Jika ada dalam kalangan korang yang sedang berhajat untuk membeli kereta, kami ada berita baik untuk korang kerana Honda telah memperkenalkan model terbaharu mereka, HR-V (2022) serba baharu dan tempah sudahpun dibuka.
Honda Malaysia telah menerima lebih 20,000 tempahan untuk HR-V serba baharu ini dengan sistem janaan kuasa termaju dan ciri-ciri inovatif. Tempoh menunggu untuk model tersebut ialah 12 bulan, bergantung kepada ketersediaan varian yang dipilih.
BACA: Honda Malaysia Mohon Maaf, Panggil Semula 1,525 Unit Kenderaan Model Terbabit
Ditawarkan dalam empat varian iaitu S, E, V dan RS (paling premium). Honda Malaysia juga turut mengumumkan senarai harga untuk kesemua varian itu dan berikut adalah harga mengikut varian tidak termasuk insurans.
Terdapat lima pilihan warna, termasuk Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Platinum White Pearl (putih), Lunar Silver Metallic (perak), Ruse Black Metallic (hitam).
BACA: Tempahan Perodua Alza 2022 Sudah Dibuka, Harga Bermula RM62,000
Menarik bukan? Kalau kena dengan bajet dan korang sanggup tunggu sehingga 12 bulan, bolehlah buat tempahan segera. Hiks!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.