh badminton ini.
- Dilahirkan dengan penyakit Erb’s palsy yang menyebabkan tangan kanan beliau mempunyai kurang kekuatan dan kestabilan.
- Mendapat pendidikan Business Administration dari Putra Malaysia University, Malaysia.
- Dilatih dibawah Rashid Sidek dan Nova Armada.
- Beliau bermain di kategori able-bodied badminton sewaktu pada tahap junior national level di Malaysia sebelum bertukar ke team Para.
- Pemain berusia 36 tahun itu turut merangkul gelaran juara pada edisi 2005, 2007, 2011, 2013, 2015, 2017 2022, dan terbaru 2024.
- Mula bermain badminton pada umur 9 tahun.
- Matlamat beliau adalah untuk memenangi pingat emas dalam 2020 Paralympic Games di Tokyo.
- Isteri beliau iaitu Dewi Febriana berasal dari negara jiran, Indonesia.
- Bermula dengan pertandingan dalam sukan badminton normal namun bertukar sepenuhnya ke sukan para selepas itu.
- Beliau mempunyai dua kejuaraan samaada melibatkan acara single dan double di BWF Para Badminton World Championship.
Memang hebat jaguh badminton kita ni,Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan dan moga terus banggakan nama Malaysia di mata dunia!
BACA LAGI : Hilang Tangan Sebelum Duduki SPM, Jaguh Olahraga Ini Harap Kisahnya Suntik Semangat
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : ( 1 )
#PrayForTurkey Ribuan Hektar Hutan Terbakar Di Selatan Turki, Diibaratkan Macam ‘Neraka’
Di saat semua negara masih berjuang melawan COVID-19 dengan pelbagai varian muncul di muka, kini Turki diuji dengan masalah kebakaran hutan dan memusnahkan ribuan hektar tanah, selain lebih 1,500 penduduk dipindahkan.
Di Turki, ratusan penduduk dipindahkan dari kediaman masing-masing semalam selepas kawasan hutan berhampiran sebuah resort percutian yang terkenal dalam kalangan pelancong Rusia hangus terbakar.
Yes, that is how bad it is guys.
Siaran televisyen menunjukkan pasukan bomba menggunakan helikopter untuk memadam kebakaran infrastruktur dan kawasan lapang di pekan Manavgat.
Lapor CNN Turk, empat daerah di pekan tersebut sudah dikosongkan dan kebakaran semakin hampir berjaya dikawal.
Pihak berkuasa di pulau Sardinia di Itali pula mengisytiharkan darurat dan lebih 1,500 penduduk dipindahkan selepas kebakaran hutan memusnahkan 20,000 hektar tanah di wilayah Oristano.
Sebanyak 7,500 bomba dikerah ke lokasi kebakaran, manakala Perancis dan Greece turut menghulurkan bantuan untuk memadam api.
Presiden Sardinia, Christian Solinas menyifatkan kebakaran hutan itu sebagai ‘bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini’.
Susulan itu, netizen seluruh dunia mendoakan agar isu kebakaran di Turki dapat dikawal dengan segera. Malah trending di media sosial dengan tanda pagar ##prayforturkey #HELP
Malah, melalui satu perkongsian instagram dengan akaun @akudanistanbul menyatakan Selatan Turki diibaratkan seperti dalam neraka.
Semalam isteri kepada penyanyi Noh Salleh iaitu MizzNina di instagramnya @officialmizznina turut berkongsi keadaan kebakaran di Turki dan turut berdoa agar kebakaran ini cepat padam dan semua dilindungi Allah S.W.T
Untuk info, bulan ini juga Eropah dilanda musim tengkujuh luar biasa sehingga mencetuskan banjir besar di Jerman dan Belgium, menyaksikan lebih 200 orang maut, manakala Itali pula berdepan dengan insiden tanah runtuh.
Apapun, sama-sama kita doakan agar insiden kebakaran ini pantas diatasi dengan cepat. Bagaimana la haiwan-haiwan dalam hutan tu…huhuhu
Sumber : Instagram, Twitter, utusan.com.my