H&M Lakukan Parodi Filem ‘To All The Boys’! Cuba Gaya Lara Jean Ini

Share

 

Biarpun filem terakhir dalam siri To All The Boys di Netflix telah melabuhkan tirai Februari lalu, rasa rindu terhadap pasangan Lara Jean (lakonan Lana Condor) dan Peter Kavinsky (lakonan Noah Centineo) masih dirasai.

ARTIKEL BERKAITAN : [ EKSKLUSIF ] 5 Tip #RelationshipGoals Oleh Noah Centineo & Lana Condor Kepada REMAJA – REMAJA

Personally, kami bukan saja merindui chemistry

di antara dua watak utama itu. Kami juga masih teringatkan set bilik tidur di bilik Lara Jean dan bagaimana gadis berdarah Korea-Amerika itu selalu menyiapkan diri dalam pakaian dan aksesori yang ceria pada setiap hari.

via GIPHY

Untungnya, jenama H&M telahpun melakukan penggambaran parodi babak di bilik tidur Lara Jean sempena kempen koleksi To All The Boys: Always and Forever

mereka!

Lihat sajalah bagaimana persamaan di antara set filem dan set H&M ini.

Ia menampilkan tiga model remaja yang mewakili setiap satu daripada anak gadis keluaga Covey dalam persalinan mirip watak sebenar. Terserlah aura sisterhood

yang menjadi tema untuk koleksi pada kali ini.

Cuba korang teka mana satu babak daripada filem tersebut dan mana satu adalah parodi H&M.

Buat peminat setia filem To All The Boys, jom kita curi idea daripada gerobok Lara Jean dan mencuba stailnya yang dijual dari harga RM22.95 hingga RM99.95 saja.

Bag pack : RM99.95

Tie-dye T-shirt : RM99.95

Aksesori kepala

Gaun kuning : RM39.95

Aksesori kuning

Untuk mengimbas semula filem To All The Boys : Always and Forever, jom recap semula temubual ekslusif REMAJA bersama Lana Condor dan Noah Centineo di pautan bawah.

ARTIKEL BERKAITAN : “Kami Dah Seperti Pasangan Berkahwin..” Noah & Lana Gembira ‘To All The Boys’ Bakal Berakhir? – REMAJA

Published by
FZ