Zaman sekarang ini, kalau korang nak ke mana-mana dah tak perlu risau dengan adanya aplikasi GPS. Satu ketika dahulu, sistem GPS memerlukan peranti berbeza tetapi dengan kecanggihan teknologi yang ada, GPS kini lebih mudah untuk diakses.
Terkini, syarikat terkemuka dari Jepun, Honda mempunyai idea yang berbeza apabila mereka menghasilkan Ashirase yang dipasang terus pada kasut ataupun selipar. Getaran haptic secara 3D akan memberitahu si pemakai untuk bergerak ke hadapan, belakang atau belok berdasarkan maklumat yang disampaikan daripada aplikasi GPS peranti pintar.
Ashirase ini dibangunkan khusus untuk OKU penglihatan yang memerlukan sistem navigasi GPS yang tidak memerlukan pemandangan.
Walau bagaimanapun, Honda masih lagi menguji teknologi ini bagi memastikan ia benar-benar sesuai digunakan oleh golongan OKU. Khabarnya, terdapat perancangan untuk menwarkannya kepada orang ramai menjelang 2023 nanti.
Teknologi canggih ini bukan sahaja memudahkan, malah ia sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan urusan mereka yang tidak berkemampuan.
Sumber: (1)
Pelajar Ini Ajar Tutorial ‘Unlock’ Aplikasi Canva Premium Secara Percuma
Dalam zaman yang serba moden sekarang, boleh dikatakan hampir kebanyakan daripada sesi pembelajaran dilakukan secara digital. Tidak kiralah di sekolah mahu pun Institut Pengajian Tinggi (IPT), rata-rata daripada pelajar hari ini sudah menggunakan kaedah digital dalam melengkapkan tugasan-tugasan pembelajaran mereka.
Bagi pelajar di IPT, sudah pasti mereka perlu untuk membuat slides presentation bagi menyempurnakan tugasan yang diberi oleh pensyarah. Jadi, jika korang tidak mahu slides tersebut nampak boring dan biasa, korang juga boleh menggunakan aplikasi Canva.
Aplikasi ini digunakan kerana ia lebih mudah dan senang untuk digunakan berbanding aplikasi lain. Canva menyediakan pelbagai reka bentuk yang sesuai dengan tema yang diinginkan oleh pengguna.
Walau bagaimanapun, pengunaannya mungkin terhad kerana tidak semua gambar diberikan percuma, namun terdapat canva for education untuk kegunaan sesi pembelajaran.
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai SyaDen2609 telah pun berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan premium canva secara percuma, terutamanya buat pelajar IIUM.
Jom kita lihat tutorial mudah yang boleh korang ikut.
1. Pastikan korang tahu email dan password yang universiti sediakan. Kalau takt ahu password? Boleh pergi dekat imaalum (pelajar IIUM) untuk reset password, kemudian login website Microsoft 365 untuk tukar password.
Kalau dari universiti lain, korang tengoklah apa email uni korang
2. Kemudian, masuk ke laman web canva.com dan log in pakai email universiti itu. Contoh: John….@live.iium.edu.my
3. Selepas log in, pergi ke account setting dan tekan resend confirmation email
4. Sign outlook – Other – Confirm email address
5. Kalau dah taka da apa-apa dekat bahagian ni, rasanya sudah tiada masalah. Tapi sebelum dapat premium canva tu ada lagi satu step
6. Pergi ke canva.com/education
7. Klik register now for free
8. Siap! So, korang dah boleh guna canva premium ni tanpa label pro tu.
Mudah sahaja kan? Cantiklah slides presentation korang lepas ni. Hiks!
Sumber: SyaDen2609
Tip Nak Tahu Coverage Telco Mana Paling Laju Dekat Kawasan Rumah Korang
Memilih rangkaian telco yang tepat adalah sangat penting kerana bukan hanya dibuat berdasarkan perbandingan harga, malah kita juga perlu memastikan coverage yang diberi memuaskan hati. Buat apa ada data internet tanpa had tetapi di rumah korang tidak ada line dan tak boleh digunakan betul tak?
Jadi disebabkan itu korang perlu bijak memilih antara rangkaian telco yang terbaik mengikut kawasan tempat tinggal. Tahu tak korang sebenarnya ada cara untuk kita mengetahui sama ada rangkaian telco yang mana adalah terbaik bagi lokasi korang?
Masalah ini boleh diselesaikan dengan memuat naik aplikasi Open Signal yang pada asalnya hanyalah untuk menguji kelajuan internet, tetapi kini ia boleh mencari hotspot berdekatan, menguji, merekod dan membandingkan kelajuan wifi atau pun signal telco.
Korang hanya perlu download OpenSignal secara percuma di telefon pintar
Kemudian, pilih Coverage
Tekan simbol seperti dalam gambar
Statistik telco akan terpapar mengikut susunan
Telco yang mempunyai rangking di atas tidak bermaksud adalah terbaik kerana ia bergantung kepada keperluan korang juga. Jadi, korang kena faham untuk melihat statistik yang diberikan itu.
Download speed: Kelajuan maksimum muat turun di kawasan tersebut (lagi tinggi lagi bagus)
Upload speed: Kelajuan maksimum muat naik di kawasan tersebut (lagi tinggi lagi bagus)
Jadi, pilih mengikut situasi korang.
Situasi 1
Jika korang seorang yang gemar memuat turun lagu, mengakses Facebook dan YouTUbe, pilih dengan ranking Download tertinggi.
Situasi 2
Jika korang seorang yang gemar memuat naik gambar dan video di Facebook, Instagram dan YouTube, pilih telco dengan ranking Upload tertinggi.
Jadi, korang dah faham kan sekarang? Selepas ini bolehlah download OpenSignal untuk mengetahui rangkaian telco mana yang terbaik di kawasan tempat tinggal korang.
Sumber: thesnmy.blogspot.com
16 Fungsi Menarik iOS 13 Yang Pengguna Apple Kena Tahu
Isi Kandungan
ToggleRasanya semua pengguna Apple sudah sedia maklum dengan iOS yang telah diperkatakan pada acara WWDC 2019 yang lepas.
iOS 13 dijangka akan dilepaskan kepada pengguna umum secara rasmi pada September tahun ini. Antara iPhone yang menyokong iOS 13 adalah seperti berikut:
• iPhone SE
• iPhone 6s, iPhone 6s Plus
• iPhone 7, iPhone 7 Plus
• iPhone 8, iPhone 8 Plus
• iPhone X
• iPhone Xr
• iPhone Xs, iPhone Xs Max
Terdapat beberapa fungsi baru yang menarik bagi korang yang akan mengupdate sistem iOS ini. Jom kita lihat antara yang menarik.
1. Sign In With Apple
Sejak skandal data di Facebook yang membolehkan Cambridge Analytice mengakses sekitar 87 juta profil pengguna socmed tersebut, privasi pengguna mula dipandang serius oleh Apple. Fungsi Sign In With Apple dikatakan lebih selamat kerana data peribadi tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga.
2. Dua kali lebih pantas
Apple kini menjanjikan akan memberi dua kali ganda lebih pantas berbanding iOS 12, 30 peratus kelajuan Face ID dan muat turun aplikasi 60 peratus lebih rendah.
3. Dark mode
Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan fungsi dark mode pada iOS 13 dan iPadOS. Mod gelap akan dipapaparkan pada semua aplikasi dari Apple, termasuklah paparan lain seperti notifikasi dan lain-lain.
4. Find My
Jika sebelum ini ia dibahagikan kepada dua iaitu Find My iPhone dan Find My Friends, iOS telah menggabungkan kedua-dua aplikasi ini menjadi satu dan dikenali sebagai Find My.
Aplikasi ini berfungsi walaupun tiada sambungan internet selular atau WiFi. Kalau korang kehilangan peranti, korang boleh mengaktifkan fungsi Find My dan seterusnya ia akan memancarkan isyarat lokasi hanya menggunakan Bluetooth.
iPhone yang berhampiran akan mengesan isyarat peranti yang hilang dan menghantar isyarat lokasi kepada korang.
5. Edit Video & Gambar dengan lebih baik
Apple telah memperkenalkan fungsi suntingan terbaru di aplikasi Photos. Korang kini boleh edit gambar dan video dengan setting dan filter yang sama. Ada banyak pilihan yang diperkenalkan, termasuklah video yang boleh rotate.
6. Portrait Light boleh dikawal dan dilaras
Dalam iOS 13, korang boleh mengawal arah sumber cahaya, dedahan, kekuatan kesan khas, sejauh mana kulit wajah dilembutkan dan macam-macam lagi. Gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih baik dengan hanya menggunakan sebuah iPhone.
7. Siri yang lebih kedengaran lebih real
Siri tidak mahu ketinggalan jauh daripada Google Assistant kerana kedengaran seperti manusia sebenar. Pada waktu ini Siri masih kedengaran seperti robot dan ia akan menjalani penambaikan supaya turut kedengaran seperti manusia sebenar.
8. Pilihan WiFi dan Bluetooth di Control Center
Kalau sebelum ni korang kena pergi ke setting terlebih dahulu untuk membuka WiFi dan Bluetooth, iOS 13 tak perlu lagi. Ia boleh dilakukan hanya dengan Control Center.
9. Sambungan kad SD dan USB flash storage
Korang boleh memindahkan fail dan data dari kad SD atau USB flash storage ke aplikasi files yang ada di iPad atau iPhone.
10. Sambungan kawalan DualShock 4 dan Xbox One S
Menerusi iOS 13, iPhone dan iPad kini boleh disambungkan dengan alat kawalan permainan konsol DualShock 4 PS4 dan Xbox One S untuk korang bermain game.
11. Dolby Atmos
Apple telah memberikan sokongan Dolby Atmos untuk kualiti audio yang lebih baik bagi memberi pengalaman menonton video, bermain game dan mendengar lagu.
12. Music kini memaparkan lirik
Lepas ni bolehlah korang berkaraoke sebab aplikasi Music di iPhone atau iPad sudah menyediakan paparan selari dengan rentak lagu yang dimainkan. Dah tak payah nak google lirik lagi. Hiks!
13. QuickPath di papan kekunci
Berfungsi seakan Swype untuk menaip tanpa jari diangkat dari skrin boleh dilakukan walaupun dengan hanya sebelah tangan. Ianya lebih mudah bagi mereka yang tidak suka menggunakan papan kekunci pihak ketiga pada iPhone.
14. Pelekat emoji
Selepas iPhone X memperkenalkan Animoji, kini menerusi iOS 13 Apple memperkenalkan ciri seperti Animojo yang dikenali sebagai Memoji. Ada banyak pilihan aksesori telah ditambah bagi membolehkan penghasilan avatar 3D peribadi yang lebih realistik.
15. Fungsi baru aplikasi Health
Apple Health kini boleh mengesan kitaran haid dan tempoh subur wanita. Pengguna wanita akan diberikan notifikasi bila waktu haid akan tiba. History kitaran haid juga boleh disimpan untuk melihat tahap kesuburan.
16. Paparan seakan Google Street View
Fungsi terbaru “Look Around” diperkenalkan oleh aplikasi Maps untuk iOS 13. Ia membolehkan korang melihat paparan jalan yang ingin dituju seperti yang ada dalam aplikasi Google Street View.
Sumber: Amanz.my & theskop.com