Zaman sekarang ini, kalau korang nak ke mana-mana dah tak perlu risau dengan adanya aplikasi GPS. Satu ketika dahulu, sistem GPS memerlukan peranti berbeza tetapi dengan kecanggihan teknologi yang ada, GPS kini lebih mudah untuk diakses.
Terkini, syarikat terkemuka dari Jepun, Honda mempunyai idea yang berbeza apabila mereka menghasilkan Ashirase yang dipasang terus pada kasut ataupun selipar. Getaran haptic secara 3D akan memberitahu si pemakai untuk bergerak ke hadapan, belakang atau belok berdasarkan maklumat yang disampaikan daripada aplikasi GPS peranti pintar.
Ashirase ini dibangunkan khusus untuk OKU penglihatan yang memerlukan sistem navigasi GPS yang tidak memerlukan pemandangan.
Walau bagaimanapun, Honda masih lagi menguji teknologi ini bagi memastikan ia benar-benar sesuai digunakan oleh golongan OKU. Khabarnya, terdapat perancangan untuk menwarkannya kepada orang ramai menjelang 2023 nanti.
Teknologi canggih ini bukan sahaja memudahkan, malah ia sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan urusan mereka yang tidak berkemampuan.
Sumber: (1)